Tuesday, July 15, 2025

Hikayat Alang Jaman (Memoir)

 Hikayat Alang Jaman

MIMPI selalunya datang semasa dia sedang tidur. Selalunya mimpi yang datang tidak semiak, entah apa-apa, terjungkir balik, ada masanya menyeronokkan, tetapi kebanyakannya menakutkan. kadang-kadang yang menjelma, wanita yang cantik, tetapi berkaki tiga, ada masanya yang muncul amoi, tiba-tiba bertukar gelap legam. dia tersedar. Subuh menjelma. Mimpi yang datang dan pergi tidak pernah memberikan kekayaan imaginasi kepada dia. Kata orang tua-tua, jika bermimpi selalunya akan jadi terbalik. Jika bermimpi mati, makna akan hidup lama. Manakala jika mimpi hidup, usia tidak panjang. siapa hendak mempercayai naratif mimpi, terserah. Dia samasekali tidak akan mempercayainya. Ini kerana dia  selalu bermimpi terjumpa wanita berkaki tiga yang cantik, bukan menjumpai emas dalam tempayan. 

    Alang Jaman watak manusia yang pernah hidup dari zaman pemerintah Inggeris, kemudian apabila Jepun datang, dan kemudian Inggeris datang semula. Usia dia sangat panjang dikurniakan oleh Allah. Dia hidup sehingga sekarang. Usianya sekarang mencecah 125 tahun. Masih sihat. 

 

Oleh Prikasti

Prolog

Fragmen kali ini berupa naratif pendek dan terpecah-pecah seperti serpihan biskut yang tinggal serdak dalam balang. Memburu masa silam yang semakin menjauh. Ataupun seperti menatap bintang-bintang yang  bertaburan di langit, apabila dapat dikumpul menjadi kumpulan-kumpulan bintang ianya akan menjadi cahaya yang menerangi kegelapan malam. lebih terang daripada cahaya matahari. 

  Peristiwa demi peristiwa berhubungan rapat antara satu sama lain sama juga seperti  serpihan  kaca menjadi cermin. Atau memantulkan sinar yang menyuluh jalan-jalan ke hadapan. 

    Setidak-tidaknya akan memberikan kebaikan ataupun menghindarkan keburukan daripada sebuah peristiwa yang dipaparkan. Menaburkan  kata-kata yang terpilih sangatlah sukar, untuk dijadikan permata. Tetapi inilah hakikat tentang kita dan peristiwa banyak manfaat yang boleh dijadikan renungan dalam perjalanan hidup mendatang. Peristiwa lalu dapat dijadikan panduan dan kemanisan walaupun banyak kepahitannya. Tuhan sedang menguji, kerana manusia akan menjadi kuat setelah menerima ujian.   

            Bagi saya mana-mana pengalaman yang dilalui seperti sebutir benih yang jatuh ke tanah lalu tumbuh jadi pohon yang hijau rendang. Lalu berteduh di sebalik titik renungan. Samada baik mahupun buruk setiap pengalaman yang dilalui, ambil ia sebagai asam garam di dalam kehidupan. Setiap pengalaman seperti sebuah lukisan contengan warna warni. Jadi lukisan wajah diri, biarpun manis atau pahit. Apabila tergantung di dinding, orang lain akan menilainya daripada sudut pandang  yang berbeza. Mungkin buruk bagi orang lain, tetapi baik untuk diri kita. Mungkin juga baik bagi kita, tetapi buruk bagi orang lain.

            Umat Islam di negara kita selama seratus tahun kebelakang mengalami kemunduran, ataupun ke hadapannya juga akan tetap sama. Dilema di antara sekularisasi dalam kebudayaan Barat menghayun  makna agama sehingga berguguran satu persatu nilai-nilai bangsa kita.  Pasca modenisme, selepas Barat pulang mereka bukan pulang dengan berlenggang kangkong, mereka tingalkan bahana yang mencengkam. Masyarakat kita dirosakkan, setelah kekayaan bumi ini disedut mahu-mahunya. Yang ditinggalkan kepada kita, adalah satu sistem yang tidak yang mencerahkan umat dan tidak merungkaikan kekeliruan berfikir. Masyarakat terus diganggui pelbagai kejahatan, dengan sifat-sifat samseng, rasis, daya social yang tidak dapat dikawal dari sudut politik, persengketaan, perpecahan. Kesakitan yang mencengkam dan memerlukan sebuah karya yang kanon untuk memecahkan kebuntuan.

            Dan nanti berakhir dengan epilog rindu terhadap tanah leluhur. Seperti kisah seorang anak yang sering menyanggah, membantah kata-kata nasihat daripada  ibunya. Si anak menunjukkan dia lebih pandai dan menganggap melawan cakap ibunya sebagai mainan dan ocehan, tetapi dalam masa yang sama perasaan si ibu terguris. Dia tidak menangis di depan anak-anak. Dia bersikap diam membisu, dan di waktu malamnya dia bertahajud. Dalam doanya dia memohon kebaikan, dan keselamatan terhadap si anak. Si ibu tidak pernah bercerita tentang doa dan permohonannya kepada Allah. Si ibu selalu mengalah apabila dikasari dengan sikap perengus si anak. Buruk baiknya seorang anak terletak juga daripada doa yang dipohonkan oleh si ibu.

Bahasa  yang  sehingga akhirnya dia tidak lagi mendengar suara santun daripada ibunya lagi. Ibunya telah pergi meninggalkan tanah leluhur ini dan hanya meninggalkan kepingan kenangan di dalam kehidupan ini. Dalam   diam dia tercari-cari wajah si ibu. Dia merenung ke arah langit, melihat butiran bintang-bintang bercahaya gemerlapan dan tiada sebutirpun yang dipanggil  akan menyahut.  walaupun dia dapat menyaksikan keindahan ciptaan Tuhan. Ibunya telah hilang untuk selama-lamanya.Ibunya telah bersatu dengan alam lain milik ciptaan Tuhan. Dia pergi Bersama n kesedihan dan rasa terkilan akibat si snak yang sering meningkah pandangan menderhaka.

            Walaupun tangan kita masih boleh dikawal namun ia tidak dapat mengawal kebodohan dan kealpaan kita sendiri, walaupun kejahilan boleh dibersihkan dengan ilmu, agar kejahatan nampak lebih terang daripada bulan. Namun, amatlah payah menolak musuh yang tidak pernah terlihat oleh mata kita. Apatah lagi bisikan yang tidak pernah didengari oleh pancaindera kita.

