Tuesday, November 19, 2013

Nikmati kebebasan


Ketika masih kanak-kanak segala yang diingini keseronokan dan kasih sayang, belaian dan erti asuhan daripada ibu dan ayah, semestinya. Peluang untuk kita mengapai impian terbuka dan perlu kita capai dengan sebanyak yang  mungkin. Demi masa depan dan cita-cita terhadap masa agama, peribadi, perlu kita lakukan perjuangan dan pengorbanan.

Teruskan usaha anak-anakku untuk mengenali diri kita sendiri. Tanamkan semangat agar membuahkan keberkatan dalam hidup. Hidup perlu bersemangat, atasi segala kemungkinan dengan perkasa. Jangan patah semangat. Teruskan perjuangan!

Monday, October 28, 2013

Libur bersama keluarga di Kalumpang

f


Bersama keluarga mencari kesepian, menghela harum dedaun, dan aroma bukit di Kalumpang. Ketika itu anak-anak kami masih kecil-kecil, dan erat sepakat bersama-sama. Kini, 2025, sudah lama masa itu berlalu, masing-masing dengan hala tuju sendiri. Kini saya pun sudah hampir usia 60 tahun. Tahun hadapan usia saya menjangkau takah orang tua. Namun saya tidak mahu dimamah usia begitu mudah dengan penyakit yang menyeka. Saya tetap akan melawan, saya tetap mahu aktif seperti saya empat puloh tahun lalu. Saya tidak akan mengalah dan berserah. 
    
    Anak-anak, ingat, hidup ini sukar. Tapi jangan mengalah. Pertama, harus menjaga kesihatan, kerana dengan badan yang sihat sahaja, apa sahaja akan membuat kita bersemangat untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan. Lemak-lemak yang menyelimuti organ-organ dalam, perlu disingkirkan dengan segera. Jangan bertangguh. Kerana apabila lemak dan kolesterol bertindih menindih dalam tubuh, pelbagai penyakit akan muncul, tanpa disedari. Ayuh ! Kita mulakan sekarang. Melawan musuh dalaman yang lebih bahaya daripada musuh di luar diri. 

        


Kanak-kanak keriangan


Dahulu dan Sekarang


KIta tidak pernah rasa jemu dan lelah untuk meneruskan perjalanan dalam kehidupan yang disediakan oleh Tuhan. Kali ini kita bersusah payah mengharungi duka lara. Tiada siapa tahu masa yang akan kita lalui, di hadapan kita penuh dengan peroslan yang tidak terjawab. Seingatku ianya berlaku di hujung-hujung tahun 2011, kesihatan anakku sudah mula menampakkan tanda-tanda yang kuang menyenangkan. 

Wednesday, October 23, 2013


Sesudah aku jatuh dan aku berlari seperti anak muda kehilangan cinta

Bagaimana hendak kuberitahukan kepada alam, insan dan Tuhan, tentang makna kegigihan. Dan aku sedang menuju ke arah puncak, meskipun kelihatan jauh. Sejauh manapun puncak aku dan sesiapapun akan melaluinya. Tidak kiralah setinggi mana kemuncak yang hendak dicapai, teruskan sebelum nafas yang dianugerahi Tuhan diambil semula oleh Pemberi.Lalu bertanya untuk siapa dan ke mana semua ini. Hidup ini akhirnya untuk apa dan siapa? Berilah peluang kepada diri untuk menikmati sesuatu yang diberi. Rebutlah sehingga tiada lagi.

Kukutip kenangan masa lalu, bersama langkah pertama, tangisan dan senyuman sewaktu menerima kewujudan alam ini dengan indah dan bahagia. Itu semua pasti perlu dikaitkan dengan insan-insan terdekat dan tersayang yang masih ada dan telahpun tiada. Lumrah, bagi gerak denyut kealaman dan keinsanan, yang ada dan tiada, wujud dan maujud. Berdiri sendiri, terperi dan terdiri. Hendak kepada siapa kutuju impian, melainkan kepada Allah.

