Wednesday, October 23, 2013

Sesudah aku jatuh dan aku berlari seperti anak muda kehilangan cinta

Bagaimana hendak kuberitahukan kepada alam, insan dan Tuhan, tentang makna kegigihan. Dan aku sedang menuju ke arah puncak, meskipun kelihatan jauh. Sejauh manapun puncak aku dan sesiapapun akan melaluinya. Tidak kiralah setinggi mana kemuncak yang hendak dicapai, teruskan sebelum nafas yang dianugerahi Tuhan diambil semula oleh Pemberi.Lalu bertanya untuk siapa dan ke mana semua ini. Hidup ini akhirnya untuk apa dan siapa? Berilah peluang kepada diri untuk menikmati sesuatu yang diberi. Rebutlah sehingga tiada lagi.

Kukutip kenangan masa lalu, bersama langkah pertama, tangisan dan senyuman sewaktu menerima kewujudan alam ini dengan indah dan bahagia. Itu semua pasti perlu dikaitkan dengan insan-insan terdekat dan tersayang yang masih ada dan telahpun tiada. Lumrah, bagi gerak denyut kealaman dan keinsanan, yang ada dan tiada, wujud dan maujud. Berdiri sendiri, terperi dan terdiri. Hendak kepada siapa kutuju impian, melainkan kepada Allah.

No comments:

Tips daripada tokoh penulis dunia

 “Saya boleh menahan segala-galanya kecuali godaan.” – Oscar Wilde “Lebih baik dibenci kerana diri sendiri daripada disayangi kerana bukan d...