Langkah Kiri Untuk Merdeka
Bab 1
Dunia
sebelah Timur dikejutkan dengan kejayaan Jepun menewaskan angkatan Inggeris. Ini
bermakna meruntuhklan kesombongan bangsa Barat terhadap Timur yang sangat
mereka banggakan. Pulau Pear Habour diluluh lantak dari udara, melalui skuadron
sperti serangan tabuan meenyegat sehingga Pearl Habour tidak mampu bertahan. Serangan selama beberapa jam telah membawa
akibat yang tereburuk di Lautan Pasifik. Pada saat itu, mata-mata orang sebelah
Timur terbuka luas, slogan Asia Untuk Asia bergema di corong-corong radio.
British melepaskan benteng terakhirnya di selatan, dengan mengangkat bendera
putih. Jelas, walaupun orang Asia tidak segagah bangsa Barbarian yang bijak,
disebalik tubuh yang kecil tersimpan semangat yang besar untuk penduduk Asia
bebas daripa belenggu penjajahan Barat. Betapa mudahnya pasukan Jepun menghalau
British keluar daripada Tanah Melayu ini. hanya berapa bulan, British yang
disanjungi oleh aristocrat, pembesar-pembesar, melarikan diri. Meninggalkan
negeri ini.
Ketika itu
lombong-lombong bijih ditinggalkan, ladang-ladang getah terbiar. Tuan-tuan
berbangsa Inggeris lari lintang pukang menyelamatkan diri. Persepsi baru
muncul, bahawa sebenarnya mereka bukan penghuni asal tanah ini, mereka hanya
datang untuk menyedut kekayaan di atas tanah ini.
Serangan
Jepun tidak hanya menyasarkan pelabuhan tentera British yang wujud di Lautajn
Pasifik, namun Jepun terus mara dan merancang untuk membebaskan Malaya daripada
kuku besi British yang dijajah selama ratusan tahun. Pihak jepun tidak menunggu
lama untuk melaksanakan tugas moral yang juga dinantikan oleh parti-parti
radikal yang telah tumbuh sebelum bermula perang tersebut. Suara Rakyat, Warta
Malaya telah menyuarakan hak-hak kemanusiaan dan perlunya rakyat di Malaya
keluar daripada penjajahan British.
“ Kita,
sebagai bangsa Melayu dan memiliki hak ke atas tanah kita sendiri, tidak perlu
menunggu lama untuk bertindak balas.
Di atas
meja bacaan, buku tulisan Soerkarno bertajuk ‘ Indonesia Menggugat,
telah pun selesai dibaca. Semangat dan kekuatan tulisan dan kemahuan peribadi
akan menjadi tulang belakang kepada perjuangan, bahawa tujuan asas kepada
pembebasan Tanah Melayu, tidak harus bergerak secara sendirian. Ia perlu
disokong oleh segenap lapisan orang Melayu keseluruhannya. Ibarat lidi-lidi
penyapu yang diikat kukuh, perlu bersatu. Orang Melayu perlu menentukan masa
depan mereka sendiri. Mereka perlu bebas daripada cengkaman British.
Kapitalis
British yang bernama Straits Trading Company, Gopeng Consolidated, Kinta Tin
Mine, menyedut bumi milik kita, dibawa kekayaan it uke England. Tanah-tanah
yang sepatutnya menjadi hak-hak Melayu, telah menjadi lombong-lombong yang
dihuni oleh hantu-hantu, berpaya dan tidak memberikan hasil apa-apa. Mereka
menggunakan kuasa tentera. Hakikatnya
emas-emas hitam tersebut telah memberikan kekayaan kepada negara England
untuk sepuluh dekat lagiseratus tahun ke hadapan.
Di kota
Kuala Lumpur, saudagar yang terdiri daripada bangsa asing dilihat bersaing sesame mereka membuka
perusahan dan Gedung-gedung perniagaan.
Orang
Melayu hanyalah menjadi petani dan buruh-buruh di pelabuhan, kemasukan
buruh-buruh asing dari luar dibawa tanpa visa, oleh agen-agen yang mengaut
untung di atas angin.
