Wednesday, January 8, 2025

Menjengah ke tahun 2011 Di USM


Tahun 2011, salam Ramadhan. Hari ini aku masih mencari diriku di menara gading. Ya, menara yang tinggi hendak ku gapai. Di antara masa yang terluang dan keazaman yang kuat untuk meneruskan usaha mengejar ilmu. Terasa indah berkawan dengan mereka, yang mempunyai tujuan yang sama, mencapai impian dalam hidup, menerima segulung ijazah yang telah lama menjadi impian kerana masa yang terluang inilah dapat ku isi dengan meraih kejayaan tersebut.
Adakah aku terlampau diselaputi oleh lemak-lemak yang menganggui, kala itu. Di sini, makanannya sedap, apatah lagi selalu berkawan keluar di kedai mamak, dan berselera dengan ayam goreng, nasi kandar. Sepatutnya aku senantiasa berjaga-jaga dengan selera yang bertambah, kerana dengan berat badan yang bertambah akan membuat aku tidak riang dan tangkas untuk berjalan. Tetapi padahal aku berjalan dengan banyak sekali di dalam kampus bersama-sama kawan, Syed, Nazri, Salim, Jalil dan beberapa orang lain yang sudah tidak ingat nama mereka. 
2011 merupakan tahun kedua berada di USM. Jika tidak salah. Hari ini, aku menyambung catitan ini, pada Januari 2025. Lama sudah kenangan itu berlalu. Ketika itu rambutku belum putih sepenuhnya. Tetapi kini semua helaian rambutku telahpun memutih.
Aku senantiasa girang dan gembira semasa berada di USM, mendapat teman sebilik yang baik dan ramah. Juga bersama-sama rakan-rakan yang lain juga baik. Kami sama-sama ke kelas mendengar kulih, sama-sama mengambil PB, dan berjalan ke kafeteria yang rata-rata makanannya sedap lagi murah.Indahnya masa itu. Di mana teman-temanku kini.
    Peluang yang baik bukan sering datang di hadapan kita. Ruang dan masa yang ada itulah rumah bahagia kita. Impian yang hanya dapat dicapai dengan usaha dan cita-cita. Ada orang berpendapat untuk apa mencari ilmu sehingga ke universiti. Kata mereka, lebih baik kos untuk menampung pelajaran di sana, dibelanjakan untuk diri sendiri dan keluarga, lebih baik. Kata mereka lagi, pengalaman lebih sempurna daripada menghabiskan wang untuk memiliki sekeping ijazah. Lagi pula ijazah itu tidak dapat merubah apa-apa, selain untuk menjadi kebanggan. Benar ! Tidak ada apa-apa di atas sekeping ijazah. Dalam ijazah tidak memberikan apa-apa, tertapi pengalaman menuntut ilmu beberapa tahun di menara gading, tidak akan diperolehi selagi tidak kita sendiri yang mengalaminya. Bagaimana proses ilmu itu berjalan, di dalam bilik kuliah, portal pembelajaran, membuat tugasan, dan memiliki teman-teman yang berbeza daripada teman yang tidak pernah faham mengapa ilmu itu penting dalam aktiviti kehidupan di dunia dan juga lebih lagi di akhirat. 
    Sayang seribu kali sayang mereka yang mengkeji status hamba Tuhan yang bersungguh-sungguh memburu ilmu diperlekehkan. Padahal, tidak lah sejuta mana duit telah mereka kumpul. Habis duit membikin kereta, menghias rumah, dan menghabiskan duit mereka kepada belanja yang bukan bukan. Tidakkah mereka ini tergolonbg dalam kalangan orang-orang yang merugikan diri mereka sendiri. Fahaman mereka merosakkan fikiran bangsa kita. Sudahlah bangsa kita termundur dalam banyak perkara, ditambah pula fikiran yang tumpul dan tidak bersemangat langsung untuk bersaing dengan fikiran orang-orang yang telah maju. 
    Dengan ilmu yang timba di USM, aku masih dapat berfikir rasional, bertimbang rasa, marah, dendam, dan benci kepada manusia yang berfikiran kecil. Bukan semata-mata untuk mencari harta benda dalam hidup ini, tetapi emosi dan perasaan juga perlu diberikan sekolah agar tidak merengkek dalam penjara jiwa. JIka kita diberikan segunung emas, ianya tidak akan cukup. Jika kita diberikan sepuloh wanita cantik, pun tidak akan cukup. Tetapi dalam menuntut ilmu, jika diberikan seribu bukupun, belum merasa cukup masa untuk ditelaah. Padahal bertimbun ilmu yang perlu kita pelajari.Entahlah si Luncai. 

No comments:

Tips daripada tokoh penulis dunia

 “Saya boleh menahan segala-galanya kecuali godaan.” – Oscar Wilde “Lebih baik dibenci kerana diri sendiri daripada disayangi kerana bukan d...