Hanya zikir dan kepadaNya aku bersujud, memohon rahmat dan kesembuhan untuk dirimu.Berserah hanya kepada Yang Pemberi.
Setahun sebelum saya menghabiskan kuliah, anakku diserang sejenis penyakit yang misteri. pada mulanya Zahid, hilang selera makan, dan muntah-muntah. Demamnya berpanjangan tidak kebah. JUbat yang diberikan oleh doktor di klinik swasta, tidak memberikan kesan. SEhari deman, kebah, muncul lagi. Badannya panas. Akhirnya setelah seminggu tidak kebah, isteri saya membuat keputusan untuk membawa Zahid ke hospital. Setelah darah diambil keputusan terus dihantar ke makmal. Tidak lama selepas itu doktor yang memeriksa, mengatakan mereka juga tidak dapat mengenal pasti mengapakah deman anak saya berterusan. Kami semakin buntu.
Namun kami bersabar dengan perkara yang terjadi kepada anak kami, Zahid. "Bersabarlah anak, kau pasti sembuh" Saya menguatkan semangat, dan berbisik kepada Zahid.
Hospital Kuala Lumpur
Beberapa orang doktor pakar kanak-kanak datang dan pergi ke katil Zahid. Darah diambil daripada tubuh Zahid. Mukanya berkerut dan terisak menahan sakit. Hampir seminggu, setiap hari, darah Zahid diambil. Sehingga, ada kalanya Zahid tidak mahu menangis apabila jarum menusuk ke lenggan. " Sabar, anakku, kau akan sembuh, apabila mereka dapat mencari puncanya. " Zahid merenung ke wajahku dengan wajah yang bersahaja.
Wad, 3, kebanyakannya pesakit kanak-kanak. Selama saya dan isteri silih berganti menunggu anak kami di sini, kami melihat ujian yang sedang Allah timpakan kepada mereka. Kami hanya mampu berdoa. Kami hanya duduk bertafakur merenung ujian yang sedang menimpa. Mengapa Tuhan memilih Zahid, hati saya berkata-kata.
Di sebuah katil, sebelah hujung terdapat sebuah bilik khas, yang diasingkan. Kami diberitahu oleh jururawat yang bertugas di wad itu, budak lelkai yang berumur ^ tahun, bernama, telah tinggal selama tiga tahun di wad tersebut. Saya tersentak, terkejut. Selama mana dia boleh bersabar dengan ketentuan yang Allah uji. Keluarganya, Ibu dan ayahnya.
Pada satu hari, doktor yang merawat Zahid ingin berjumpa dengan kami, suami isteri. Mereka harus membuat kajian lebih terperinci terhadap penyakit yang dihidapi oleh Zahid. Perlbagai jenis ubat dan antibiotik telah dimasukkan ke dalam tubuh yang lemah ini. Kali ini doktor ingin membuat operasi yang dinamakan born narraw, mengambil air tulang belakang. Dengan kajian yang akan dijalankan, puncanya akan dapat diketahui dengan lebih terperinci.

No comments:
Post a Comment