Setelah menjadi tua, kami juga inginkan keindahan yang selalu harapkan, bahagia bersama keluarga. Tentang anka-anak yang telah kami didik dan besarkan sehingga menjadi dewasa, adakah lewat begini hati kami sering diguris oleh kata-kata kesat daripada anak-anak kami sendiri. Begini lama kami harapkan anak-anak untuk menjadi permata dalam hidup setelah kami semakin tua dan tidak berdaya. Alangkah indahnya, jika anak-anak yang kami ajar semenjak mereka kecil memberikan sedikit rasa hormat kepada kami. Hargailah jasa-jasa kami.
Aku tidak mengharapkan bantuan wang daripada mereka, kerana selagi aku berdaya mencarinya, pasti aku tidak memerlukannya.Kedewasaan kalian sebagai petanda bahawa kami akan meninggalkan dunia yang fana ini. Kita hidup saling silih berganti. Yang mudah akan dewasa, dan yang tua akan meninggal alam ini. Tetapi biarlah kami meninggalkannya dengan rasa yang indah, dengan sentuhan jari-jari kecil yang pernah kami pimpin suatu ketika itu. Biarlah kami meninggalkan dunia ini dengan hati yang tidak berbelah bahagi. Biarlah kalian sambung perjuang ini dengan rasa yang megah, bahawa kalian pernah punya ibu dan ayah yang selalu memenangkan kalian, dalam susah dan senang.
Kalian pernah merasakan, bahawa kami pernah berusaha siang dan malam untuk memberikan nafas kehidupan. Justeru setelah kami menjadi tua dan tidak bermaya , janganlah menggunakan bahasa yang mengherdik kami, merendahkan kami, sebaiknya di saat kami tua ini, angkatlah kami, kasihilah kami, sepertimana kami mengasihi kalian diwaktu kalian lahir dahulu. Janganlah hina kami, walaupun kami tidak sebaik kalian menyusun jadual hidup.
Tanah-tanah yang terbiar di kampung tidak dapat dipugar,kerana kesuntukan masa. Sayang sekali, tetapi itulah kdudukannya, kerana untuk mencari rezeki, harusnya di kota inilah. yang sebenarnya, kerana sejak mula aku telah memugar usahaku di KLIA, ke mana lagi. Maka kuhabiskan bertahunbelas tahun menjadi buruh di pusat Kargo, kerana di situlah aku telah bermula sebagai seorang buruh. Demi kerana kehidupan berkeluarga, dan juga anak-anak.
Namun, kuteruskan juga langkah tua ini sebelum nyawa diambil oleh pemilik, dan aku harus kuatkan semangat iaitu rasa mahabbah ku kepadaNYa, kepada kleuarga dan hidup yang diberikan peluamng sebagai suatu amanah daripada Tuhan. Mahabbah, untuk aku menepis segala hasutan jahat daripada iblis, yang melemahkan semangatku, melawan apapun yang merintangi dengan kekuatan yang perlu datang daipada dalaman diriku sendiri. Hanya satu tujuan cinta yang abadi kepada Tuhan.
Tariqah yang sebenar ingin aku teruskan, berdiam itu lebih baik daripada bersuara kepada manusia lain yang tidak diberikan kefahaman dan kebijaksanaan. mereka itu seperti batu yang berat dan tidak faham hakikat insaniah.
Aku cuba mencari isu-isu yang lebih penting dan berfaedah daripada isu anak-anak, iaitu isu ketenteraman dan keadilan dalam negara ini. Politik menjadi semakin gawat dengan kehadiran tokoh-tokoh lempengan dan bekas pengganas dalam masyarakat. Gejala sosial, politik pecah amanah dan rasuah makin menjadi-jadi nampaknya. Rasuah dan dadah menjadi musuh utama negara.
Siapakah di antara ulama dan para pengikut Rasulullah, suka bertafakur melihat keajaiban dan kerahsiaan Allah, bermakrifat kepda Allah, bermahabbah kepada Allah, redha, bertawakal, istiqomah, sering muraqobah, senantiasa bersyukkur bila menerima nikmat, dan bersabar bila menerima ujian, hidup berzuhud,rajin menimba ilmu dengan rajin jugamemberikan ilmu, hatta melalui penulisan, rajin bertahajud, bertilawah, khusuk, khauf, mencintai kehidupan sesudah kematiannya dan banyak lagi.
Bagaimana hendak menjadi bangsa yang bertamadun dan menguasai dunia, hakikatnya tidak lain, kecuali menguasai teknologi. Sebagaimana sebuah kapal milik Jerman bernama Goeben, Breslau, Emden yang sudah menguasai pelayaran di lautan Hindi pada kurun ke 19 lagi. Bagaimana mereka membangunkan fikiran untuk membina sepanjang seratus meter sebuah kapal, maka hendaknya kita cari sebuah kapal lama yang terbiar dan difikirkan sebagau acuan untuk menempanya. Adakah kerajaan ini berfikir kearah mencipta, atau tidak habis-habis membeli daripada negara maju.
