Sunday, September 2, 2012

Berladang

Sudah lama aku meninggalkan lopak dan kocak, mengejar pilai dan meranduk petak-petak sawah. Kepanasan memijar dan lekitan lumpur di tubuh mengajar dan banyak mendorong supaya menghargai erti kemerdekaan, erti kebebasan, dan erti kepahitan. Hari ini mereka bersorak, menjerit meminta kebebasan, kebahagiaan supaya mereka dibebaskan daripada belenggu diskriminasi puak politik yang zalim. Anak-anak generasi baru yang tidak pernah menarah petak-petak sawah, lompong kepahitan dan kelaparan. Pejuang ! Mereka Reformis! Aku setuju kalian memperjuangkan keadilan, tetapi apakah yang kalian tahu erti penderitaan? Kalian hanya merenung dan tidak pernah merasainya. Untuk memahami perjuangan, berjuanglah dari dalam diri, bukan berbicara di atas air yang mengalir deras. Kemewahan bukan matlamat sebenar yang didambakan. Bukan! Jangan terpana dengan kebendaan yang dlihat hari ini, samada mahu memandu BMW, ataupun jenis apa kereta mewah. Kemenangan perjuangan bukan untuk itu. Jati diri yang disebutkan oleh para nasionalis, lebih mendalam maksudnya. Ada kekurangan dan kehilangan yang sedang dirampas daripada kita. Fikirkan, mengapa generasi perlu mempertahankan kemerdekaan, ingat! Kebebasan dan meruntuhkan kezaliman bukan dengan laungan dan sorak sorai, tetapi dengan ilmu dan keazaman di dada kalian.

No comments:

Tips daripada tokoh penulis dunia

 “Saya boleh menahan segala-galanya kecuali godaan.” – Oscar Wilde “Lebih baik dibenci kerana diri sendiri daripada disayangi kerana bukan d...