Peperangan terhadap dunia dan peradaban Islam tidak pernah selesai semenjak Islam tumbuh ribuan tahun dahulu. Perasaan sombong dan hasad dengki yang ada dalam dada si Tromp sekarang ini adalah rentetan dan khayalan sejarah lampau mereka yang tidak mahu melihat kemenangan kaum Muslimin. Itulah hakikatnya. Maka kejahatan yang didalangi oleh iblis yang senantiasa meniupkan kejahatan dan kemaksiatan itu tidak pernah berhenti, sehinggalah hari kiamat.
Falsafah demokrasi barat tidak pernah hidup dengan cemerlang berbanding dengan isi kitab yang diturunkan Tuhan dari langgit. Keunggulan Barat selama ini yang menatang demokrasi hanyalah untuk menjaga kepentingan diri mereka, tetapi bukan diwujudkan oleh melahirkan manusia yang harmoni. Sifat-sifat keberanian yang mereka tunggang selama menjarah dunia Timur dan Barat hanyalah sia-sia dan telah dikalahkan oleh ide-ide yang lain. Inovasi dan pembaharuan yang mereka cipta hanyalah untuk merendahkan sebahagian manusia lain yang hidup di atas dunia ini.
Mereka memuja ilmu dan memberikan keagungan pada keilmuan, tetapi tidak mempercayai ilmu wahyu yang diturunkan oleh pemilik alam ini. Hanya Tuhan yang tahu kejadian manusia dan memberikan jalan-jalan bercahaya untuk kemakmuran dunia ini. Disebabkan mereka mahu jadi wira dan mempertahankan semangat silam yang telah terancam, teksdealisme perang moden diteruskan sehingga merosakkan sistem yang sebenarnyanya. Unsur-unsur perjuangan dan keberanian yang mereka pamerkan daripada dahulu lagi terbukti, mereka tidak mahu kalah daripada titik tolak keimanan yang sejati. Idea dan pengalaman silam telah mengajar mereka bahawa, Islam perlu ditundukkan.
Si Trop mewakili Barat merasai subjek pengalamanyang dianalisis cara pemikiran yang salah untuk menjadi masyarakat bertamadun.Sumber pengalaman lampau melalui fasa yang terang bahawa mereka tidak dapat dikalahkan sekiranya umat Islam seluruh dunia bersatu dan berani untuk mati. Melihat sejarah bukan sekadar satu hipogram yang lancar tetapi perlu memahami pengertian pengalaman itu. Untuk mencapai keunggulan perang mereka sanggup membunuh, membakar dunia ini dengan tujuan jadi wira dunia. Pada hakikatnya mereka salah catur kerana Tuhan tidak menyebelahi mereka yang tidak melihat aspek wahyu daripada langgit.
Mereka beretorik bahawa dunia dapat dikawal dengan senjata dan kekuatan tentera. Bagi sebelah umat Islam, kajian sejarah, penelitian sebagai hipogram untuk mencari natijah daripada penjajahan Barat semenjak ratusan tahun silam. Perkara ini perlu dihayati dan memerlukan akal yang dalam memahami disebalik penjarahan dan pembuktian yang tersembunyi. Mereka bijak berselindung disebalik ekonomi yang memperdayakan pengguna, terutama umat Islam. Salah langkah binasa kita.Maka itulah, perlanggaran dalam subjek sejarah perlu dijadikan bahan yang subjektif bagi pandangan dari sudut keimanan dan pertukaran alam dunia ke alam akhirat. Ianya sebagai akidah kepada orang Islam. Tidak dapat tidak kafir tetap kafir. Non-muslim tetap kafir, ia katakunci yang serupa, walaupun nampak lebih hormat sebagai manusia yang bernafas.
Apapun teks si Trop tetap sama. Eksperimental, avant-garde dan sebagainya masih kekal, cuma prosesnya berubah. Teksdealisme Perang berpegang kepada pencapaian lampau yang unggul, konvensi mereka tidak jauh berbeza. Isi tesis perlanggaran mereka tidak ubah seperti ribuan tahun yang lalu. Menggunakan orang dalam untuk memenangi perang. Maka kesatuan Islam lumpuh disebabkan orang-orang Islam yang dunggu itu sendiri. Bahrain, UAE, Qatar, Kuwait, Saudi dan lain-lain nama, menjadikan si Trop dan negara-negara kafir raja. Dengan pelbagai ugutan, maka takutlah pemimpin negara-negara tersebut sehingga sanggup bernaung di bawah musuh Islam. Mereka mula takut untuk menjadi peribadi mereka sendiri, walaupun dikritik oleh rakyat. Walaupun moral pemimpin dunia Islam yang kaya raya itu jatuh seburuk mungkin dimata Islam.
Mereka lebih dilihat sebagai pemimpin Islam yang dramatik, antagonis yang seumur zaman mendatang senantiasa menenrima kecaman dan kutukan manusia yang beragama.Nilai individualisme yang mereka dalang hanya membawa mereka tidur di atas tilam yang empuk, tetapi dihantui mimpi ngeri yang tidak pernah diberitakan kepada sesiapapun.
Dalam sejarah lampau di negara kita, tentang tokoh-tokoh Melayu yang berpendidikan menentang hegemoni Inggeris. Mereka marahkan penjajah kerana kekayaan, kuasa, pemerasan wewenang dilakukan oleh bangsa si Trop.Hasil bumi kita disedut yang memberikan nilai-nilai ekonomi sehingga anak pribumi merempat di tanah air mereka sendiri.Mereka panggil orang luar untuk menyedut kekayaan di perut bumi kita, apabila anak-anak watan tidak sepenuhnya berkerjasama dengan mereka. Mereka bunuh pembesar-pembesar Melayu yang menentang nafsu ghairah dan buas mereka. Walaupun tidak seteruk Kunta Kinte di benua Afrika, yang dirantai leher mereka dijadikan hamba abdi.Era 1930an bermula kesedaran anak-anak Melayu yang menyedari Inggeris perlu ditentang.
Subuh Oktober 2023, dendam
terhadap rejim Israel terbalas. Hutang nyawa dibayar dengan nyawa. Ahmed Naim, pemuda Palestin berazam untuk
berjuang demi tanahair tercinta. Biarpun kali ini nyawanya terkorban. apalah
untungnya hidup di dunia ini sekiranya dendam terhadap kedua orang tuanya tidak
dibalas dengan nyawa juga. Dia melihat tembakan meriam yang mengena kedua ibu
bapanya yang telah kehilangan kedua ibubapanya semasa dia berumur lapan tahun.
Kejadian tersebut tidak pernah pudar dalam ingatan pemuda ini. Ahmed Naim
menyimpan dendam dan kemarahan sekian lama dan mencari jalan untuk menyertai
Briged Izzuddin Al-Qasam. Sebagai pemuda yang berdarah Palestine tidak mungkin
mereka sanggup melihat tanah air mereka dijarah oleh Regim Israel. Tidak
mungkin kematian ibu bapanya tidak dibela. Mana mungkin kejahatan regim
laknatullah itu dibiarkan hidup, tanpa menerima pembalasan setimpal.
Di
khemah pelarian itu, Ahmed Naim membesar seperti kanak-kanak yang lain, suka
bermain
No comments:
Post a Comment