Apapun yang kita lakukan perlulah bersungguh-sungguh. Dalam pelajaran yang sedang dilalui, teruskan sungguh-sungguh mengulangkaji pelajaran, kerana apabila lulus dengan cemerlang, akan terlihat kejayaan itu di masa akan datang. Teruskan ke peringkat Ijazah, Sarjana dan setinggi yang boleh dicapai. Lalu teruskan hidup bersama ilmu yang dipikul, jangan sombong dengan ilmu, dan jangan angkuh dengan pangkat yang dimiliki. Tujuan hidup sudah diraih, sementelahan tujuan mati adalah matlamat sebenarnya hidup ini.
Kesihatan perlu dijaga, kerana tubuh jasmani manusia adalah amanah yang perlu dipelihara. Jangan berhenti daripada bersukan, walau sesibuk manapun kita. Kerana lahirnya otak yang sihat daripada tubuh badan yang sihat. Untuk sihat heruslah aktif dan senantiasa menjaga kesihatan daripada gelaja-gejala penyakit yang datang disebabkan kita malas bersukan. Ingat anakku, hari-hari bersukan, dan jangan sepenuhnya percaya ubat-ubat yang disyorkan oleh sains, kerana sebelum sains muncul, banyak kaedah teratas lebih bagus daripada peranan barat yang cuba menyesatkan fikiran manusia belahan Timur ini.
Kita perlu hidup dengan kaedah alami yang semula jadi, kerana kita sedang menentang kejahilan. Punca kerana kita tidak menghiraukan alam semulajadi di sekeliling kita yang bersih dan menyegarkan itu merupakan nadi dan roh untuk alam ciptaan Tuhan. Mulai sekarang kita tidak boleh abaikan kehijauan dan kebersihan sekeliling ini. Kita perlu mempertahankan daripada dimusnahkan oleh tangan-tangan keji dan tamak haloba rakus yang mementingkan perut mereka dan kroni. Ingat, sebatang pokok tumbuh sekian lama, ratusan tahun tiada siapa yang menganggu, dan berharga sekali. Mereka inginkannya, kerana ianga sangat berharga dan mutunya baik sekali. Sekian lama mereka berazam untuk mengambil semua tanah pusaka tinggalan bangsa ini. Bangsa Melayu.

No comments:
Post a Comment