Terasa tidak jujur atau tidak perlu mengaku ada otoriti intelektual, apabila berhadapan dengan fenomena marginal, kendatipun mereka seperti ahli sihir negara. Menghapuskan jerangkap rasuah. Susah, kerana menerima rasuah itu suatu nikmat yang ketagih. Rasuah merupakan santapan nafsu yang lazat apabila kerap diamalkan. Rasuah merupakan amalan tidak berbudi dan keji, budi dan akal menjadi luntur di mamah amalan rasuah. Kerana disebabkan rasa tamak dan haloba, perbuatan inilah yang menghancurkan diri kita sendiri. Paling dasyat ia melibatkan manusia yang jujur dan baik.

Mereka adakalanya menemui ajal, apabila dilanggar oleh lori tanah yang dipandu oleh lelaki rakus. Lori tidak mengikut skala puspakom, kerana lori tersebut boleh sahaja dengan mudah melepasi piawaian ketat yang disediakan. Gejala rasuah ibarat hendak menghapus bayang-bayang sendiri. Nampak kesungguhan penguatkuasaan tetapi itulah bayang-bayang yang tidak dapat dihapuskan sama sekali. Fungsi brek tidak diselia dengan baik, membawa lebihan muatan, pemandu bersikap acuh tak acuh tanpa  memikirkan keselamatan orang lain. Sudah tiba masa, seluruh pemandu di negara ini, dipanggil oleh pihak keselamatan negara  supaya disekolahkan semula, dididik dengan sifat-sifat motivasi, kursus dan demerit. Ini dikeranakan angka kemalangan terlalu tinggi. Bukan soal kecil lagi. Bukan angka bawah meja lagi. Kematian di jalanraya mengalahkan kematian dalam peperangan.

Ramai pengguna jalanraya telah terkorban, akibat amalan rasuah di kalangan penguatkuasa. Kesalahan boleh dibayar dengan kompaun, agar dengan denda itu menghalang manusia bersifat rakus dan tidak berhati perut. Kesalahan memandu laju, dengan perasaan ego dan tengeng, tanpa memikirkan bahawa yang menggunakan jalanraya itu ada manusia lain yang sifatnya tenang dan kusyuk. Apakah di atas jalanraya juga ada perasaan ingin menuntut balas, keberanian melawan nasib yang membimbangkan.

          Sikap pemandu paling aktif suka membelok ke kiri atau ke kanan tanpa memberikan lampu isyarat. Kesannya, telah ramai pengguna lain yang terlibat dengan kemalangan sehingga mendapat kecederaan parah, cacat dan meninggal dunia. Saudara saudari, adakah sedikit cuma menggunakan otak yang dikurniakan oleh Tuhan menjatuhkan maruah diri anda? Mereka memandu jenis kereta,  lori yang besar dan mewah, namun sifat-sifat peribadi yang bermaruah tidak dipraktikan di atas jalanraya. Hal ini membuktikan kalian bacul dan perilaku kebinatangan, lebih teruk daripada itu. Tidak kira berkopiah, berserban, Nampak ahli ibadat, perilaku buruk ini dilakukan oleh sesiapapun, hingga hilang sopan santun agama di atas jalan raya.

          Sebuah lori trelar yang tersangkut disebabkan system gearbox yang pecah sewaktu mendaki bukit. Jalan sempit, berselekoh tajam. Sepatutnya drebar truk cepat-cepat turun dan memasang tanda amaran segi tiga, atau segi tiga keselamatan. Sepatutnya begitu, kerana untuk memandu barang dagangan, seseorang itu wajib memiliki lessen kelas perdagangan, GDL. Apa akan berlaku sekiranya tiba-tiba meluru sebuah kereta atau motorsikal melalui jalan itu, dan terserempak dengan lori yang tersangkut. Tentunya menerima padah. Yang salah ialah pemandu lori yang tidak mematuhi peraturan jalan raya. Inilah sikap buruk yang selalu dilihat oleh Alang Jaman.

Ada suatu peristiwa yang tidak kurang hodohnya. sewaktu dia memandu untuk pulang ke kampung. dalam perjalanan terlihat arah belakang seorang yang agak berumur, sewaktu dia membelok untuk memasuk ke simpang kanan, dia masih menghormati dirinya sendiri, memberikan isyarat, walaupun dalam masa yang sama tidak ada kenderaan lain mengekorinya dari belakang. Ketika itu aku baru sahaja melepasinya. Inilah sifat manusia sejati yang berbuat baik tanpa mengira tempat, dan malaikat pasti mencatitkan kebaikan ini. Inilah amalan soleh, yang diperintahkan oleh Tuhan melakukannya. Bukan hanya membilang buutiran tasbih, tetapi perilaku tidak melambang ajaran Islam yang sebenar.  Berbeza dengan hamba-hamba Nya yang lama tinggal di taman di atas bukit di Saujana. Kecenderungan untuk berfikir menjadi hamba yang baik ini tidak semestinya diperolehi di menara gading ataupun berkerjaya yang bagus. Perangai dan sikap ini lahir apabila seseorang tahu menghormati orang lain. Hal seumpama ini bukan disebabkan terkucainya Jemaah dalam politik, tetapi disebabkan oleh sifat peribadi yang rakus dan tidak terpimpin oleh iman.

          Dia meminati drama, filem kerana di dalam seni persembahan tersebut mendatangkan kesan emosi yang baik, timbal balik buah fikiran yang digarap dengan baik. Malangnya drama ataupun filem yang dihidangkan kepada masyasrakat hari ini rendah mutunya. Hanya ada beberapa drama dan filem yang boleh dibanggakan kerana nilai-nilai perjuangan yang diutarakan. Seperti filem yang dilakunkan oleh Ahmad Yatim, Rahim Razali

Peranan drama dan teater hari ini tidak membawa kepada pemikiran ‘avant -garde’. Rasa takbur, bangga diri, puas hati merupakan celaan yang dihadam oleh pengguna jalan raya. Kemalangan jalan raya yang berlaku harus disalahkan pengurusan, Menteri yang terlibat, peengarah-pengarah yang terlibat. Undang-undang diperketatkan. Denda dilipatgandakan supaya pengguna jalanraya sedar tanggungjawab menjaga tingkah laku, menghormati pengguna lain.