Di saat detik bahagia, aku berduka

Kita sering berduka dan menangis tanpa titisan air mata. Berhari-hari, berminggu-minggu seterusnya di hari terakhir aku menghitung hampir tiga bulan kita melagukan kesembuhan didambakan.
Hanya zikir dan kepadaNya aku bersujud, memohon rahmat dan kesembuhan untuk dirimu.Berserah hanya kepada Yang Pemberi.
    Setahun sebelum saya menghabiskan kuliah, anakku diserang sejenis penyakit yang misteri. pada mulanya Zahid, hilang selera makan, dan muntah-muntah. Demamnya berpanjangan tidak kebah. JUbat yang diberikan oleh doktor di klinik swasta, tidak memberikan kesan. SEhari deman, kebah, muncul lagi. Badannya panas. Akhirnya setelah seminggu tidak kebah, isteri saya membuat keputusan untuk membawa Zahid ke hospital. Setelah darah diambil keputusan terus dihantar ke makmal. Tidak lama selepas itu doktor yang memeriksa, mengatakan mereka juga tidak dapat mengenal pasti mengapakah deman anak saya berterusan. Kami semakin buntu. 
    Namun kami bersabar dengan perkara yang terjadi kepada anak kami, Zahid. "Bersabarlah anak, kau pasti sembuh" Saya menguatkan semangat, dan berbisik kepada Zahid. 

Hospital Kuala Lumpur

    Beberapa orang doktor pakar kanak-kanak datang dan pergi ke katil Zahid. Darah diambil daripada tubuh Zahid. Mukanya berkerut dan terisak menahan sakit. Hampir seminggu, setiap hari, darah Zahid diambil. Sehingga, ada kalanya Zahid tidak mahu menangis apabila jarum menusuk ke lenggan. " Sabar, anakku, kau akan sembuh, apabila mereka dapat mencari puncanya. " Zahid merenung ke wajahku dengan wajah yang bersahaja. 
    Wad, 3, kebanyakannya pesakit kanak-kanak. Selama saya dan isteri silih berganti menunggu anak kami di sini, kami melihat ujian yang sedang Allah timpakan kepada mereka. Kami hanya mampu berdoa. Kami hanya duduk bertafakur merenung ujian yang sedang menimpa. Mengapa Tuhan memilih Zahid, hati saya berkata-kata. 
    Di sebuah katil, sebelah hujung terdapat sebuah bilik khas, yang diasingkan. Kami diberitahu oleh jururawat yang bertugas di wad itu, budak lelkai yang berumur ^ tahun, bernama, telah tinggal selama tiga tahun di wad tersebut. Saya tersentak, terkejut. Selama mana dia boleh bersabar dengan ketentuan yang Allah uji. Keluarganya, Ibu dan ayahnya. 
    Pada satu hari, doktor yang merawat Zahid ingin berjumpa dengan kami, suami isteri. Mereka harus membuat kajian lebih terperinci terhadap penyakit yang dihidapi oleh Zahid. Perlbagai jenis ubat dan antibiotik telah dimasukkan ke dalam tubuh yang lemah ini. Kali ini doktor ingin membuat operasi yang dinamakan born narraw, mengambil air tulang belakang. Dengan kajian yang akan dijalankan, puncanya akan dapat diketahui dengan lebih terperinci. 

Wednesday, August 21, 2013

4 Ogos 2013, Ahad ,, Zahid dimasukan ke Wad 8A, setelah demam berpanjangan dan pagi itu didapati najis bercampur darah. Seorang kanak-kanak yang aktif dengan beberapa pasang but, dan tidak berhenti daripada menendang bola di padang, tiba-tiba datang ujian Tuhan yang berpanjangan.