Sampai bilakah kita akan mundur daripada sudut ekonomi , ? Tidaklah sebenarnya kerana negara Islam di Timur Tengah memiliki segala-galanya hasil ekonomi minyak dan boleh membangunkan kapal angkasa untuk sampai ke bulan.
Kita sebagai sebuah negara yang kaya juga, perlu mengawal seluruh majikan dibawah kerajaan. Maka kita akan berjaya mengawal ekonomi negara.Kiranya begitulah Yahudi boleh tegak kukuh, apabila taikun Walter Rathenau, mengubah jalan fikirnya. Kerana itu bangsa lain tertindas oleh Yahudi ini.Dan akhirnya apa berlaku kepada dirinya, konyol. Adakah cara lain, untuk memecahkan kebuntuan walaupun strategi dirancang telah menemui kegagalan.
Saya sungguh merasa gembira kerana mendapat tahu Ustaz masih boleh meneruskan kuliah-kuliahnya seperti biasa. Suatu yang agak berat hendak dia jelaskan, bahawa dia tidak boleh lagi berjalan seperti selalu kerana kedua-dua belah kakinya kini tidak boleh lagi digerakkan seperti biasa.Kegigihan untuk meneruskan sessi mingguan dan harian di mana-mana kuliahnya kepada masyarakat akan tetap berjalan seperti biasa.
Di mana Gandhi sekarang? Generasi baru akan tertanya-tanya siapakah tokoh besar ini. Beliau masih berada di kalbu manusia, walaupun jasadnya telah hilang di telan zaman. Biarlah masa akan datang tetap menjadi hak beliau. Menagapa begitu? Apa maksudnya? dan adakah disebabkan kebaikan yang beliau curahkan kepada dunia, nama beliau dikeji meskipun beliau Hindu.
Begitu juga kita. Biarlah nama kita menjadi sebutan oleh zaman akan datang di atas kebaikan yang kita berikan. Kita mesti menjadi orang yang sangat perlu dan mustahak. Tetapi bukan dengan cara gelak dan ketawa sebilangan penceramah.
Kita tidak perlu ada Muhamad di masa ini, tetapi ajaran baginda sudah cukup membimbing kdan menyuloh kehidupan kita menuju keharmonian. Beliau tidak kelihatan tetapi kewujudannya sangat penting, dalam bentuk yang lain.
Kita ingin membuat bakti semasa hidup, dermawan, bermurah hati, apapun kita mesti mencatut pemikiran yang sedang muncul kerana setiap masa akan datang itu akan terus berpergian tanpa menoleh ke belakang lagi. Walau sesibuk sekalipun mencatat itu perlu diteruskan sehingga nafas yang terakhir.
Ada sesetengah orang berpendapat kehidupan sebelumnya dapat membantu untuk terus berkumpul dengan masyarakat, padahal tidak. kerana pangkat dalam pasukan tidak dapat menjamin kebahagiaan hubungan dalam masyarakat.Kita tidak lagi mendapat sanjungan dan pujian sebagaimana sebelumnya.
Tidak selama-lamanya kaum menunggu Gandhi kedua menyelesaikan perbedaan agama dalam benua manapun, kerana manusia dilahirkan tidak sendirian, di dunia ini. mereka diekori oleh Iblis. Puak inilah melumpuhkan segala usaha kebaikan yang dilakukan oleh manusia, termasuklah niat penjajahan dan balas dendam mereka daripada Timur Jauh.
Seorang penulis mempunyai peranan dan amanah meneliti tindak tanduk masyarakat. Bersandarkan penelitian dan kebenaran ilham datang dan hidup dalam imaginasi. Daripada keyakinan dan pengetahuan berasaskan kebenaran, menulis tidak dengan prasangka-prasangka buruk, dan tidak terpengaruh dengan pendapat-pendapat umum yang palsu. Menulis dengan penuh kematangan, dan keyakinan, tanpa dipengaharuhi oleh golongan mana-manapun.
Menjadi seorang pemikir dalam masyarakat, perlu menganalisis kehidupan masyarakat, dalam membela kebenaran. Penulis perlu berdiri di atas paksi kebenaran, meskipun kebenaran itu terasa pahit. hanya dengan kebebasan dan keberanian itu sahaja seorang penulis akan bebas dari tekanan-tekanan luar. Salah satu daripada peranan penulis ialah menghimpun fikiran umum kepada kematangan. Oleh itu analisis harus berdasarkan pemerhatian yang teliuti, mendalam dan berdasarkan ilmu pengetahuan yang benar. Wajart radikal tetapi tidak semestinya menyerang dan memusnahkan.
No comments:
Post a Comment