“ Kau masih
belum tidur lagi, nak ?” sapa ibunya. Ibunya terjaga kerana dari luar bilik
anaknya dia masih mendengar ketikan typewriter.
Semenjak
Ahmad remaja, ibunya sudah melihat bakat menulis anaknya. Dia yakin suatu hari
kelak anaknya itu berbakat besar. Namun, puas dia memujuk si Ahmad supaya
meneruskan pelajaran hingga ke peringkat universiti. Ahmad mengatakan dia
diperlukan sekarang untuk membebaskan Tanah Melayu daripada cengkaman penjajah.
Ijazah tidak dapat menentukan nasib bangsanya, lagi pula dia tidak akan
berkerja dengan mana-mana kantor British. Musuhnya.
“ Mahu
menyiapkan tugasan penting ibu,” balas Ahmad, sambil menyandarkan seketika
“ Ibu,
lihat apa yang sedang berlaku di tanahair kita sekarang.”
Saya perlu
menulis untuk membangkitkan semangat anak-anak masa kini dan juga seribu tahun
di hadapan, ibu,”
Untuk apa
berkerja dengan gaji yang tinggi sekalipun, sekiranya nasib bangsa saya di
tekan oleh bangsa asing.
“saya nekad
tidak akan menyambung pelajaran, kerana akhbar Suara Rakyat dan Warta Malaya.
Saya tidak perlu meneruskan pelajaran di Kirby untuk menjadikan saya seorang
manusia di bumi yang mahu merdeka ini.”
Ketika itu jam
menunjukan 2 pagi, Ahmad masih sibuk membuat artikel yang akan diterbitkan di
dalam Suara Rakyat.
Inggeris
ini musuh kepada Islam, ibu. Mereka memusuhi apa juga kebangkita orang-orang
Islam, Cuma segelintir orang-orang
atasan kita tidak Nampak pergerakan licik dan halus yang mereka lakukan. Mereka
mempunyai dakyah dan misi yang ditakbir oleh musuh Islam, iaitu Royal Prince of
Wales Lodge No. 1555” di George Town, Pulau Pinang. Mereka merancang untuk
selama-lamanya menjadi tuan kepada bangsa yang dijajah. Itulah hakikat yang orang-orang besar kita
masih kabur dan ataupun sedang bersekongkol dengan mereka, hanya kerana
memandang imbuhan keduniaan, dan acuan British.”
Itulah
simbnol elit penjajah, bahawa tanda ketuanan yang bertapak seratus tahun lalu.
Saya
percaya, di sanalah mereka merancang untuk menjadikan orang Melayu kepada
mereka untuk selama lamanya.ini bukanm soal
benar atau tidak konspiratif terhadap elit penjajah, apabila aristocrat
dan bangsawan Melayu telah dielenggu tengkuk mereka dengan tali belati Barat.
Hebat
kononya, jika berbaju kot dan bertali leher, berbual Bahasa Inggeris sesame
kelompok mereka. Tanpa sedar bahawa mereka lah yang telah menhancurkan kerajaan
Usmaniyah di belahan Eropah.
Apa manusia
talibarut ini faham tentang nasionalisme. Mereka badut. Berkuasa sebagai
boneka.
Hipokrit.baju
kot dan tali leher itu symbol elit Barat yang angkuh dan tamak kan harta benda
orang lain. Dasar kapitalis. Dia mula teringat amanat berapi-api pemimpin
revolusi, Soekarno.
anggota Freemason terdiri daripada pegawai kolonial British, pegawai kerajaan, pedagang Eropah, dan elit tempatan berpendidikan Inggeris. Mereka ada agenda yang tersembunyi. Dahulu mereka berkumpul di negeri-negeri Selat untuk membelah-belah nasibperibumi kita, sekarang setiap negeri logde dibina, siapa mereka untuk menguasai nasib orang Melayu.
Kedudukan
anak-anak watan sangat membahaya ibu. Maruah elit tempatan telah dibeli. Mereka
engganb memikirkan seribu tahun ke hadapan nasib dan masa hadapana bangsa kita.
No comments:
Post a Comment