Sunday, August 10, 2025
Tenis Di Mana-mana
Monday, August 4, 2025
Bahagia sebuah keluarga
Meriah sebuah keluarga apabila anak-anak ikut bersama meraikan hari raya tahun lepas. Yang tiada dalam gambar, Zulhilmi. Dia tidak pulang untuk meraikan bersama-sama. Susah untuk menyatukan hati dan payah untuk menyelami emosi anak-anak. Perubahan masa, usia, sebaran media baru, kebinggungan yang menular tanpa berhenti merasuk dan mengamuk seperti ingin merosakkan hubungan sebuah keluarga. Sebenarnya nilai dan ikatan kekeluargaan sangat penting dalam kehidupan manusia ini. Duia ini tidak akan terasa indah sekiranya tidak dipupuk rasa kasih sayang di antara kita.Sewaktu kita masih hidup dan berpeluang untuk bersama, maka nikmatilah dengan rasa sayang dan kasih, kerana suatu ketika kelak semua ini akan hilang tiba-tiba.
bacalah bahasa alam
Setelah menjadi tua, kami juga inginkan keindahan yang selalu harapkan, bahagia bersama keluarga. Tentang anka-anak yang telah kami didik dan besarkan sehingga menjadi dewasa, adakah lewat begini hati kami sering diguris oleh kata-kata kesat daripada anak-anak kami sendiri. Begini lama kami harapkan anak-anak untuk menjadi permata dalam hidup setelah kami semakin tua dan tidak berdaya. Alangkah indahnya, jika anak-anak yang kami ajar semenjak mereka kecil memberikan sedikit rasa hormat kepada kami. Hargailah jasa-jasa kami.
Aku tidak mengharapkan bantuan wang daripada mereka, kerana selagi aku berdaya mencarinya, pasti aku tidak memerlukannya.Kedewasaan kalian sebagai petanda bahawa kami akan meninggalkan dunia yang fana ini. Kita hidup saling silih berganti. Yang mudah akan dewasa, dan yang tua akan meninggal alam ini. Tetapi biarlah kami meninggalkannya dengan rasa yang indah, dengan sentuhan jari-jari kecil yang pernah kami pimpin suatu ketika itu. Biarlah kami meninggalkan dunia ini dengan hati yang tidak berbelah bahagi. Biarlah kalian sambung perjuang ini dengan rasa yang megah, bahawa kalian pernah punya ibu dan ayah yang selalu memenangkan kalian, dalam susah dan senang.
Kalian pernah merasakan, bahawa kami pernah berusaha siang dan malam untuk memberikan nafas kehidupan. Justeru setelah kami menjadi tua dan tidak bermaya , janganlah menggunakan bahasa yang mengherdik kami, merendahkan kami, sebaiknya di saat kami tua ini, angkatlah kami, kasihilah kami, sepertimana kami mengasihi kalian diwaktu kalian lahir dahulu. Janganlah hina kami, walaupun kami tidak sebaik kalian menyusun jadual hidup.
Tanah-tanah yang terbiar di kampung tidak dapat dipugar,kerana kesuntukan masa. Sayang sekali, tetapi itulah kdudukannya, kerana untuk mencari rezeki, harusnya di kota inilah. yang sebenarnya, kerana sejak mula aku telah memugar usahaku di KLIA, ke mana lagi. Maka kuhabiskan bertahunbelas tahun menjadi buruh di pusat Kargo, kerana di situlah aku telah bermula sebagai seorang buruh. Demi kerana kehidupan berkeluarga, dan juga anak-anak.
Namun, kuteruskan juga langkah tua ini sebelum nyawa diambil oleh pemilik, dan aku harus kuatkan semangat iaitu rasa mahabbah ku kepadaNYa, kepada kleuarga dan hidup yang diberikan peluamng sebagai suatu amanah daripada Tuhan. Mahabbah, untuk aku menepis segala hasutan jahat daripada iblis, yang melemahkan semangatku, melawan apapun yang merintangi dengan kekuatan yang perlu datang daipada dalaman diriku sendiri. Hanya satu tujuan cinta yang abadi kepada Tuhan.
