Friday, July 15, 2011

Tanggal 0GOS

Anak-anak watan pada tanggal keramat
dapatkah memahami kebebasan
sedari tercantasnya peta
merdeka di tangan birokrasi
di tangan konsumerisme
di mana akal ekonomi baru
renyuk di atas kekuasaan

mereka tidak merasai kepayahan lampau
kegetiran zaman pra kemerdekaan

jika tidak dipupuk semangat api,hujan, matahari dan angin
jikalau bahasa hilang budaya terpinggir
merdekakah kalian
anak-anak watan bersaingan
menawarkan ijazah tertulis di atas air yang deras
terngadah tangan-tangan Abu Jahal
menagih bunga-bunga kederhakaan
pada silang bersilang erti merdeka!


No comments:

Tips daripada tokoh penulis dunia

 “Saya boleh menahan segala-galanya kecuali godaan.” – Oscar Wilde “Lebih baik dibenci kerana diri sendiri daripada disayangi kerana bukan d...