Friday, July 15, 2011

Merdeka Oh Merdeka

Merdekalah tanahairku bumi bertuah
emas pantainya, permata hutannya, menghijau tanah
kesuburan yang permai mengamit aneka bangsa
sehingga aku kehilangan erti merdeka
saat langit bumi bertuah keruh longgokan indutri milik penjarah

detik pintu kota terbuka
borang kerja bukan untuk kami anak pribumi
telah diagihi para pendatang
dibayar dengan harga peluh
bukan untuk menikmati merdeka oh merdeka!
anak-anak kami sedang berhutang pada kemerdekaan
anak-anak pendatang juga sedang membesar
bersaing bertuankan siapa

kesangsian pada kemerdekaan oh merdekakah tanahairku?




No comments:

Tips daripada tokoh penulis dunia

 “Saya boleh menahan segala-galanya kecuali godaan.” – Oscar Wilde “Lebih baik dibenci kerana diri sendiri daripada disayangi kerana bukan d...