Sunday, December 1, 2024
wajah dan nafas dalam detik
Thursday, November 21, 2024
Malam Puisi Palestin Di Surau Al Hidayah
Perjuangan dalam kata-kata puitis mengangkat maruah Islam, maruah umat, maruah Palestine. Untuk berdakwah mengajak manusia ke arah kesempurnaan, banyak cabangnya, dan banyak rantingnya. Kata-kata yang indah, bersimpul urat kata, bertingkah sendi bahasa. Malam Puisi Palestine. Kita akan meneruskan usaha-usaha sehingga ke penghabisan kata terakhir.
Berakit menyusuri kegelapan arus
Malam itu, dalam pukul 12 malam, bulan tidak begitu terang. Awan juga tidak begitu kusam. Seramai 9 orang nekad ke hilir dengan 190 buluh yang diikat bersama membentuk rakit. Tiada siapa yang mendoakan pemergian kami, selain berharap Allah menjadi Pemberi Rezeki Kami anak kampung yang sudah biasa dengan kesusahan.
Rakit itu mengikut arus pergi dan balik ke hilir Ia tenang, selesa dan pengalaman baru buat kami.
Di sinilah kami mulakan permainan
Kesedaran ini aku sendal dengan keazaman, agar anak-anak dapat menguasai permainan ini, bekalan mereka untuk beriadah di masa akan datang. Kerana itu aku mengajar mereka cara bermain tenis. Dan dengan semangat mereka telah belajar dan apabila mereka bercuti, aku dapat bermain bersama dengan mereka. Disamping itu aku cuba mencari bahan-bahan pengajaran daripada mana-mana ruang, agar terus memperbaiki cara-cara permainan ini.
Jalan-jalan di desa
Mencari kuburan, berjalan sejauh beberapa kilometer untuk menziarahi ayahanda yang sudah berpindah. Dahulu ayahanda tersenyum menyambut kepulangan anaknya di muka pintu dengan senang sekali menyambut kunjungan anak-anak. Hari ini senyuman itu telah tiada menunggu di muka pintu itu. apabila aku pulang, aku menanti pintu itu dibukakan, namun tiada lagi senyuman mesra ayahanda di situ. Aku kecewa dan kehilangan wajah yang senantiasa ceria menyambut kami.
Dahulu setiap kali aku pulang, kadang waktu pagi aatau petang, aku akan melalui jalan kecil ini berjalan kaki sambil menghirup udara segar desa Pasir Panjang Laut, Sitiawan. kini hala laluan, apabila berjalan membelah udara pagi, aku ke kuburan ayahanda.
Sunday, July 28, 2024
Setelah sekian lama, hanya beberapa minggu Zahid menjalani latihan tenis, dia menguasai dan bolehlah bermain dengan kalangan veteran yang ada di sekitar Saujana Utama. Ketabahan dan tekad tidak akan mematahkan semangat sekiranya ada keinginan belajar. Tidak berapa hari lagi dia akan meneruskan pengajian di Politeknik, Nilai. Bermakna dia akan jarang bermain tenis dan menjalani latihan lagi. Harap, di sana nanti , akan ada teman baru untuk meneruskan latihan dan permainan.
Friday, March 22, 2024
Tentang aku secebis catatan hidup (1)
Justeru, satu ketika aku mengumpulkan semua cebisan yang ku tulis, untuk di jadikan sebuah antologi, sebuah lukisan yang beradab dan mendidik. Aku masih lagi mengatakan terpecah-pecah kerana pemikiran yang berlegar-legar dalam akal fikir, berbaur antara manusia dan alam. Cerita pendek yang terpisah-pisah lalu kuanyam menjadi hamparan yang terbuka luas dan boleh dilihat daripada pelbagai sudut, apatah yang pernah dilalui oleh manusia lain sepertiku.
RUANG KECIL
Pernahkah sesiapa mengelamun atau sedang berangan-angan agar dapat kembali semula ke zaman remajanya semula. Kita berada pada suatu titik, yang sangat penting sehingga menentukan masa kini. Menyusun kembali papan catur dan mengatur kembali strategi yang baru. Apakah yang akan kita lakukan, jika dapat kembali berada di zaman persekolahan. Dan waktu itu kita mendengar kembali lagu Siti Fairus, atau lagu Sehingga Akhir Nanti, dendangan Alleyb Cat. Adakah masa itu kita akan berlari-lari di atas padang hijau di hadapan sekolah, memburu seorang gadis dalam kelas yang sama. lalu mengucapkan, " aku suka padamu" atau adakah ketika itu , kita akan tertewas dengan ayat-ayat cinta yang mendustakan.