Seorang Menteri mati meninggal lambakan emas dan perak, apakah selama hidupnya sewaktu sedang bertaubat tidak bersegra untuk memberikn sedekah separuh daripada harta bendanya kepada rakyat. Lalu untuk siapa ditinggalkan harta benda yang begitu banyak. Kamu pemimpin ada tugas yang besar dan bukan untuk menzalimi rakyat. Kamu sebenarnya ada wacana untuk membangunkan tanah leluhur. Itulah kejujuran.

 

          Setelah merdeka, mereka bertanya dan meragui, mengapakan perlunya merdeka, sekiranya bangsa tidak menikmati kemerdekaan tersebut. Satu peringkat seorang petani yang baru menikmati merdeka, memiliki kerbau dan ternakan  ayam, itik, kambing dan segala jenis  tanaman kontan, kemudian dirampas oleh tuan tanah, dengan membayar harga-harga semua miliki lelaki itu dengan harga yang sedikit.Apakahingin merdeka apabila tuan-tuan berkuasa dan merampas hak milik bangsanya sendiri. Hendak melawan bererti mati. Seperti zaman penjajahan Inggeris, Belanda dan Jepun dahulu. Orang yang akan selamat ialah mereka yang pandai bermuka dua. Menjadi talibarut. Kemerdekaan bukan bererti tentang kerbau kerbau yang dirampas, tetapi lebih bernilai daripada itu, merdeka ialah lawan kata dari penjajahan, soal kehidupan yang aman dan harmoni dalam skala yang besar dan beridentiti. Dunia material yang bersifat objektif, dan dunia roh yang bersifat subjektif.

Alang Jaman di masa mudanya adalah seorang seorang penuntut yang gigih belajar sehinggalah cita-citanya tercapai. Semasa belajar di universiti dahulu dia sering membaca  studi orientalisme Barat, bagaimana Barat memandang Timur. Orang sebelah Timur yang lebih banyak beralah, lemah lembut, berbudi bahasa, lalu inilah peluang kolonial membenamkan kuku mereka ke leher pribumi. 

sebagai hamba-hamba kerdil yang boleh dicengkam tengkuk mereka. Kerana orang Timur punya otak tetapi tidak mahu berfikir. Beragama Islam tetapi tidak memahami isi kandungan Al-Quran. Islam mereka Cuma ikutan, tetapi tidak mendalami al Quran mereka sendiri. Kerana itu mereka itu sangat mundur. Kata setengah orientalis Barat, orang Melayu agak formal dalam beribadah, tidak bersungguh-sungguh. Tidak mendalam Tauhid, mereka juga membaca al-Quran, tetapi tidak memahami dan mengkajinya. 

iya-iya untuk berzikir, berpakain secara sederhana, berbeda dengan keadaanya apabila mereka menyambut hari-hari perayaan

Seorang lagi hamba sahaya, yang bernama Alang Petia tidak pernah lupa pada sejarah perjuangan bangsa. dia mempelajari bidang sejarah, kerana untuk mengenali watak-watak pejuang yang terkorban demi mempertahankan tanah air, bangsa , agama.

    Di atas bumi keramat itulah terjadi pertempuran, sehingga mengalir air mata berbaur dengan darah. Para pejuang yang mempertahankan maruah agama dan bangsa meskipun mereka gugur. Tanah pusaka yang indah lagi subur ini wajib dipertahankan daripada pencerobohan orang-orang asing. Kematian para pejuang itu bukan kehilangan yang sia-sia. Dengan ini Alang Petia terus juga mempertahankan sejarah silam itu. Alang Petia mengingati juzuk-juzuk perjuangan bangsanya yang harus diteruskan, tetapi anak-anak sendiri sedang menentangnya. Sebelum terlambat, mereka perlu insaf. Dan perlu meneruskan perjuangan, dan dilema inilah yang sedang bermain-main dalam fikiran Alang Petia. 

Dia lahir sebelum Perang Dunia Kedua tercetus. Ketika bendera Jepun berkibar di utara tanahair usianya mencecah lima tahun. Pada mula dia melihat orang-orang kampung bersorak gembira dia mendengar orang-orang kampung Perkembangan ilmu sains berentetan sejak Abad Pertengahan. Pelbagai ciptaan teknologi dilakukan oleh saintis mereka merangkumi agenda yang mengandungi rahsia-rahsia yang tersembunyi disebalik falsafah mereka. Ketika itu mesin-mesin muncul seperti raksasa menyedut jauh ke dasar perut bumi tanahair, lalu kekayaan itu dihantar pulang ke tanah leluhur mereka di Barat. Anak pribumi dilatih memahami pemikiran mereka, walaupun ramai di antaranya menolak perampasan tidak berhati perut itu. segelintir pribumi di hantar bersekolah Inggeris supaya mudah mengurus tanahair bersama dengan mereka. Sebahagian lagi menentang dan tidak mahu bersekongkol, sehingga pihak penjajah menghantar buruh-buruh asing daripada luar untuk berkerja di ladang, lombong, buruh-buruh kompeni Inggeris. Orang-orang Melayu tidak mahu menjadi bangsat. Mereka masuk sebagai perompak di tanahair ini. Alang lahir di Pasir Salak, tanah perjuangan

 

Sama juga penciptaan mesin-mesin yang dihasilkan oleh pimpinan Timur Jauh ini-Jepun.

ALANG PETIA mencintai Tanah Melayu, bangsa dan agama yang dianuti orang-orang Melayu iaitu Islam. Dia melihat kemunduran orang-orang Melayu berfikir. bangsanamun dia juga menyantuni kemajuan, dan tidak menolak sains dan teknologi. Apa-apa sahaja yang ada kaitan dengan Melayu, termasuk budaya, bahasa, filsafat, sastera, seni bina, seni ukir,  dan sebagainya menjadi sebahagian daripada dirinya. Tidak sekadar mencintai malah memeliharanya. Keberadaan Melayu jangan siapa-siapa memperkotak-katikkan apatah lagi menghinanya. Mempertahankan  Melayu sama ertinya menjaga maruah diri. Alang Petia merupakan tokoh bangsanya yang memiliki halusinasi yang aneh. Tidak hairanlah dia  dikenali diperingkat tempatan mahupun di kalangan sarjanawan  universiti.