Tariqah yang sebenar ingin aku teruskan, berdiam itu lebih baik daripada bersuara kepada manusia lain yang tidak diberikan kefahaman dan kebijaksanaan. mereka itu seperti batu yang berat dan tidak faham hakikat insaniah.
Aku cuba mencari isu-isu yang lebih penting dan berfaedah daripada isu anak-anak, iaitu isu ketenteraman dan keadilan dalam negara ini. Politik menjadi semakin gawat dengan kehadiran tokoh-tokoh lempengan dan bekas pengganas dalam masyarakat. Gejala sosial, politik pecah amanah dan rasuah makin menjadi-jadi nampaknya. Rasuah dan dadah menjadi musuh utama negara.
Siapakah di antara ulama dan para pengikut Rasulullah, suka bertafakur melihat keajaiban dan kerahsiaan Allah, bermakrifat kepda Allah, bermahabbah kepada Allah, redha, bertawakal, istiqomah, sering muraqobah, senantiasa bersyukkur bila menerima nikmat, dan bersabar bila menerima ujian, hidup berzuhud,rajin menimba ilmu dengan rajin jugamemberikan ilmu, hatta melalui penulisan, rajin bertahajud, bertilawah, khusuk, khauf, mencintai kehidupan sesudah kematiannya dan banyak lagi.
Bagaimana hendak menjadi bangsa yang bertamadun dan menguasai dunia, hakikatnya tidak lain, kecuali menguasai teknologi. Sebagaimana sebuah kapal milik Jerman bernama Goeben, Breslau, Emden yang sudah menguasai pelayaran di lautan Hindi pada kurun ke 19 lagi. Bagaimana mereka membangunkan fikiran untuk membina sepanjang seratus meter sebuah kapal, maka hendaknya kita cari sebuah kapal lama yang terbiar dan difikirkan sebagau acuan untuk menempanya. Adakah kerajaan ini berfikir kearah mencipta, atau tidak habis-habis membeli daripada negara maju.
Sampai bilakah kita akan mundur daripada sudut ekonomi , ? Tidaklah sebenarnya kerana negara Islam di Timur Tengah memiliki segala-galanya hasil ekonomi minyak dan boleh membangunkan kapal angkasa untuk sampai ke bulan.
Kita sebagai sebuah negara yang kaya juga, perlu mengawal seluruh majikan dibawah kerajaan. Maka kita akan berjaya mengawal ekonomi negara.Kiranya begitulah Yahudi boleh tegak kukuh, apabila taikun Walter Rathenau, mengubah jalan fikirnya. Kerana itu bangsa lain tertindas oleh Yahudi ini.Dan akhirnya apa berlaku kepada dirinya, konyol. Adakah cara lain, untuk memecahkan kebuntuan walaupun strategi dirancang telah menemui kegagalan.
Saya sungguh merasa gembira kerana mendapat tahu Ustaz masih boleh meneruskan kuliah-kuliahnya seperti biasa. Suatu yang agak berat hendak dia jelaskan, bahawa dia tidak boleh lagi berjalan seperti selalu kerana kedua-dua belah kakinya kini tidak boleh lagi digerakkan seperti biasa.Kegigihan untuk meneruskan sessi mingguan dan harian di mana-mana kuliahnya kepada masyarakat akan tetap berjalan seperti biasa.
Di mana Gandhi sekarang? Generasi baru akan tertanya-tanya siapakah tokoh besar ini. Beliau masih berada di kalbu manusia, walaupun jasadnya telah hilang di telan zaman. Biarlah masa akan datang tetap menjadi hak beliau. Menagapa begitu? Apa maksudnya? dan adakah disebabkan kebaikan yang beliau curahkan kepada dunia, nama beliau dikeji meskipun beliau Hindu.
Begitu juga kita. Biarlah nama kita menjadi sebutan oleh zaman akan datang di atas kebaikan yang kita berikan. Kita mesti menjadi orang yang sangat perlu dan mustahak. Tetapi bukan dengan cara gelak dan ketawa sebilangan penceramah.
