Monday, October 28, 2013

Libur bersama keluarga di Kalumpang

f


Bersama keluarga mencari kesepian, menghela harum dedaun, dan aroma bukit di Kalumpang. Ketika itu anak-anak kami masih kecil-kecil, dan erat sepakat bersama-sama. Kini, 2025, sudah lama masa itu berlalu, masing-masing dengan hala tuju sendiri. Kini saya pun sudah hampir usia 60 tahun. Tahun hadapan usia saya menjangkau takah orang tua. Namun saya tidak mahu dimamah usia begitu mudah dengan penyakit yang menyeka. Saya tetap akan melawan, saya tetap mahu aktif seperti saya empat puloh tahun lalu. Saya tidak akan mengalah dan berserah. 
    
    Anak-anak, ingat, hidup ini sukar. Tapi jangan mengalah. Pertama, harus menjaga kesihatan, kerana dengan badan yang sihat sahaja, apa sahaja akan membuat kita bersemangat untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan. Lemak-lemak yang menyelimuti organ-organ dalam, perlu disingkirkan dengan segera. Jangan bertangguh. Kerana apabila lemak dan kolesterol bertindih menindih dalam tubuh, pelbagai penyakit akan muncul, tanpa disedari. Ayuh ! Kita mulakan sekarang. Melawan musuh dalaman yang lebih bahaya daripada musuh di luar diri. 

        


Kanak-kanak keriangan


Dahulu dan Sekarang


KIta tidak pernah rasa jemu dan lelah untuk meneruskan perjalanan dalam kehidupan yang disediakan oleh Tuhan. Kali ini kita bersusah payah mengharungi duka lara. Tiada siapa tahu masa yang akan kita lalui, di hadapan kita penuh dengan peroslan yang tidak terjawab. Seingatku ianya berlaku di hujung-hujung tahun 2011, kesihatan anakku sudah mula menampakkan tanda-tanda yang kuang menyenangkan. 

Wednesday, October 23, 2013


Sesudah aku jatuh dan aku berlari seperti anak muda kehilangan cinta

Bagaimana hendak kuberitahukan kepada alam, insan dan Tuhan, tentang makna kegigihan. Dan aku sedang menuju ke arah puncak, meskipun kelihatan jauh. Sejauh manapun puncak aku dan sesiapapun akan melaluinya. Tidak kiralah setinggi mana kemuncak yang hendak dicapai, teruskan sebelum nafas yang dianugerahi Tuhan diambil semula oleh Pemberi.Lalu bertanya untuk siapa dan ke mana semua ini. Hidup ini akhirnya untuk apa dan siapa? Berilah peluang kepada diri untuk menikmati sesuatu yang diberi. Rebutlah sehingga tiada lagi.

Kukutip kenangan masa lalu, bersama langkah pertama, tangisan dan senyuman sewaktu menerima kewujudan alam ini dengan indah dan bahagia. Itu semua pasti perlu dikaitkan dengan insan-insan terdekat dan tersayang yang masih ada dan telahpun tiada. Lumrah, bagi gerak denyut kealaman dan keinsanan, yang ada dan tiada, wujud dan maujud. Berdiri sendiri, terperi dan terdiri. Hendak kepada siapa kutuju impian, melainkan kepada Allah.

Di saat detik bahagia, aku berduka

Kita sering berduka dan menangis tanpa titisan air mata. Berhari-hari, berminggu-minggu seterusnya di hari terakhir aku menghitung hampir tiga bulan kita melagukan kesembuhan didambakan.
Hanya zikir dan kepadaNya aku bersujud, memohon rahmat dan kesembuhan untuk dirimu.Berserah hanya kepada Yang Pemberi.
    Setahun sebelum saya menghabiskan kuliah, anakku diserang sejenis penyakit yang misteri. pada mulanya Zahid, hilang selera makan, dan muntah-muntah. Demamnya berpanjangan tidak kebah. JUbat yang diberikan oleh doktor di klinik swasta, tidak memberikan kesan. SEhari deman, kebah, muncul lagi. Badannya panas. Akhirnya setelah seminggu tidak kebah, isteri saya membuat keputusan untuk membawa Zahid ke hospital. Setelah darah diambil keputusan terus dihantar ke makmal. Tidak lama selepas itu doktor yang memeriksa, mengatakan mereka juga tidak dapat mengenal pasti mengapakah deman anak saya berterusan. Kami semakin buntu. 
    Namun kami bersabar dengan perkara yang terjadi kepada anak kami, Zahid. "Bersabarlah anak, kau pasti sembuh" Saya menguatkan semangat, dan berbisik kepada Zahid. 

Hospital Kuala Lumpur

    Beberapa orang doktor pakar kanak-kanak datang dan pergi ke katil Zahid. Darah diambil daripada tubuh Zahid. Mukanya berkerut dan terisak menahan sakit. Hampir seminggu, setiap hari, darah Zahid diambil. Sehingga, ada kalanya Zahid tidak mahu menangis apabila jarum menusuk ke lenggan. " Sabar, anakku, kau akan sembuh, apabila mereka dapat mencari puncanya. " Zahid merenung ke wajahku dengan wajah yang bersahaja. 
    Wad, 3, kebanyakannya pesakit kanak-kanak. Selama saya dan isteri silih berganti menunggu anak kami di sini, kami melihat ujian yang sedang Allah timpakan kepada mereka. Kami hanya mampu berdoa. Kami hanya duduk bertafakur merenung ujian yang sedang menimpa. Mengapa Tuhan memilih Zahid, hati saya berkata-kata. 
    Di sebuah katil, sebelah hujung terdapat sebuah bilik khas, yang diasingkan. Kami diberitahu oleh jururawat yang bertugas di wad itu, budak lelkai yang berumur ^ tahun, bernama, telah tinggal selama tiga tahun di wad tersebut. Saya tersentak, terkejut. Selama mana dia boleh bersabar dengan ketentuan yang Allah uji. Keluarganya, Ibu dan ayahnya. 
    Pada satu hari, doktor yang merawat Zahid ingin berjumpa dengan kami, suami isteri. Mereka harus membuat kajian lebih terperinci terhadap penyakit yang dihidapi oleh Zahid. Perlbagai jenis ubat dan antibiotik telah dimasukkan ke dalam tubuh yang lemah ini. Kali ini doktor ingin membuat operasi yang dinamakan born narraw, mengambil air tulang belakang. Dengan kajian yang akan dijalankan, puncanya akan dapat diketahui dengan lebih terperinci. 

Tips daripada tokoh penulis dunia

 “Saya boleh menahan segala-galanya kecuali godaan.” – Oscar Wilde “Lebih baik dibenci kerana diri sendiri daripada disayangi kerana bukan d...