Semasa kecil kurasakan segar dalam ingatan anakku belajar berjalan, bangkit, jatuh dan menangis. Masa itu sudah empat belas tahun berlalu, dan kini kau sudahpun keluar dari daerah ini. Kau sedang menggilap menuntun kefahaman al Quran di Mahad Tahfiz, Ipoh, Perak.
Kau di masa kecil sering di sisiku, dan paling akrab tidur di sampingku. Ayah masih ingat ketika usia itu telah kita lalui jalan ke bandar Ipoh melalui Batu Gajah, melalui Taman Herba, Jalan Gopeng ke Batu Gajah. Kau sudah melihat, daerah itu sekali lagi bilamana musim cuti penggal ayah akan melalui jalan tersebut untuk menjemput kau pulang. Setelah empat belas tahun kita melaluinya, dan kini kita semakin kerap melaluinya.
Teruskan perjuangan di sana, dan akan kita telusuri lagi jalan-jalan kebahagian itu lagi. Dan jalannya panjang dan penuh cabaran yang dilalui, namun tabahkan hatimu. Ini sudah ketentuanNYA, dan ayah yakin inilah yang terbaik. Memang runtunan kerinduan senantiasa di dada kami, inilah hakikat kita sebagai manusia untuk memiliki sesuatu yang paling benilai sebagai bekalan di perjalanan dunia tambah lagi bermanfaat untuk akherat.
Ayah percaya kau tidak menangis lagi, dan bukan sekecil kanak-kanak yang senantiasa menghaapkan dakapan ayah dan ibu. Kuatkan semangat, kerana ayah senantiasa bertahajud mengiringi kalian dalam menuju kebaikan yang terpilih. Lihat, bukan semua layak untuk memahkotakan ayat-ayat Tuhan, hanya insan-insan terpilih yang dibimbing untuk ke arah mendaulahkan al-Quran. Bagaimana beberapa orang temanmu yang tidak diizinkan Allah untuk terus memiliki hikmah, dan dengan sebab dan akibat mereka tersingkir dari maahad.Semua ini terletak dan tersarung pada niat yang ikhlas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tips daripada tokoh penulis dunia
“Saya boleh menahan segala-galanya kecuali godaan.” – Oscar Wilde “Lebih baik dibenci kerana diri sendiri daripada disayangi kerana bukan d...
-
Semalam, kita bersama keluar melewati pintu Hospital Selayang setelah seminggu berada di Wad 8A. Syukur, Zahid telah selamat pulang ke pan...
-
Aku kerap mengabadikan pengalaman dalam catatan kecil seperti mana serpihan kaca yang terpecah. Aku mulai mengutipnya kembali jadi jadi sek...
-
Tahun 2011, salam Ramadhan. Hari ini aku masih mencari diriku di menara gading. Ya, menara yang tinggi hendak ku gapai. Di antara masa yang ...
No comments:
Post a Comment