Sunday, August 3, 2025

July Hotel Impiana

     Petang Selasa, bergerak ke Ipoh bersama isteri dan Zahid. Kami berkitaran di bandar Ipoh mencari hotel yang selesa, tidak kisah harganya mahalpun, yang penting selesa.Persekitaran yang mengembirakan.Bukan hotel yang ditumpangi oleh kalangan lelaki dan wanita mabuk. Dahulu dan sekarang sama sahaja, banyak kedai-kedai bir, pusat karoeke, rumah urut, rumah anu. Rumah tumpangan yang separuh batu, separuh papan, untuk menjadi tempat istirehat kaum-kaum buruh pelombong bijih timah. Kami faham, mencari hotel pada hari-hari biasa, bukan hujung minggu tidak susah. Banyak hotel 4 bintang yang masih kosong. 

    Jalanraya sewaktu petang, tidak sesak seperti di Kuala Lumpur. Kami menginap untuk malamnya di Impiana Hotel, tidak berapa jauh daripada pusat bandar. Ruang untuk parkir kenderaan juga mewah, akan tetapi jangan lupa esok, kawasan ini wajib bayar petak. Jika alpa, akan ada sepucuk nota saman diselitkan pada wiper. 

    Sebelum mencari hotel, saya dan Zahid mencari Arena Stadium, terletak di Sg Senam, berhadapan dengan sebuah balai polis. Tujuan kami, esok pagi, kami berdua hendak bermain tenis. Pertama kali bermain di sini. Murah, sejam RM10. Baharulah lega, hati kerana dapat bermain pagi itu, selama hampir dua jam. Isteri saya ada mesyuarat jabatan di Pusat Latihan JPS, di Kampung Temiang. Pagi sampai jam 4petang. Banyak masa di sebelah pagi, sebelum check out, jam 12 tengahari. Pagi itu kami bersukan, bermain tenis di Arena Ipoh. Berpeluh juga bermain dengan Zahid, yang semakin hari semakin pandai memukul bola hijau. 

    Malam itu pula, Arifin, anak lelaki yang sudah hampir 3 tahun bertugas sebagai tentera, datang ke bilik, makan malam bersama kami, di dalam bilik. Tiada perancangan, kami juga tidak diberitahu dia akan berada di Ipoh pada malam itu. Saya kebetulan menghantar beberapa keping gambar ke dalam whaasap grup keluarga. Dan menunjukkan lokasi, kami berada. Tiba-tiba Ariffin membalas, mengatakan dia berada tidak berapa jauh daripada hotel yang kami tumpangi, hanya kira-kira 1 km, dari Kem 503, Askar Wataniah. Dia hanya berjalan kaki, untuk sampai ke hotel. 

    Sangat gembira, kami berbual dengan Arifin. Esok dia akan berangkat ke Lenggong, Perak, kerana ada latihan selama seminggu di kawasan hutan di Lenggong. Kami berbual panjang tentang penagalamannya, bersama dengan anggota daripada tentera US. Ceritanya, gaji tentera US, apabila bertugas di seberang laut, berlipat kali ganda. Jauh berbeza daripada gaji tentera kita. Inilah juga sebab mengapa anak-anak muda tidak berkenan untuk masuk askar. Soal gaji. Mengapa hal ini berlaku, sedangkan orang-orang yang dekat dengan parti, dapat laba yang melampau-lampau. Lebih baik, jadi pengampu politik. Itu belum lagi tokoh-tokoh di atas yang mengaut kepentingan, daripada fasa lima tahun pemerintahan. Sudah pasti yang terselit dalam kancah atau kuali besar mereka laba, harta, emas, kereta mewah, rumah besar, dan sebagainya. Mana mereka dapat semua laba inin, jika bukan gunakan harta benda negara, harta benda rakyat negara ini. 

    Keuntungan daripada saman-saman, polis, jpj, imegresen, kilang-kilang, dan sebagainya. Negara ini banyak duit. Bukan sikit-sikit. Apabila dekat dengan orang politik atasan, pastilah tidak miskin di kaki lima. Mereka yang sapu duit rakyat dan negara ini, tidakkah rasa takut, akan dibalas oleh Allah di akhhirat nanti. Ahhhhh, Peduli apa tentang dosa. Mereka sanggup berhadapan dengan semua simpang ke neraka kelak. Buatlah sepuas-puasnya. Kalian memang anak jantan. Ha Ha. 


Berbalik hal yang lain, saya suka berbual-bual dengan anak-anak. Bertanyakan pengalaman dalam tentera. Saya ingin meningkatkan semangat, agar dia terus berbakti kepada negara ini, sebagai tokoh tentera yang wibawa. Disamping itu tingkatkan pengetahuan dalam perkara-perkara yang baru. Pengalaman yang tidak mungkin datang semuala dalam hidup kita. Jadi tentera berbeza dengan kerja-kerja lain. Fikiran mereka juga tidak boleh disamakan dengan orang awam. Mereka dilatih untuk mempertahankan negara, bukan menghabiskan duit negara. Saya juga sering menasihatkan anak, jangan digomol dosa, kerana rasuah adalah dosa, sangat memalukan, sebagai seorang beragama Islam, telah diajar bahawa rasuah itu sangat keji, boleh mendatangkan fitnah yang besar kepada orang lain. Boleh juga menjual kehormatan dan maruah negara kepada orang asing. 

    Pagi itu saya membaca pesanan daripada WL Menulis Kisah Hidup; 

Beban dan hati fikiran berkurangan kerana menulis, kisah itu menyimpan kebaikan, ilmu, dan pengalaman, membacanya kembali menjadikan kita semakin bersyurkur, anak-anak akan faham kita, dan memberikan semangat untuk hidup, keturunan kita tidak dibiarkan hidup sendirian, kerja kita lebih difahami dan dihormati, dan masyarakat dapat faedah berkali-kali. Semua kenyataan tersebut, saya simpan dalam fikir, dan akan meneruskan usaha menyiapkan banyak memoir, untuk mereka dan masyarakat. 


No comments:

Tips daripada tokoh penulis dunia

 “Saya boleh menahan segala-galanya kecuali godaan.” – Oscar Wilde “Lebih baik dibenci kerana diri sendiri daripada disayangi kerana bukan d...