Konvokesyen di Pulau Pinang hujung September aku akan hadiri tetapi sesuatu yang cacat dan kekurangan, aku akan menghadiri majlis yang sangat bermakna itu tanpa ditemani oleh isteri dan anak bongsu yang kini sedang menerima rawatan di hospital Selayang. Aku tahu kalian akan berada disisiku pada hari tersebut. Dengan semangat dan harapan yang  menggunung sekian lama aku memanjatkan kesyukuran kepadaNYA, kerana akhirnya berjaya mengapai buah makna yang kutimba dengan keazaman dan nada kecekalan. Ini semua untuk kalian. Untuk anak bangsaku yang sedang dilanda kemikskinan jatidiri dan kealpaan tentang tanah air dan agama kita sedang dikunyah oleh bangsa yang dikutuk seisi alam.

Semua ini kehendak Tuhan

Sudah masuk hari ke - 17, Zahid di masukkan ke Wad 8A, Bilik 18, Hospital Selayang. Masih belum dapat dipastikan oleh segala kepakaran ilmu, kebijaksanaan, saintis perubatan mengenai penyakit yang menyerang Zahid. Sehingga lewat malam tadi 21 Ogos 2013, Zahid kelihatan sihat, tetapi nterdapat radang di sebelah usus kecil, juga mereka yang mengaku pakar dan diiktiraf pakar dalam dunia perubatan rupanya masih perlu belajar dan menyembah Tuhan untuk mendapatkan ilham dan pengetahuan. Aku berserah kepada Allah, dan bukan pada kepakaran mereka. Ini kerja Allah. Mereka tidak akan mengaku kedangkalan akal dan ceteknya ilmu yang dimiliki oleh manusia, kecuali Allah Maha Bijaksana.
Bersabar anakku, ini semua dugaan menguji sabar kepada kita semua.Ayah setiap kali solat berdoa untuk dirimu sayangku. Allah akan menyembuhkan penyakitmu.

Thursday, August 8, 2013

Kita tak merancang untuk berhari raya di sini

Ahad yang lepas 4 Ogos 2013, ketika aku berada di bengkel seorang sahabat di hadapan dengan Metro Driving Academy, anakku di rumah menelefon mengatakan anakku Zahid sakit, dan najisnya bercampur darah. Alangkah terkejutnya, dan aku terus bergegas pulang dan membawanya ke Hospital Selayang. Patutlah selama seminggu dan kebelakangan ini dia kelihatan lesu dan tidak bermaya, enggan ke sekolah, dan baring saja di bangku depan. Awal puasa kelihatannya dia masih sihat, tetapi beberapa hari selepas puasa, memang aku nampak dia kelihatan letih dan senantiasa demam.

Sewaktu kami membawa Zahid ke wad kecemasan pagi itu, dia diperiksa dengan rapi oleh doktor yang bertugas. Dia di tahan di wad, diambil X-Tray, dan apa yang doktor tidak senang dengan keadaan Zahid, dia lemah, dan disyaki di bawah paru-paru ada sejenis cecair. Pada petang Ahad itu dada Zahid ditebuk untuk mengeluarkan sejenis cecair, dan bermula malam itu dia dimasukkan ke wad ICU. Aku tidak jangkakan keadaan seteruk itu, dan rasa bersalah kerana membiarkan Zahid begitu, setelah dia mengatakan dadanya sakit. Yang aku dan isteri sangkakan dia mengadu sakit dadanya yang kanan kerana disebabkan oleh angin, kerana pada beberapa minggu lepas, kami pernah membawa ke wad kecemasan pada suatu malam, juga doktor mengatakan disebabkan angin gastrik disebabkan dia diberi doktor sejenis steroid untuk penyakit atritis yang dihidapinya.

Ahad petang aku, isteri, dan dua adik dan adik ipar menunggu di luar wad ICU, ketika itu hampir menjelang waktu berbuka puasa. Kami tidak dibenarkan masuk, hanya seketika sebelum berbuka puasa. Zahid diawasi di wad kecemasan, kelihatan lesu, dan tidak sedarkan diri mungkin disebabkan oleh ubat bius, atau dia terlalu letih kerana menahan kesakitan yang dialami. Berbuka puasa sekadar menjamah dan meneguk air sahaja. Pada malam itu , sepanjang malan aku dan isteri pulang kerana disebabkan oleh suatu hal yang membuat kami radang kepada doktor yang bertugas.Kami , selepas berbuka dan menunggu jam 9pm tidak dibenarkan masuk ke dalam melihat Zahid kerana doktor yang melakukan tugas.