` Kita diberikan masa yang sama dengan rakan-rakan lain. KIta berfikir secara konservatif, di masa itu dan tidak dapat mengawal di antara peluang dan kemalasan untuk berusaha mencapai kebahagiaan. Hari-hari kita meriah dengan keseronokan yang sangat pendek, tanpa tersedar sehingga kita terlepas untuk mengecapi mimpi sebenarnya.Peperiksaan menjelang , namun kita leka dengan keseronokan sebagai remaja, leka dengan permainan sehingga masa terbuang dengan begitu percuma, kita melepaskan rindu kepada dedaunan yang akhirnya akan layu dan gugur ke bumi. Aku tidak dapat mengendalikan diriku, kerana terbakar oleh pujian yang ringkas. Akhirnya kita kehilangan semua yang diimpikan. Selamat jalan Romeo.
malam-malamku hanya berisi keperitan rindu. lalu aku mengubah beberapa lagu untuk dipetik bersama alunan gitar. Terasa dunia membosankan kerana sebagai remaja diri terkongkong. yang tidak menarik apabila keraguan dan tentangan. Kita menjadi seperti seekor kijang yang akan diterkam oleh seekor harimau. KIta tidak memiliki apa-apa kerana menjadi mangsa emosi.Kita terlupa dan angkuh kerana takdir telah menewaskan satu ketentuan.
Tanpa pertemuan pertama
Aku sudah lama melupakan. Melupakan kekesalan lampau, dan melupakan adakah orang-orang yang pernh mendera diriku, masih hidup atau sudah berangkat ke alam lain. Aku bukan pandai sebijak rakan-rakan lain dalam alam persekolahan. Kebijaksanaan seseorang itu akan akhirnya akan membawa dia sehingga keperingkat tercerdik ataupun merakus dalam urusan harta. Bukan semua orang-orang cerdik, akan mengakhiri hidupnya di dalam masjid dan bertafakur. Ada di antaranya cerdik yang digambarkan menghisap kekayaan di muka bumi ini tanpa peduli halal dan haram. Ini bukanlah cerdik yang menepati syariah dan agama.
Ada beberapa orang rakan ku yang berjaya sehingga ke peringkat tinggi, tanpa memerlukan bantuan daripada orang lain.Mereka hidup dalam gelombang hidup yang sederhana dan lebih penting mementingkan kehidupan selepas diri terdiri sendiri. Mati. Begitu mudah kita dalam hidup ini untuk terperangkap dengan ala
Pada pagi hari raya kedua, kami bertolak dari pasir Panjang Laut menuju ke Cameron Highland, sebelum sempat tiba, kereta lama peninggalan orang tua telah meragam, Kami tersangkut kerana kereta tidak mampu hendak naik bukit di lereng yang agak cerun. Maka aku berehat di tepi jalan. Baraangkali masalah 'gearbvox'
Thursday, March 7, 2024
Monday, February 12, 2024
Pandir, jangan ikut
menyeru warga menuju jalan yang lurus
ada pendengaran hatinya mati
ada jiwa tapi tidak beriman
untuk melangsungkan sunah Rasul
Setelah sering berharap, mendiamkan rasa selesa
Sunday, January 28, 2024
apabila kita menguasai permainan ini, akan terasa kesegaran
Tips daripada tokoh penulis dunia
“Saya boleh menahan segala-galanya kecuali godaan.” – Oscar Wilde “Lebih baik dibenci kerana diri sendiri daripada disayangi kerana bukan d...
-
Semalam, kita bersama keluar melewati pintu Hospital Selayang setelah seminggu berada di Wad 8A. Syukur, Zahid telah selamat pulang ke pan...
-
Aku kerap mengabadikan pengalaman dalam catatan kecil seperti mana serpihan kaca yang terpecah. Aku mulai mengutipnya kembali jadi jadi sek...
-
Tahun 2011, salam Ramadhan. Hari ini aku masih mencari diriku di menara gading. Ya, menara yang tinggi hendak ku gapai. Di antara masa yang ...

















.jpeg)

