27 Mei 2013,.. tarikh keluar dari Wad 8A. Zahid keluar dengan senyuman dan sedikit gebu di pipi.
Sebelum dibenarkan keluar dari Wad 8A, selama tiga minggu dia berada di Wad KK2, Pediatrik Kuala Lumpur. Sangat lama di sana, sangat banyak ujian yang dilakukan ke atasnya, suntikan yang ditusukkan ke dalam uratnya pun bukan sekali dua, sehingga Zahid merasakan dia lebih arif dan mengenali suntikan itu daripada doktor sendiri. Doktor-doktor yang merawat dan jururawat-jururawat yang merawat kerenahnya sudah biasa mendengar sendu, jeritan dan tangisan, renggekan, kesakitan yang dialaminya.Suatu petang hujan turun. Dia terbaring lesu di atas katil. Aku mengadap ke luar cjendela kaca yang mulai diselaputi basahan hujan.Aku melihat di luar jendela, erti kesepian. Dia yang sedang terbaring di sini, sedang menerima ujian dari Allah. Apakah ujian ini juga diberikan kepada diriku semata-mata. Melihat diri anakku yang terbaring lesu, meminta perhatian. Aku kembali kepada masa-masa lalu yang telah kami tinggalkan. Semenjak dia masih kecil dan menjadi kanak-kanak yang riang seperti mana kanak-kanak lain, tiada apa bezanya. " Bersabarlah sayangku, tidak lama lagi kita akan tinggalkan bilik ini. Kau akan dapat bermain-main semula besama rakan-rakanmu." Bisikku kepadanya. Ketika itu dia baru sahaja diberikan suntikan untuk mengambil darah oleh seorang jururawat. Aku tidak keluar dari bilik, sebaliknya merapatkan pipiku ke pipinya dan membisikkan bahawa,. kesakitan apabila dicucuk jarum ini sementara. Ada yang lebih menyakitkan daripada ini. Ku Bisikkan kepadanya. Dia merenung ke mataku dan dia tahu aku cuma berkata bohong. Bayangkan dia akan menerima lebih daripada 20 kali suntikan untuk diambil darah semenjak dia dimasukkan ke dalam hospitak. Bermula daripada dia di HKL lagi, peraturan itu aku fahami. Mereka akan mengambil darah pesakit setiap masa sehingga mereka menemui puncanya. Namun tidak ada tanda-tanda mereka menemuinya. Hampa. Mereka Kecewa. Yang menanggung kesakitan cucukkan jarum di lenggan dan jari itu, hanya dia, Kanak-kanak yang gagah perkasa. Seperti seekor serigala yang sendirian menanggung semangat untuk meneruskan kehidupan. Kekuatan, kesakitan dan semangat. Kental. Harinya akan tiba, aku percaya.Pada hari itulah, sewaktu sedang lena dirimu di katil, aku menemani di sisi katil. Di atas sebuah kerusi panjang. Malam itu aku tidak dapat melenakan setelah aku terjaga pada sekitar jam 3pagi. Apa lagi daya dan kekuatan buatku untuk menaikkan semangat anakku agar bertahan melawan derita. Yang aku nampak kau amat kuat bertahan dan melawan penyakit aneh yang tidak dapat dokesan walaupun sudah tiga minggu berada di HKL ketika itu.Pakar kanak-kanak , melawat dan membuat pelbagai andaian terhadap demam yang datang dan pergi menyerang anakku. Pada suatu ketika doktor telah membenarkan aku dan isteri untuk membawa anakku berubat syifa. Terimakasih doktor kerana memberikan peluang kepada kami untuk mencuba perubatan alternatif. Ini adalah ikhtiar yang wajar lakukan, dan tidaklah membebankan pihak doktor untuk mencari jalan penyelesaiannya. Sebelumnya aku sudah memberitahu kepada seorang kawan ditempat kerja tentang kesihatan anakku itu. Dia mencadangkan supaya aku pergi berubat dengan ayahnya di Cangkat Lada, Perak. Aku mendengar cadangannya, sebagai ikhtiar. Walau apapun aku tidak patah