Kita tidak perlu ada Muhamad di masa ini, tetapi ajaran baginda sudah cukup membimbing kdan menyuloh kehidupan kita menuju keharmonian. Beliau tidak kelihatan tetapi kewujudannya sangat penting, dalam bentuk yang lain.
Kita ingin membuat bakti semasa hidup, dermawan, bermurah hati, apapun kita mesti mencatut pemikiran yang sedang muncul kerana setiap masa akan datang itu akan terus berpergian tanpa menoleh ke belakang lagi. Walau sesibuk sekalipun mencatat itu perlu diteruskan sehingga nafas yang terakhir.
Ada sesetengah orang berpendapat kehidupan sebelumnya dapat membantu untuk terus berkumpul dengan masyarakat, padahal tidak. kerana pangkat dalam pasukan tidak dapat menjamin kebahagiaan hubungan dalam masyarakat.Kita tidak lagi mendapat sanjungan dan pujian sebagaimana sebelumnya.
Tidak selama-lamanya kaum menunggu Gandhi kedua menyelesaikan perbedaan agama dalam benua manapun, kerana manusia dilahirkan tidak sendirian, di dunia ini. mereka diekori oleh Iblis. Puak inilah melumpuhkan segala usaha kebaikan yang dilakukan oleh manusia, termasuklah niat penjajahan dan balas dendam mereka daripada Timur Jauh.
Seorang penulis mempunyai peranan dan amanah meneliti tindak tanduk masyarakat. Bersandarkan penelitian dan kebenaran ilham datang dan hidup dalam imaginasi. Daripada keyakinan dan pengetahuan berasaskan kebenaran, menulis tidak dengan prasangka-prasangka buruk, dan tidak terpengaruh dengan pendapat-pendapat umum yang palsu. Menulis dengan penuh kematangan, dan keyakinan, tanpa dipengaharuhi oleh golongan mana-manapun.
Menjadi seorang pemikir dalam masyarakat, perlu menganalisis kehidupan masyarakat, dalam membela kebenaran. Penulis perlu berdiri di atas paksi kebenaran, meskipun kebenaran itu terasa pahit. hanya dengan kebebasan dan keberanian itu sahaja seorang penulis akan bebas dari tekanan-tekanan luar. Salah satu daripada peranan penulis ialah menghimpun fikiran umum kepada kematangan. Oleh itu analisis harus berdasarkan pemerhatian yang teliuti, mendalam dan berdasarkan ilmu pengetahuan yang benar. Wajart radikal tetapi tidak semestinya menyerang dan memusnahkan.
surau-surau terpecah-pecah.
di sebuah taman, penduduk yang tidak seberapa ramai, banyaknya didirikan surau-surau selain dua masjid yang besar, hingga masyarakat terpecah-pecah. mereka bersaing menunjukkan kelebihan sehingga fungsi sebenar surau dan masjid tidak difahami.
jangan jadikan surau dan masjid sebagai pusat berpecahbelah, surau dirar, bukan masjid taqwa
pendeta-pendeta Kristian masuk ke kawasan hutan orang asli di tanah air kita, membawa bersama mereka bekalan makanan dan membawa bersama mereka ajaran Kristian. pihak-pihak agama, seperti mais, jais, turut menyokong secara serius, menyebarkan Islam di kalangan masyarakat orang asli.
pendekar agama juga mesti sekuyar mereka. lihat sahaja Jenderal Amerika, Eisenhouwer berdoa di gerejanya untuk mengepalai tentera bersekutu menyerang askar nazi, di German. walaupun Zaman Pencerahan, agama dikalahkan falsafah pasca-moden.