Alang Petia bukanlah nama sebenarnya, ia merupakan nama jolokan   yang diberikan oleh beberapa orang kenalan karibnya, dan kebanyakan daripada mereka ramai yang sudah menjadi arwah. Nama timangannya lebih popular daripada nama yang sebenarnya, Alang Petia.  Daripada asal usul namanya terhasil, dia acapkali menyaran agar orang yang mendengar penjelasannya dengan kalimat mike petia, Dalam ertikata dia lebih suka mengajak orang lain memikirkan sama masalah yang timbul. Ada timbal balik dalam arus fikiran dalam berkongsi rasional yang efektif. Nama sebenarnya ialah  Alang Ahmad bin Alang Laba. Meskipun orang telah melupakan nama sebenarnya tetapi orang tidak akan melupakan kebijaksanaan serta jati dirinya mempertahankan kebudayaan Melayu.

 Mengenali tokoh budayawan ini begitu mudah. Di samping terlihat keterampilan dirinya yang berwajah bersih, berjambang kemas, dan kelebihan yang dimilikinya ialah kecerdikan. Namun kecerdikan berfikir yang dikagumi orang adalah kerana tabiat suka membaca, berfikir, berzikir yang telahj diamalkan olehnya semenjak kanak-kanak lagi.  yang tulen ada ciri-ciri lain lagi yang sebati dengan dirinya. Dia tidak pernah tidak menanggalkan songkok hitam yang selalu dipakainya. Walaupun songkok itu semakin lusuh, dia sangat menyanyanginya.

Dia lebih selesa dan nampak tampan dengan baju batik yang bercorak pucuk kayu. Baik menghadiri majlis rasmi, atau tidak rasmi dia hadir dalam pakaian tradisinya. Malahan semenjak dia bertugas sebagai guru lagi dia sudah rasmi begitu. Dia selalu ingat pesanan dari ustaz yang mengajar dia mengaji al-Quran; di kepala ada akal, anugerah Allah S.W.T yang paling bernilai dalam diri manusia, ianya wajar dimuliakan.

Dia juga berasa bangga kerana songkok sebagai identiti kemelayuan. Hingga ada di antara kawan-kawannya menambah-nambah lagi pelbagai gelaran kepadanya; Alang Songkok Baldu, Alang Petia Anak Melayu, Alang Petia dan berbagai-bagai gelaran seumpamanya. Namun biar apapun orang memanggilnya, dia tidak ambil peduli, sebaliknya timbul rasa bangga dalam dirinya. Orang berseloroh demikian lucu, tidak luak baginya, tetapi jangan sekali-kali memperleceh hal-hal kemelayuan, jangan memperolok-olok kehebatan bangsanya, jangan pula disindir pada suatu yang tidak kena pada tempatnya, naiklah darahnya. Melenting juga dia. Tercabar juga kesabarannya. Silap-silap hinggap penampar ke muka. Apabila dia naik  amaran keluar dari lidahnya, ‘tampor tak bertanya,’ elok-elok cepat  berundur,  itu petanda dia ‘naik syeikh’, cepat-cepat beralah, jangan tunggu lagi. Beredar segera. Inilah tabiat baran yang tidak baik ada pada dia.  

Alang Petia sudah dikelilingi oleh masyarakat yang tertawan dengan budaya asing. Yang hampir-hampir melupakan budaya dan bahasa sendiri. Kebanyakan, mereka bukan sahaja memesrainya, malah berasa bangga dengan budaya yang baru itu. Oleh itu dia sering mengajak masyarakat supaya berfikir, meletakkan satu wacana bagaimana kaedah untuk membenteras kebudayaan asing. Derasnya kerosakkan yang dibawa arus asing lebih cepat daripada arus yang turun dari gunung. Lebih memburukkan keadaan, bangsa sendiri jadi petualang, menikam dari belakang. Ini tentang aliran pemikiran, idealis, reformis dan pembudayaanb baru yang akarnya terbenam di sebelah Barat.

Ada juga dikalangan masyarakat yang tidak setuju dengan pemikiran Alang Petia. Menyanggah dengan kata mereka, “dalam dunia yang baru, berfikir perlu jauh melepasi sempadan, jangan jadi katak di bawah tempurung. Apa yang berlaku merupakan sunatullah,” Alang Petia menentang sama sekali pandangan demikian. Benar! Apapun yang asing perlu dipertimbangkan, bukan bulat-bulat diterima. Setakad mana identiti dan jati diri dipertahankan, sehingga sisa-sisa budaya yang adapun tidak mampu dipertahankan, kerana sudah disedut kesemuanya. Maka keraplah kalangan para akademik, para sarjana universiti, tokoh-tokoh pembicara budaya, sejarah dan sastera berkumpul di daerahnya membuat seminar, wacana dan diskusi mengenai kemelut yang mengancam masyarakat. Melalui pendekatan yang dilakukan oleh Alang Petia inilah, masyarakat telah menghormatinya sebagai budayawan Melayu. Orang-orang yang mempertikaikan kewibawaan dan keseriusannya melihat terancamnya kemelayuan, mulai akur.

Sebenarnya struktur pemikiran kemelayuan yang telah membenih dan tumbuh di kalangan masyarakat di daerahnya, bukan perkara baru. Para  pemimpin tempatan sejak sekian lama telah memelihara dan mengawal pertumbuhan kependudukan, status, dan taraf agar tidak dimasuki oleh pihak asing. Sesiapapun tidak dibenarkan memajak tanah di mukim itu kepada orang luar. Tidak dibenarkan samasekali pelabur-pelabur luar membeli tanah dalam daerah itu. Malahan tidak dibenarkan orang asing bermukim di situ untuk berniaga, walaupun membuka kedai jahit. Pengawalan terhadap orang kmasukan orang asing sudah lama berkekalan, semenjak Residen Inggeris ditombak oleh Si Puntung. Inilah daerah yang paling celaka,   kurang ajar dan tidak bertamadun. Menolak kemodenan.

