Monday, August 4, 2025

Bahagia sebuah keluarga


         Meriah sebuah keluarga apabila anak-anak ikut bersama meraikan hari raya tahun lepas. Yang tiada dalam gambar, Zulhilmi. Dia tidak pulang untuk meraikan bersama-sama. Susah untuk menyatukan hati dan payah untuk menyelami emosi anak-anak. Perubahan masa, usia, sebaran media baru, kebinggungan yang menular tanpa berhenti merasuk dan mengamuk seperti ingin merosakkan hubungan sebuah keluarga. Sebenarnya nilai dan ikatan kekeluargaan sangat penting dalam kehidupan manusia ini. Duia ini tidak akan terasa indah sekiranya tidak dipupuk rasa kasih sayang di antara kita.Sewaktu kita masih hidup dan berpeluang untuk bersama, maka nikmatilah dengan rasa sayang dan kasih, kerana suatu ketika kelak semua ini akan hilang tiba-tiba.

    Wang dan harta tidak semestinya akan dapat membeli kemesraan dan kebahagiaan itu. Hanya ruang dan peluang yang ada, gunakan sepenuhnya. Selagi kita masih mengecapi masa yang terluang, contohnya di hari raya.Susah dan sibuk apapun, cubalah gunakan emosi yang waras dan bertindak bijak dalam membuat pertimbangan dalam berfikir. Peluang tidak akan datang selalu dalam hidup kita. Rebutlah peluang kebahagiaan itu dengan apa cara sekalipun.
    

No comments:

Tips daripada tokoh penulis dunia

 “Saya boleh menahan segala-galanya kecuali godaan.” – Oscar Wilde “Lebih baik dibenci kerana diri sendiri daripada disayangi kerana bukan d...