Sunday, August 26, 2012

Kota Sarang Semut

Menjenguk sanak saudara, sahabat handai ketika perayaan hari raya, rutin saban tahun aku dan keluarga menziarahi kaum keluarga sebelah isteriku di Kedah.Menikmati juadah, berbual-bual riang, usik mengusik dan tidak kurang perihal keburukan menjadi juadah  di hari raya. Maksud keburukan untuk saling direnungi bersama agar kaum keluarga tidak terus melakukan hal-hal peribadi yang tidak sepatutnya berlaku, setelah kedua ibubapa telah lama kembali ke alam lain. Perpecahan keluarga, adik beradik memberi natijah yang buruk terutama kepada generasi berikutnya. Keluarga menjadi berpuak-puak disebabkan oleh pembahagian harta peninggalan arwah orang tua, yang dasyatnya, ugut-mengugut, saling tidak tumpah macam samseng jalanan.
Sewaktu kedua ibubapa masih hidup semua hal hiruk pikuk sebegini tidak pernah terjadi. Betapa bijaknya bapa mententeramkan suasana keluarga sehingga keadaan kehidupan harmoni dan saling menghormati di antara satu dengan lain. Rasa tamak datang apabila arwah bapa meninggalkan 12 ekar tanah getah di tanah Rancangan Felda. Rasa tidak hormat muncul apabila ada ahli keluarga yang tidak merasakan pusaka itu adalah milik bersama. Kerana tamak, sanggup mengaut hasil torehan getah sehingga terlupa harta itu sebenarnya perlu diagihkan kepada hak-hak pewaris.
Apabila tidak selesai urusan faraid, selagi itulah harta tersebut tidak boleh diusik dan dijadikan darah daging, kerana kesannya sangat mendalam dan membawa kepada dosa yang sangat besar.Salah seorang yang bersikap tamak, dahulunya dia tidak mempunyai sebarang ikatan yang akrab dengan bapa, malah dianggap seorang suami yang dayus, dan tidak bertanggungjawab sepanjang hayatnya terhadap ibubapa dan keluarganya sendiri. Beberapa tahun dia tidak pernah membahagikan harta pusaka tersebut kepada ahli keluarga yang lain. Dia fikir dia seorang bekas pegawai Felda, dia dapat menyembunyikan segala-galanya daripada pengetahuan orang lain. Dia sering menjadi kecaman, kerana sepanjang kehidupannya dia tidak pernah membawa pulang apa-apa ke rumah arwah bapa, kecuali persengketaan yang berpunca daripada sikap hodoh dan sombong isterinya yang bernama Si Itam.
Semenjak mereka berkahwin, abang Ngah tunduk, tidak pernah melawan cakap Si Itam. Ini kerana rupa paras yang cantik dimiliki oleh Si Itam. (bersambung)

No comments:

Tips daripada tokoh penulis dunia

 “Saya boleh menahan segala-galanya kecuali godaan.” – Oscar Wilde “Lebih baik dibenci kerana diri sendiri daripada disayangi kerana bukan d...