Tradisi inilah yang hendak dipelihara oleh Alang Petia. Menghalang kemasukan budaya asing, termasuk orang asing dan pemikiran orang asing ke dalam masyarakatnya. Sebilangan tokoh politik tempatan bersetuju dengan tradisi itu. Ada juga yang menentang, tetapi tidak dinyatakan dengan terang kerana akan berisiko. Sensitif. Taksub. Sehingga ke hari ini kita masih mengimpot segala-galanya daripada luar. Tidak mahu membina logi perusahaan milik negara. Gembeleng hasil bumi tempatan dan dijual pula ke seluruh dunia.  

Oleh demikianlah, agak lewat rumah Alang menerima teknologi, kerana dia cuba menghalang kemasukan peti t.v ke rumahnya. Baginya cukuplah sebuah radio sebagai penerimaan berita-berita semasa. Agak lama jugak dia menolak akhirnya, didesak oleh isteri dan anak-anaknya, berjaya juga peti t.v itu masuk ke dalam rumahnya. Bermula saat itu, semakin pesat budaya asing meresap masuk lalu menyingkirkan budaya tempatan. Dia gagal menghalang. Lama kelamaan Alang Petia rasa selesa dengan kedatangan  teknologi dan katanya lebih nyaman dan tepat mendengar warta berita melalui peti t.v.   

Bermumendatangkan apa-apa kemudaratan. Sehari demi sehari banyaklah budaya asing meresap masuk. Alang Petia, sudah mempertia begitu lama, kemasukan budaya asing ke dalam kampung  sejak di bawah jajahan Inggeris lagi.  Tamadun luar telah banyak meresap masuk ke alam Melayu. Dia sendiri banyak membaca dalam buku-buku, kesan pengaruh Barat ke dalam masyarakat Timur. Budaya rasuah juga merupakan buday iblis, yang diajar kepada orang kufur, untuk menakluki kota Melaka, atau membunuh Dato Sagor dan Dato MaharajaLela. Ketika itu seorang Melayu yang dibayar dengan lumayan oleh Inggeris untuk mengalahkan kumpulan yang sedang mempertahankan tanah ibu pertiwi, Pasir Salak. Rasuah dengan wang ringgit untuk menakluk Pasir Salak, dan orang Melayu keseluruhannya.

Pemikiran yang horizontal berteraskan kepada Allah dan Rasul, akan membawa kebaikan kepada kehidupan manusia di atas muka bumi ini. Kenapa kita tidak dapat mengawal tangan-tangan daripada akal fikiran kita sendiri, mengawal kebodohan kita lebih mudah daripada membakar tangan-tangan dengan api neraka.

 budayaHanya  dia satu-satunya merasa senang dan bangga memakai songkok. Malahan kawan-kawan yang seangkatan tidak gemar bersongkok. mereka lebih suka memakai pelbagai jenis topi yang datang dari dunia sebelah barat.  berumur daripada dia, sudah lama tidak betah memakai songkok. Dalam tahun 60an dan 70an, boleh dikatakan semua peringkat usianya, memakai songkok, kecuali tuan-tuan guru memakai serban dan berkopiah. Sekarang sudah terbalik, kerana semua orang kampungnya ramai yang memakai kopiah, ikat serban, dan tidak kenal mana tuan guru, mana makmum. Bagi dia, ini perubahan. Kerana kesan daripada pertembungan budaya sehingga masyarakat memilih bertopi, dan langsung tidak memakai apapun. Alang sudah maklum, songkok yang dipakai, adalah produk budaya, ada kaitan dengan ideologi, sejarah bangsanya. Biarlah apabila orang melihat songkoknya, sekilas, orang boleh mengaitkan dengan adat budaya Melayu. Dia bangga.

 

 Teluk dan cuba mempersenda-sendakan maruah Melayu Dia akan bersama-sama ikut berjuang di barisan hadapan untuk mempertahankan bahasa Melayu. Dia memahami tanggungjawab dan fungsi diri sebagai Melayu yang beragama Islam, dan sebagai orang Melayu yang ada jati diri. Pernah dia disanggah oleh temannya; mencintai Melayu tidak salah tetapi jangan ada perkara-perkara yang bercanggah dengan syariat agama kita, dan semenjak itu diapun berhati-hati. Tidak sembarangan dalam ertikata dalam mempertahankan Melayu ada perkara yang harus dipertahankan. Dia sedar.  

 

Alang Petia mengaku dia tidak pandai menulis puisi, tetapi dia kerap menulisnya bila berkesempatan. Setiap puisi yang ditulis tidak dihantar mana-mana penerbitan. Dia menyimpannya dalam fail-fail yang di simpan dalam biliknya. pernah disiar dalam akhbar ataupun majalah sastera. Sejak itu dia hanya menulis puisi untuk melepaskan buah fikirannya, walaupun tidak lagi mengharapkan ada pihak menyiarkan puisinya. Sudah hampir tiga puluh tahun dia mencintai sastera dan menulis puisi.

menghadiri majlis-majlis atau diskusi yang berkaitan dengan sastera. Pernah dia menghadiri majlis baca puisi di kota Kuala Lumpur, beberapa tahun lalu. Dia berazam dan memberanikan dirinya untuk membaca puisi yang ditulisnya sendiri. Setelah tiba dalam majlis tersebut, sesiapa boleh tampil membaca puisi, tetapi seluruh tubuhnya jadi mengigil untuk membaca puisinya di tengah kelompok penyajak pada malam itu. Dia rasa puisi yang ditulisnya tidak sehebat puisi orang-orang yang telah tampil di atas pentas. Dia terasa kecilnya dia pada malam itu. Akhirnya puisinya tersimpan dalam poket seluarnya sehingga selesai majlis.

 sering mendeklamasikan puisi mereka pada setiap malam di bawah pokok rendang. golongan membaca puisi bukan golongan sasterawan yang berkobar-kobar menjeritkan puisi mereka di tengah pentas. Dia tidak tahupun menulis puisi, tetapi dia sering membaca puisi yang tersiar dalam majalah ataupun akhbar.

dia rasa mencintainya dan wajar dipertahankan. Orang tidak perlu mempertikaikan, mengapa dia mencintai Melayu lebih daripada mencintai Islam, sedangkan Alang Petia juga dikatakan orang masjid. Melayu dan Islam tidaki dapat dipisahkan. Sebuat Melayu, pasti dia Islam, kerana Islam telah menguasai dalam kehidupan orang Melayu sejak abad ke 12 sehinggalah hari ini.