Kerana rasa panas hati, isteriku tidak mahu menunggu Zahid malam itu. Dia pulang bersamaku. Keesokan pagi barulah kami bergegas ke hospital, selepas subuh, kira-kira jam 6.45am. kami keluar melalui Lebuh Raya Lekas- Rawang- Selayang. Setibanya di bilik ICU, kami dibenarkan melawat Zahid, dan anakku sudah sedar. Dia menangis kata isteriku, kerana melihat kami tidak ada di sisinya. Kemudian akupun masuk, juga airmatanya mengalir melihat ke wajahku. Pada pagi tadi, aku bersolat di surau dan bertemu dengan Siak, Hj.Umor, dan dengan senang hati dia mahu membuat solat hajat pada malamnya. Terimakasih aku ucapkan kepada jemaah  Saujana Utama.Dan sebenarnya aku saban malam bersolat hajat untuk kesihatan anakku. Mendoakan agar dia sembuh. Tuhan kasihani dirinya yang masih kecil dan baru melihat keindahannya dunia ini. Aku juga sering bertaubat dan bertaubat saban malam, saban detik, atas dosa-dosa yang telah aku lakukan selama sepanjang aku hidup.

Setiap kali aku mendengar tangisan dan jeritan anakku ketika doktor menyuntik jarum ke tubuhnya , bukan sekali, bukan sepuluh kali, malah akupun tidak tahuy berapa kali, untuk mengambil darah. Aku mengerti sayang,, kau rasa sakit. Aku tahu kau sedang menahan kesakitan itu. Aku tersenyum, namun dihatiku, aku merasai kesakitan itu. Hidup ini memang perlu diteruskan dengan berani dan jangan rasa takutkan apa-apa, kerana kita punya Tuhan yang kita sembah setiap waktu, setiap saat,..ucapan pujian yang tidak pernah henti.

Tuesday, May 28, 2013

Keceriaan yang dinanti

Semalam, kita bersama keluar melewati pintu Hospital Selayang setelah seminggu berada di Wad 8A. Syukur, Zahid telah selamat pulang ke pangkuan ayah dan ibu dan keluarga yang mengharapkan. Inilah ujian, inilah kepahitan dan diakhirnya suatu yang membawa kerahmatan daripada Allah. Bukanlah bermakna ujian didatangkan suatu yang tidak baik, terdapat juga baiknya, bahkan mengundang berbagai-bagai natijah yang lain, lebih penting daripada segala-galanya.
27 Mei 2013,.. tarikh keluar dari Wad 8A. Zahid keluar dengan senyuman dan sedikit gebu di pipi.