Stalin seorang komunis yang membenci agama, juga menggesa rakyat Rusia, bersolat dan berdoa ketika Rusia diserang German.
pada waktu selepas solat subuh, jemaah membaca hanya semuka surat, dengan terjemahan, tidak sampaipun 10 minit. Masa yang kamu bayar untuk Allah, sedangkan terlalu banyak yang turun berikan kepada kamu, bukan semata-mata sehelai muka surat. dermakan masa kamu untuk jalan Allah.itulah sebahagian daripada amal bakti yang kita lakukan.
kita bukan suku Badwi yang kedekut dengan harta, cuma sedikit masa yang kita untukkan untuk diri kita sendiri. Bukan untuk sesiapa.Nimatilah sungai-syurga di apabila selepas menerima kitab amalan.
Pabila Ada Keberangkatan
lantunan suara manusia berbaur datang dan pergi
seribu liku
sepinya dunia terserkup bisu
siapa sedang memiliki perasaan
gementar dan indahnya saat bersama insan tercinta
apatah anakanda beberapa hari mengukir alur di bibir
pabila ada saat keberangkatan
sedikit tempoh tidak tertangguh
fUN ride MANJUNG
Pada usia 59 tahun saya ingin mengayuh sehingga tiba ke penghujung usia. Syaratnya haruslah saya mengawal pemakanan, berat badan yang ideal, agar basikal yang berat dapat bergerak. Jika tak laju, perlahanpun jadilah, asalkan sampai di hujung jalan. Sekarang berat sudah dapat diturunkan kepada 90 kgs.Tahun ini saya berazam mahu mencapai 80 kgs, tahun hadapan pula 72 kgs. Ya Allah, berikan saya semangat yang tinggi. Bukan turun berat badan disebabkan oleh penyakit.
Sunday, August 3, 2025
Sarapan pagi sebelum majlis konvokesyen di Universiti Sains Malaysia, 2013.
Tahfiz Qiraat Addin, Tambun 7, Ipoh Perak
Tebing, dahulunya aku kanak-kanak bermain di sini
Sewaktu musim kemarau, emak dan kawan-kawan akan membasuh kain di tepi tebing. Air sungai paras betis, jernih dan aku akan membawa separuh kain untuk dibasuh. Sementara emak membasuh, aku akan membilang pasir-pasir yang digenggam sehingga tidak terkira lagi. Mana mungkin dapat aku mengira butiran pasir. Lalu segenggam pasir aku campakkan semula. Namun, kenangan yang tersemat dalam ingatan telah tiada lagi. Tebing itu hari ini telah berselut. Dan telah diselimuti tebu-tebu gajah, seniyai, peropok dan sebagainya.
July Hotel Impiana
Petang Selasa, bergerak ke Ipoh bersama isteri dan Zahid. Kami berkitaran di bandar Ipoh mencari hotel yang selesa, tidak kisah harganya mahalpun, yang penting selesa.Persekitaran yang mengembirakan.Bukan hotel yang ditumpangi oleh kalangan lelaki dan wanita mabuk. Dahulu dan sekarang sama sahaja, banyak kedai-kedai bir, pusat karoeke, rumah urut, rumah anu. Rumah tumpangan yang separuh batu, separuh papan, untuk menjadi tempat istirehat kaum-kaum buruh pelombong bijih timah. Kami faham, mencari hotel pada hari-hari biasa, bukan hujung minggu tidak susah. Banyak hotel 4 bintang yang masih kosong.
Jalanraya sewaktu petang, tidak sesak seperti di Kuala Lumpur. Kami menginap untuk malamnya di Impiana Hotel, tidak berapa jauh daripada pusat bandar. Ruang untuk parkir kenderaan juga mewah, akan tetapi jangan lupa esok, kawasan ini wajib bayar petak. Jika alpa, akan ada sepucuk nota saman diselitkan pada wiper.
Sebelum mencari hotel, saya dan Zahid mencari Arena Stadium, terletak di Sg Senam, berhadapan dengan sebuah balai polis. Tujuan kami, esok pagi, kami berdua hendak bermain tenis. Pertama kali bermain di sini. Murah, sejam RM10. Baharulah lega, hati kerana dapat bermain pagi itu, selama hampir dua jam. Isteri saya ada mesyuarat jabatan di Pusat Latihan JPS, di Kampung Temiang. Pagi sampai jam 4petang. Banyak masa di sebelah pagi, sebelum check out, jam 12 tengahari. Pagi itu kami bersukan, bermain tenis di Arena Ipoh. Berpeluh juga bermain dengan Zahid, yang semakin hari semakin pandai memukul bola hijau.