Siapa lagi yang wajar memelihara khazanah dan keunikan ketamadunan Melayu ini, jika bukan Melayu itu sendiri. Alang Petia memahami Melayu, selain daripada dia sendiri berketurunan Melayu, dia juga banyak mengetahui tentang bangsanya melalui bahan bacaan, selain mengutip ceirta lisan daripada orang-orang lain, terutama daripada orang-orang tua  yang ditemuinya.  mengkaji perihal Melayu, melalui bacaan. Meskipun tidak kesemuanya dia tahu.  Lingkungan Dia bersungguh-sungguh mempertahankan keunggulan budaya yang ditinggalkan oleh warisan leluhurnya. Walau beretikam sampai ke titisan darah yang terakhir. Itulah tekadnya. Walauapapun yang melibatkan bangsa Melayu dia akan mempertahankan. memiliki jati diri, niatnya hendak mempertahankan maruah dan peribadi bangsa. Dia sudah bertekad untuk menyumbangkan tenaga, harta dan segala yang termampu untuk berbakti kepada agama, bangsa, dan tanah leluhurnya.

Dia menghayun-hayunkan kedua belah kakinya. Pangkin yang terletak di bawah pokok mangga depan rumahnya, sambil merenung ke arah sungai yang sedang mengalir lesu. Aduhai nyaman, apabila diusap oleh angin petang yang bertiup lembut, satu nikmat yang jarang orang memikirkan penciptanya. Sambil itu dia merebahkan badan, merenung langit yang biru. Tompok-tompok awan putih jernih hidup seperti batu karang di puncak langit.

 “ Sekarang kau sudah pulang, Hasyim,”kata teman lamanya, juga bekas  ahli parlimen. Dia kebiasaaanya semenjak dahulu suka membantu oranglain, kerana itu tsudah menjadi tabiatnya menyeluk tangan kanan ke dalam poket seluar.

“Saya sudah balik untuk membantu tuan dalam krisis politik di daerah kita, dan saya tidak perlukan sumbangan dari tuan.”

“Kalau tidak ada duit kita tidak boleh bergerak Hasyim.” pujuk kawan lamanya.

“Ya, kita perlukan, pada masa tertentu nanti. Kita perlu terbitkan majalah, buku dan risalah kebenaran, dan sebarkan ke setiap isi rumah yang ada di mana-mana.”

“ Orang semua sudah tahu, tidak perlu lagi risalah atau majalah. Orang sudah tak membaca akhbar lagi. Banyak syarikat akhbar sudah gulung tikar.

“ Ini ikhtiar kita, mula-mula orang akan menolak pandangan, dan akhirnya mereka akan membuat pertimbangan, kerana sebenarnya mereka juga sayangkan bangsa dan tanahair yang mereka duduki ini. Tanah leluhur kita.

Menerbitkan akhbar penting, tapi juga menimbulkan rasa takut segelintir orang, kerana orang tidak selesa dengan propaganda. Masyarakat sekarang lebih suka maklumat yang bersifat linear dan biar mereka membuat ramalan mereka sendiri. Kerana itukah sebuah syarikat akhbar terbesar tanah air telah gulung tikar.

“ Dan aku tidak salah pilih, melantik kau menyertai aku dalam usaha yang besar dan murni ini,.”

“ Ramai lagi? Siapa lagi?” tanya Hasyim.

“ Semua penduduk menyokong, semua keturunan pahlawan, kita dari daerah pejuang.

Kita perlukan ra              mai menyokong di seluruh tanahair, kita kena kerja serentak, seperti perjuangan Dato Onn, mencabar Malayan Union,” tegas Hasyim.

Bangsa ini perlu ada kesedaran sejarah bangsanya. Mereka sudah terlupa itu semua. Kita akui kesalahn demi kesalahan telah dilakukan oleh kalangan pemimpin parti. Mereka tamak yanga sangat luar biasa. Mereka membina kekayaan peribadi yang sangat luar biasa.

Sahabatnya angguk, sesekali gelengkan kepala, ikut setuju apa yang dilontarkan oleh Hasyim.

Hasyim seorang bekas pegawai yang bertugas di makmal bahagian patologi. Dia bukanlah seorang pakar, cuma bekas kerani di bahagian patologi. Dalam kajian yang dilakukan oleh seorang doktor di situ menemui sejenis wabak yang hanya ada pada ahli-ahli politik, dan merebak ahanya di kalangan tokoh-tokoh besar politik. Dia ditemui virus ini di sebelah Eropah Barat, di sekitar semenanjung Cicily, dimana dalam sebuah rumah tua milik Niccolo Machiavelli. Virus ini akan mati bersama dengan pemilik tubuh, tidak merebak, yang merebak cuma fahamannya. Boleh berjangkit melalui pembacaan kawan-kawan mereka. Agama tidak ada dalam hati mereka. Kecuali ‘survival’ untuk diri mereka smata-mata.

Hasyim juga melkihat keistimewa sahabatnya itu, dalam dunia politiknya dia bersih dan tidak terlibat dengan skandal yang menjejaskan namanya.

 

 

   

 

 

‘Semangat untuk menentang penjajahan memuncak, marak seperti api yang sedang memakan hutan musim kemarau. Ayuh !Kita bangunkan bangsa kita yang sedang tidur. Bangkitkan bangsa kita yan sedang leka dibuai mimpi. mpi. berap-api di mana-mana. Kita berdarah pahlawan, kita keturunan daripada tanah leluhur yang tidak pernah takut cabaran dan gelombang. Tentu kalian ternanti-nanti sudah sekian lama, semangat itu datang. Di atas bumi yang bertuah dan keramat ini kita berdiri, berikrar untuk mempertahankan dari angkara pihak musuh. Mereka bukan alang kepalang, sudah lebih dari kurang ajar terhadap ketuanan kita di bumi ini.’

“Tok ! Tok !,. Alahai,. atok bermimpi lagi.”

Hasyim termenung sejenak, di sisi Saerah sambil tersenyum.   Beberapa helai daun melayang jatuh ke tanah. “Pukul berapa sekarang ?” Tanya Hasyim, sambil tersenyum melihat cucunya.

“Dah nak dekat jam 5 petang, tok.” balas Saerah.

“Mimpi yang sama juga ke, tok ?”, tanya cucunya lagi.

Dia tidak menjawab, cuma menganggukkan kepalanya, sambil mengusap kepala Saerah.