Sebelum dibenarkan keluar dari Wad 8A, selama tiga minggu dia berada di Wad KK2, Pediatrik Kuala Lumpur. Sangat lama di sana, sangat banyak ujian yang dilakukan ke atasnya, suntikan yang ditusukkan ke dalam uratnya pun bukan sekali dua, sehingga Zahid merasakan dia lebih arif dan mengenali suntikan itu daripada doktor sendiri. Doktor-doktor yang merawat dan jururawat-jururawat yang merawat kerenahnya sudah biasa mendengar sendu, jeritan dan tangisan, renggekan, kesakitan yang dialaminya.
    Suatu petang hujan turun. Dia terbaring lesu di atas katil. Aku mengadap ke luar cjendela kaca yang mulai diselaputi basahan hujan.Aku melihat di luar jendela, erti kesepian. Dia yang sedang terbaring di sini, sedang menerima ujian dari Allah. Apakah ujian ini juga diberikan kepada diriku semata-mata. Melihat diri anakku  yang terbaring lesu, meminta perhatian. Aku kembali kepada masa-masa lalu yang telah kami tinggalkan. Semenjak dia masih kecil dan menjadi kanak-kanak yang riang seperti mana kanak-kanak lain, tiada apa bezanya. " Bersabarlah sayangku, tidak lama lagi kita akan tinggalkan bilik ini. Kau akan dapat bermain-main semula besama rakan-rakanmu." Bisikku kepadanya. Ketika itu dia baru sahaja diberikan suntikan untuk mengambil darah oleh seorang jururawat. Aku tidak keluar dari bilik, sebaliknya merapatkan pipiku ke pipinya dan membisikkan bahawa,. kesakitan apabila dicucuk jarum ini sementara. Ada yang lebih menyakitkan daripada ini. Ku Bisikkan kepadanya. Dia merenung ke mataku dan dia tahu aku cuma berkata bohong. Bayangkan dia akan menerima lebih daripada 20 kali suntikan untuk diambil darah semenjak dia dimasukkan ke dalam hospitak. Bermula daripada dia di HKL lagi, peraturan itu aku fahami. Mereka akan mengambil darah pesakit setiap masa sehingga mereka menemui puncanya. Namun tidak ada tanda-tanda mereka menemuinya. Hampa. Mereka Kecewa. Yang menanggung kesakitan cucukkan jarum di lenggan dan jari itu, hanya dia, Kanak-kanak yang gagah perkasa. Seperti seekor serigala yang sendirian menanggung semangat untuk meneruskan kehidupan. Kekuatan, kesakitan dan semangat. Kental. Harinya akan tiba, aku percaya. 
    Pada hari itulah, sewaktu sedang lena dirimu di katil, aku menemani di sisi katil. Di atas sebuah kerusi panjang. Malam itu aku tidak dapat melenakan setelah aku terjaga pada sekitar jam 3pagi. Apa lagi daya dan kekuatan buatku untuk menaikkan semangat anakku agar bertahan melawan derita. Yang aku nampak kau amat kuat bertahan dan melawan penyakit aneh yang tidak dapat dokesan walaupun sudah tiga minggu berada di HKL ketika itu. 
    Pakar kanak-kanak , melawat dan membuat pelbagai andaian terhadap demam yang datang dan pergi menyerang anakku. Pada suatu ketika doktor telah membenarkan aku dan isteri untuk membawa anakku berubat syifa. Terimakasih doktor kerana memberikan peluang kepada kami untuk mencuba perubatan alternatif. Ini adalah ikhtiar yang wajar lakukan, dan tidaklah membebankan pihak doktor untuk mencari jalan penyelesaiannya. Sebelumnya aku sudah memberitahu kepada seorang kawan ditempat kerja tentang kesihatan anakku itu. Dia mencadangkan supaya aku pergi berubat dengan ayahnya di Cangkat Lada, Perak. Aku mendengar cadangannya, sebagai ikhtiar. Walau apapun aku tidak patah semangat untuk melihat anakku kembali hidup sihat seperti adik beradiknya yang lain.