Malam itu pula, Arifin, anak lelaki yang sudah hampir 3 tahun bertugas sebagai tentera, datang ke bilik, makan malam bersama kami, di dalam bilik. Tiada perancangan, kami juga tidak diberitahu dia akan berada di Ipoh pada malam itu. Saya kebetulan menghantar beberapa keping gambar ke dalam whaasap grup keluarga. Dan menunjukkan lokasi, kami berada. Tiba-tiba Ariffin membalas, mengatakan dia berada tidak berapa jauh daripada hotel yang kami tumpangi, hanya kira-kira 1 km, dari Kem 503, Askar Wataniah. Dia hanya berjalan kaki, untuk sampai ke hotel.
Sangat gembira, kami berbual dengan Arifin. Esok dia akan berangkat ke Lenggong, Perak, kerana ada latihan selama seminggu di kawasan hutan di Lenggong. Kami berbual panjang tentang penagalamannya, bersama dengan anggota daripada tentera US. Ceritanya, gaji tentera US, apabila bertugas di seberang laut, berlipat kali ganda. Jauh berbeza daripada gaji tentera kita. Inilah juga sebab mengapa anak-anak muda tidak berkenan untuk masuk askar. Soal gaji. Mengapa hal ini berlaku, sedangkan orang-orang yang dekat dengan parti, dapat laba yang melampau-lampau. Lebih baik, jadi pengampu politik. Itu belum lagi tokoh-tokoh di atas yang mengaut kepentingan, daripada fasa lima tahun pemerintahan. Sudah pasti yang terselit dalam kancah atau kuali besar mereka laba, harta, emas, kereta mewah, rumah besar, dan sebagainya. Mana mereka dapat semua laba inin, jika bukan gunakan harta benda negara, harta benda rakyat negara ini.
Keuntungan daripada saman-saman, polis, jpj, imegresen, kilang-kilang, dan sebagainya. Negara ini banyak duit. Bukan sikit-sikit. Apabila dekat dengan orang politik atasan, pastilah tidak miskin di kaki lima. Mereka yang sapu duit rakyat dan negara ini, tidakkah rasa takut, akan dibalas oleh Allah di akhhirat nanti. Ahhhhh, Peduli apa tentang dosa. Mereka sanggup berhadapan dengan semua simpang ke neraka kelak. Buatlah sepuas-puasnya. Kalian memang anak jantan. Ha Ha.
Pagi itu saya membaca pesanan daripada WL Menulis Kisah Hidup;
Beban dan hati fikiran berkurangan kerana menulis, kisah itu menyimpan kebaikan, ilmu, dan pengalaman, membacanya kembali menjadikan kita semakin bersyurkur, anak-anak akan faham kita, dan memberikan semangat untuk hidup, keturunan kita tidak dibiarkan hidup sendirian, kerja kita lebih difahami dan dihormati, dan masyarakat dapat faedah berkali-kali. Semua kenyataan tersebut, saya simpan dalam fikir, dan akan meneruskan usaha menyiapkan banyak memoir, untuk mereka dan masyarakat.
Tips daripada tokoh penulis dunia
“Saya boleh menahan segala-galanya kecuali godaan.” – Oscar Wilde “Lebih baik dibenci kerana diri sendiri daripada disayangi kerana bukan d...
-
Semalam, kita bersama keluar melewati pintu Hospital Selayang setelah seminggu berada di Wad 8A. Syukur, Zahid telah selamat pulang ke pan...
-
Aku kerap mengabadikan pengalaman dalam catatan kecil seperti mana serpihan kaca yang terpecah. Aku mulai mengutipnya kembali jadi jadi sek...
-
Tahun 2011, salam Ramadhan. Hari ini aku masih mencari diriku di menara gading. Ya, menara yang tinggi hendak ku gapai. Di antara masa yang ...








