Thursday, September 18, 2025

Kuburan Ayah


 Awal pagi itu, aku berkayuh hingga ke Lekir dan pulang selalunya aku akan singgah sebentar di atas kubur ayah. Di situ aku memanjatkan doa memohon agar ayah ditempatkan dalam kalangan hamba-hambaNya yang soleh. Walaupun tahun pemergian ayah telah lama berlalu, 1.12.2021, namun aku masih merasakan ayah baru sahaja meninggalkan aku dan adik-adik. Terasa baru sahaja beberapa minggu berlalu, betapa sayang dan kasihnya ku kepada ayah. 

Aku masih ingat senyumannya di muka pintu menyambut kepulangan kami, anak-anak. Seorang ayah yang senantiasa memberikan keceriaan kepada anak-anaknya. Dia tidak pernah marahkan anak-anak dengan baran dan kegilaan. Marahnya ada sabar, marahnya ada pujukan, kata-katanya ada suntikan dan semangat. Dialah ayahku yang tiada lagi gantinya. 

No comments:

Tips daripada tokoh penulis dunia

 “Saya boleh menahan segala-galanya kecuali godaan.” – Oscar Wilde “Lebih baik dibenci kerana diri sendiri daripada disayangi kerana bukan d...