“Nanti malam. Selepas tok balik dari surau, bolehlah tok sambung cerita perjuangan sebenar orang Melayu,” pujuk Saerah.

“Insyallah,” balas Hasyim. Dia tidak berani menjanjikan waktu dengan cucunya, kerana selepas solat Isyak malam itu dia perlu menghadiri satu mensyuarat dengan bekas ahli parlimen yang kalah pilihanraya yang lepas.

Dia juga merasakan kejatuhan Haji Sidin sebagai ahli parlimen, memberikan tamparan yang hebat kepada parti,

Hasyim teringat beberapa tahun sewaktu dkia tinggal di kota, di mana-mana orang Islam bangkit untuk mencari cahaya kebenaran. Dan cahaya yang menerangi bertebaran di mana-manapun. Kebanyhak masjid dan surau, orang mencari hidayah yang turun dari langit. Setiap waktu orang ramai bersolat di masjid. Apatah solat subuh, jumlahnya lebih ramai daripada waktu-waktu solat yang lain. Timbul rasa kehairanan dihatinya.

Tetapi waktu itu sudah berlalu, kejadian yang berlaku disebabkan orang ramai merasakan nyawa mereka cuma tinggal beberapa hari lagi. Kerana ada seorang ustaz yang datang daripada negara jiran mengatakan kiamat akan berlaku beberapa minggu lagi. Katanya, lagi orang-orang yang banyak dosa perlu bertaubat, orang yang rasa sudah bertaubat perlu memperbanyakkan taubat juga.

Ada sejarawan tempatan mengatakan kekalahan askar sultan Melaka sewaktu serangan angkatan Feringgi, disebabkan oleh ada musuh dalam selimut dikalangan orang Melayu sendiri, apabila orang-orang yang belot diberi habuan oleh pihak musuh. Hal yang sebenarnya ini telah disimpan oleh pihak sejarawan Barat. Benarkah ?

 

 

 

 

‘Di luar sana generasi muda sedang bergelut dengan ruang yang perlu dipilih ramai peminat pemuja mencari nama menconteng hidup di atas air mengalir, tidak menghiraukan ke mana arus mengalir pergi, sama ada ke hilir, atau ke mudik ke pinggir lereng perbukitan. Perbukitan dan tebing-tebing tanah milik negara, milik rakyat, milik masyarakat, milik pribumi, telah di pungkih, dicebak, dibajak oleh enam jahanam politik.

Oleh kerana peminat di luar sana tersangat ramai, mereka kuat, sukar ditewaskan melalui modul peperangan fizikal. Maka, berperang dengan mereka bererti mati sahaja seperti seekor katak. Tidak berpingat, tiada dikenang kerana kebodohan, kerana kelemahan fikiran, tiada bersatu teguh, tiada kesungguhan di dalam aktiviti ekonomi, tiada tulang belakang sedikitpun, kerana itulah bangsa ku terbatuk-batuk takut.

 

Pahlawan tanah Igbo, Okonkwo telah kecundang untuk membela dan menyatukan kaumnya apabila kedatangan kolonial British. Ketangkasan dan kesasaan tubuh tidak dapat mengekang kelicikan pihak Inggeris daripada berpijak dan menyebarkan anutan Kritian dalam bangsanya. Bangsa yang maju dan berjaya mengalahkan kekuatan fizikal apapun bangsa di benua, baik Afrika, dan Asia. Perpecahan di kalangan masyarakat berpunca tangan-tangan pemimpin yang berkuasa menentukan masa hadapan negara mereka. Tawaran kebendaan telah memecahbelahkan masyarakat, terutama di saat-saat getir dan imej yang dicacatkan oleh tangan-tangan yang berlumuran lumpur nista. Jangan gejala itu terjadi di bumi tercinta ini.

 

Kebudayaan Barat telah menjajah dan menguasai dunia kontemporari, dengan bantuan kepakaran sains dan teknologi, dan persekongkolan dengan pentadbiran daripada bangsa tempatan yang jahil, telah menggerunkan semangat kita. Mereka takut melawan lgbt kerana akal budinya sudah korup. Mereka takut dikalahkan oleh kebudayaan Barat yang bernuansa baru.

Inilah yang paling menakutkan, apabila pihak-pihak yang melunaskan peraturan, mereka hampir dibayar ataupun dibayar dengan harga yang murah oleh masyarakat kami. Rasuah bukan suatu komedi, bukan drama, tetapi pemerintah kehilangan maruah, energi, kehilangan bilik-bilik syurga untuk rakyatnya. Mengapa pemimpin negara semanjung ini tidak mahu memikiran rakyatnya, agar tidak dimasukkan ke dalam api neraka. Malah mereka ada yang mengejek-ngejek perbuatan yang baik itu diselaraskan. Mereka lebih suka makan rasuah dan mengeluarkan juga najis rasuah yang ternyata, sama pada penglihatan mata kasar, tetapi dari sudut batinnya, sangatlah keji dan hina.

            Ada penyokong yang menyokong politik daripada faham. Ada yang menyokong kerana disebabkan benci dan dendam, dan ada yang menyokong politik kerana ketokohan pemimpinnya. Ada yang menyokong politik kerana kecerdikannya.  Mengapa tokoh yang suatu masa disanjung, kemudian hari dilupakan dan dibenci. Seperti berlaku di tanah jiran, orang mengecam Sukarno kerana membiarkan Partai Komunis menjadi sebagai bessar dan mengancam. Di tanah emas ini, ada puak yang mengangkat parti komunis, juga menerima nasib yang sama. Kerana ajaran tersebut bertentang dengan ajaran Islam, system yang diturunkan olehj Allah. Pencipta Alam.  Tidak perlu cucu cicit fahaman komunis mengangkat peninggalan mereka sebagai khazanah negara. Kerana empunya tanah keramat ini tidak betah hidup bersama dengan fahaman ciptaan manusia. Mereka boleh bersedih dengan kekalahan perjuangan komunisme, tetapi tidak boleh mengingkari perjanji social yang dimenterai. Sepatutnya kamu snang lenang di atas tanah ini dan ucapkan rasa terimakaslih kepad empunya leluhur.