    Hari ini dalam keceriaan dan kegembiraan yang kita lalui, pelbagai cerita duka yang turut kita lalui. Tidak beberapa lama lagi, kita akan meninggalkan tahun 2024, dan terasa terlalu cepat masa berlalu meninggalkan kita.Yang kita rasa ianya masih lagi berlalu, kehilangan seorang insan istimewa yang begitu mengambil berat akan kehidupan kalian, sebagai cucu-cucunya, Atok Ahmad b Aki. Beliau telah meninggalkan alam fana ini pada 1.12.2021, pada hari Rabu,. jam 2.29 PM. Jangan kalian lupa mendoakan dia, kerana sepanjang kalian bersama dengannya, dia sangat mengambil berat dari segi menyediakan makanan yang enak, dan sering menghulurkan wang belanja poket kepada kalian. Dia seorang yang istimewa dan tidak pernah berkira dengan harta bendanya untuk melihat anak-anak, cucunya bahagia. Kalian masih kanak-kanak waktu dia meninggal tetapi janganlah lupakan dia kelak apabila kalian dewasa. Lewat dalam kehidupan ini, selagi kita masih bernafas, maka sedekahkanlah ayat-ayat suci kepadanya. Dan ziarah lah kubur atok, kerana tanpa beliau siapalah kalian. 
    Dalam hidup ini, paling indah ialah dapat bersama-sama dengan insan yang menyanyangi diri kita. Ingatlah, semasa Zahid di rawat di hospital dahulu, mereka yang dekat dengan kita, yang datang menjenguk dan ziarah. Orang lain, siapa ,. yang jauh, mana mungkin akan datang menjenguk kita saat kita dalam kesusahan.Beruntunglah hidup ini apabila ada insan yang menyanyangi diri kita. Dan sebagai rasa menghargai dan tewrimakasih kita kepada mereka, tidak salah jika berpeluang kita beratkan hati untuk berziarah ke kubur mereka.
    Ada masanya kita sendirian dan sebaiknya ketika itu kita lansung berfikir hakikat diri , di mana dan ke mana akhirnya perjalanan hidup selama-lamanya. Kita selalu berikhtiar bagaimana untuk meneruskan soal-soal kehidupan dan sering melupakan titik akhir hidup, iaitu hidup selepas nafas kita berhenti. Namun, realiti hidup ini akan kita lalui, dalam susah ataupun senang. Hidup yang ada ini perlu ditebus dengan kekuatan yang datang daripada pelbagai sudut. orang akan bangkit setelah menjalani keperitan dalam hidup mereka.                          
     Tiba-tiba aku terpandang kepingan pengalaman yang lampau. Wajah seorang lelaki yangabang Ta yang sudah tua, muncul bersama dengan kepingan kenangan. Tiada siapa akan pedulikah apabila kita menjadi sangat miskin untuk meneruskan hidup di bumi Tuhan ini. Abang Ta, ya, dia sudah menjalani sisa-sisa hidup ini dengan dugaan dan harapan. Suatu hari dahulu dia tinggal bersama Zana, kakaknya yang tidak siuman. Ketika itu mereka sudah berpindah ke dalam kebun, agak jauh dari sungai yang menjadi nadi kehidupan orang miskin seperti mereka. 
    Tetapi sekarang Zana sudah tiada lagi di dunia. Penderitaan yang ditanggungnya sudah dibawa bersama abadi bersama dirinya. Hanya catatan hidup itu aku ingat, kerana aku membesar dan melihat mimpi ngeri itu bersama-sama dengan mereka. Zana, dia seorang yang angun dan cantik ketika waktu mudanya. Kerana itu orang mahu mengambil kesempatan terhadap dia, sehinggalah dia jadi gila dan kurang siuman. Ketika ayah masih ada, dia kerap membawa Zana ke rumah di Manjung kerana berniat untuk menjaga anak saudara. Ibuku yang beriya-iya mahu menjaga kerana dia telah tiada ibu dan ayah. 

                             

Saturday, March 9, 2013

Idealisme dan sekular, apa beda ,....

Menjelajah ke rimba ilmiah, kekadang berharapan mengalir seperti arus dari curam perbukitan, meluncur ke lurah ke lembah, akan ditemui sekolam perasaan rindu, di situ kita bergumpal bergeledak kekadang bertikam, menangkis menghunus pekerti dan alasan sendiri. mencari perbedaan akal, perbedaan matlamat, nan isinya tidak luak secangkirpun melainkan semangat meneliti manusia yang hilang dalam kandil gemerlapan di luar akal manusia.

Tips daripada tokoh penulis dunia

 “Saya boleh menahan segala-galanya kecuali godaan.” – Oscar Wilde “Lebih baik dibenci kerana diri sendiri daripada disayangi kerana bukan d...