semangat untuk melihat anakku kembali hidup sihat seperti adik beradiknya yang lain.Hari ini dalam keceriaan dan kegembiraan yang kita lalui, pelbagai cerita duka yang turut kita lalui. Tidak beberapa lama lagi, kita akan meninggalkan tahun 2024, dan terasa terlalu cepat masa berlalu meninggalkan kita.Yang kita rasa ianya masih lagi berlalu, kehilangan seorang insan istimewa yang begitu mengambil berat akan kehidupan kalian, sebagai cucu-cucunya, Atok Ahmad b Aki. Beliau telah meninggalkan alam fana ini pada 1.12.2021, pada hari Rabu,. jam 2.29 PM. Jangan kalian lupa mendoakan dia, kerana sepanjang kalian bersama dengannya, dia sangat mengambil berat dari segi menyediakan makanan yang enak, dan sering menghulurkan wang belanja poket kepada kalian. Dia seorang yang istimewa dan tidak pernah berkira dengan harta bendanya untuk melihat anak-anak, cucunya bahagia. Kalian masih kanak-kanak waktu dia meninggal tetapi janganlah lupakan dia kelak apabila kalian dewasa. Lewat dalam kehidupan ini, selagi kita masih bernafas, maka sedekahkanlah ayat-ayat suci kepadanya. Dan ziarah lah kubur atok, kerana tanpa beliau siapalah kalian.Dalam hidup ini, paling indah ialah dapat bersama-sama dengan insan yang menyanyangi diri kita. Ingatlah, semasa Zahid di rawat di hospital dahulu, mereka yang dekat dengan kita, yang datang menjenguk dan ziarah. Orang lain, siapa ,. yang jauh, mana mungkin akan datang menjenguk kita saat kita dalam kesusahan.Beruntunglah hidup ini apabila ada insan yang menyanyangi diri kita. Dan sebagai rasa menghargai dan tewrimakasih kita kepada mereka, tidak salah jika berpeluang kita beratkan hati untuk berziarah ke kubur mereka.Ada masanya kita sendirian dan sebaiknya ketika itu kita lansung berfikir hakikat diri , di mana dan ke mana akhirnya perjalanan hidup selama-lamanya. Kita selalu berikhtiar bagaimana untuk meneruskan soal-soal kehidupan dan sering melupakan titik akhir hidup, iaitu hidup selepas nafas kita berhenti. Namun, realiti hidup ini akan kita lalui, dalam susah ataupun senang. Hidup yang ada ini perlu ditebus dengan kekuatan yang datang daripada pelbagai sudut. orang akan bangkit setelah menjalani keperitan dalam hidup mereka.
Tiba-tiba aku terpandang kepingan pengalaman yang lampau. Wajah seorang lelaki yangabang Ta yang sudah tua, muncul bersama dengan kepingan kenangan. Tiada siapa akan pedulikah apabila kita menjadi sangat miskin untuk meneruskan hidup di bumi Tuhan ini. Abang Ta, ya, dia sudah menjalani sisa-sisa hidup ini dengan dugaan dan harapan. Suatu hari dahulu dia tinggal bersama Zana, kakaknya yang tidak siuman. Ketika itu mereka sudah berpindah ke dalam kebun, agak jauh dari sungai yang menjadi nadi kehidupan orang miskin seperti mereka.
Tetapi sekarang Zana sudah tiada lagi di dunia. Penderitaan yang ditanggungnya sudah dibawa bersama abadi bersama dirinya. Hanya catatan hidup itu aku ingat, kerana aku membesar dan melihat mimpi ngeri itu bersama-sama dengan mereka. Zana, dia seorang yang angun dan cantik ketika waktu mudanya. Kerana itu orang mahu mengambil kesempatan terhadap dia, sehinggalah dia jadi gila dan kurang siuman. Ketika ayah masih ada, dia kerap membawa Zana ke rumah di Manjung kerana berniat untuk menjaga anak saudara. Ibuku yang beriya-iya mahu menjaga kerana dia telah tiada ibu dan ayah.
No comments:
Post a Comment