          Akhirnya beberapa buah buku yang masih belum aku telaah, dibasahi air hujan. Aku meletakkan sejumlah buku di bahagian bawah lantai kerana di atas rak buku sudah tidak dapat menampung. Salah satu buku yang separuh basah, cepat-cepat ku bukan balutan plastiknya dan membuka helaian pertama. Sebuah novel Pramodeya berjudul Larasakti.

pernah juga buku-buku ku berenang di atas air, kerana rumah sewa dilanda banjir. Bayangkan setahun dilanda banjir sebanyak tiga kali.di sebabkan air sungai yang melinpah, sehingga mengalir membuak masuk ke dalam parit yang mengalirkan air buangan. Ini bukan disebabkan oleh bencana alam, tetapi sikap manusia yang rakus terhadap pembangunan, pembanguan di sebe;lah hulu sungai, manakala dipinggiran sungai hidupnya kalangan pendatang yang membina rumah di tanah rezab JPJ,

           Di sungai itulah mereka membuang segala sampah sarap, dahan-dahan kayu, batu batan serpihan pembinaan rumah, dan mungkin juga najis-najis, sehingga sungai yang dahulu airnya jernah seperti turunnya air dari Lembah Himalaya. Aduan dinuat berkali-kali terhadap kekotoran dan sikap pendatang ini, bukan sahaja di sungai yang berdekatan dengan rumah sewaku, malah sungai-sungai yang ada di mana-manapun masyarakatnya tidak ambil peduli.

    Alang Jaman pernah hidup pada tahun 1960-an, 70-an, dan ,pernah bersama-sama meraikan zaman tersebut. 

            Sejak pertengahan murun ke -19, dinasti Uthmaniah Turki telah mengaslami kemerosotan dan seterusnya kejatuhan, disebabkan oleh kekuatan teknologi ketenteraan Barat. Benarkah, atau disebabkan oleh kesalahan dan kealpaan sendiri. Barat bersatu untuk melemahkan negara-negara Islam, mereka memusuhi system wahyu dan hadis. Mereka menolak kebangkitan dan mencari ke

zaman melenium, ini kerajaan yang sedang memerintah menggunakan slogan al- Madani, juga sains sosial yang pernah dikaji oleh Al-Farabi, etika siasah, pemerintahan dan adab-adab kementerian.Dari aspek akhlak dan tingkah laku.menurut beliau, hakikat hakiki corak pemerintahan mementingkan kebahagiaan dunia dan akhirat.dalam kitab, Tahsil al- sa'adah. Menurut al-Farabi, asas kebahagiaan manusia berpaksakan kepada empat keutamaan. Pertama kebajikan teoritis ( al-fada'il al-nazariyyah), kedua: kebajikan pemikiran (al-fada'il al-fikriyah), ketiga:kebajikan akhlak(al-fadail al-khuluqiyyah dan keempat: kebajikan daya cipta atau kemahiran(al-sana'at al-'amaliyyah.
     dua belas sifat yang perlu ada pada ketua negara
1) Kesihatan fizikal yang sempurna
2) Kebijaksanaan
3) Daya ingatan yang kuat
4) Berhati-hati dalam tindakan
5) Kefasihan tuturkata
6) Berbudaya ilmu
7) Tidak rakus dalam kehidupan seharian dalam makan minum dan pakaian
8) Berusaha menegakkan kebenaran dan menentang kemungkaran
9) Berhemah tinggi dan pemaaf
10) Zuhud
11) Bersifat adil dan membenteras kezaliman
12) Keazaman yang tinggi

    Alang Jaman khusuk meneliti huraian mengenai epistemologi sudut sains politik yang dihasilkan oleh al-Farabi.Antusiasme Alang Jaman meneliti tokoh-tokoh pemikir Islam selepas era Rasulullah, menjadi-jadi kerana nikmat dapat merenung dan berfikir bahawa betapa tajam dan telitinya pemikiran tokoh ilmuan Islam terdahulu.Dia hanya menemui kecantikan melalui filsafah namun dia sedar, biarpun dapat hidup seratus tahun lagi, tidak akan mungkin dapat membaca ribuan buku-buku filsafat yang ada dalam dunia ini. Itulah hal yang membuat Alang Jaman menyukai kesusasteraan.
Ketakutan yang ada dalam benaknya, tidak kesampaian dalam menulis buku memoir hidupnya yang terakhir.
    Selama mana dia cuba menulis pemula yang tepat dan berfaedah untuk khalayak, tiap kali datangnya bisikan hati yang merosakkan awal kata dengan kepentingan naratif. Bagi Alang fikiran begini ada paradoks, kerana adanya kecelaruan yang tidak benihkan keharmonian, dalam kata-kata dan matlamat.konsekuensinya, baharu kini setelah lanjut dia menulis memoir. walaupun cabaran estetik kata maksud masa kini berbeda dengan masa seratus tahun silam, bacalah tulisan Zaaba, 
    Melarang orang melawat sahabat Muslim kita di selatan Mindanau, tidak sama Us melarang kita melawat New York. Moro ialah saudara Islam, menyebut kalimat syahadah yang sama seperti kita, mnebngahdap wajah ke kaabah. Tiada salahnya. Yang salahnya menang dalam peperangan dunia kedua dengan cara dayus dan takut berhadapan dengan taktkal perang darat. lalu Hiroshima dan Nagasaki menjadi mangsa pondan US. Siapa tidak lupa si saintis Yahudi bangsat.
Setelah hancurkan Jepun, mereka secara diam-diam sedang bangkit tiada siapa yang tahu.

    AJ semasa kanak-kanak telah mendapat didikan di sekolah Inggeris, di Teluk Anson (Intan). Memasuki maktab perguruan di Muar, Johor. 
        Sekarang di media kerajaan tidak menyalurkan diskusi kesusasteraan, seperti di Indonesia. perbincangan ilmiah secara terbuka, yang mendedahkan kepada umum, apa dan kemanakah hala tuju kesusteraan. Jiwa suatu bangsa didedahkan melalui sastera, novel, cerpen, dan puisi. Kerana masyarakat di luar sastera hanya menjangka sastera adalah ASamad Said, Shahnon Ahmad, Arena wati danlain-lain.
    
    


    

No comments:

Tips daripada tokoh penulis dunia

 “Saya boleh menahan segala-galanya kecuali godaan.” – Oscar Wilde “Lebih baik dibenci kerana diri sendiri daripada disayangi kerana bukan d...