Rasa keinginan untuk menjadi lelaki yang tahan lasak dan berhadapan dengan cabaran, tiada siapa yang memaksanya. Sebagai kanak-kanak yang lahir di kampung, tentulah ciri-ciri kampung itu penuh dengan kemiskinan, kelaparan, rintangan, tahan lasak, dan tidak takut untuk mempertahankan diri daripada sebarang ancaman. Bila otak kita sedikit bergerak akan terasa benarnya, apabila ramai anak-anak muda kampung yang memasuki tentera. Mengapa. Bukanlah kerana ketika itu anak-anak muda terpaksa, atau dipaksa, atau kerana kemiskinan. Kerana di kampung kami dikelilingi dengan bendang, bukit dan cangkat ditanam pokok getah, dan ada sebatang sungai yang besar dan panjang, yang sudah tentulah terdapat sumber protin di dalamnya. Jadi, mengapa anak-anak muda memilih tentera sebagai pekerjaan. Ini disebabkan menjadi tentera, kami akan mengangkat maruah dan bangsa sebagai bangsa Melayu yang berani mempertahankan tanah air. Kami tidak rela bumi kami inni dirampas oleh orang asing, apatah lagi selepas Jepun menyerang dan memerintaah beberapa tahun, penduduk kampung kami menahan duka dan derita penderitaan seperti mana orang lain merasakan peritnya di jajah bangsa asing. Apa pulak sebabnya mereka yang asing tiba-tiba hendak masuk ke kampung Melayu dan mendakwa ini tanah mereka. Cis,...ini tanah berdaulat bangsa Melayu, bukan tanah orang asing.
Yang paling keparatnya, siapa membenarkan mereka ini memiliki sejengkal demi sejengkal tanah pusaka. Semenjak kesultanan Perak, pertama, dan entah berapa lagi kesultanan, habis tanah-tanah kita dibahagikan sesama mereka. Siapa yang jadi dalang dan keparat dan sial membahagi-bagi tanah milik ketuanan Melayu ini.
Kegelapan malam di atas rakit buluh sejauh berpuluh-puluh kilometer, banyak rintangan dan masa berbahaya melintasi arus. Rakit tiada motor, tiada layar, hanya mengikut arus ke hilir untuk sampai ke Teluk Intan sepantas mungkin. Anak muda kampung berani dan sanggup memikul beban.
Malam itu, dalam pukul 12 malam, bulan tidak begitu terang. Awan juga tidak begitu kusam. Seramai 9 orang nekad ke hilir dengan 190 buluh yang diikat bersama membentuk rakit. Tiada siapa yang mendoakan pemergian kami, selain berharap Allah menjadi Pemberi Rezeki Kami anak kampung yang sudah biasa dengan kesusahan.
Rakit itu mengikut arus pergi dan balik ke hilir Ia tenang, selesa dan pengalaman baru buat kami.
Malam itu, dalam pukul 12 malam, bulan tidak begitu terang. Awan juga tidak begitu kusam. Seramai 9 orang nekad ke hilir dengan 190 buluh yang diikat bersama membentuk rakit. Tiada siapa yang mendoakan pemergian kami, selain berharap Allah menjadi Pemberi Rezeki Kami anak kampung yang sudah biasa dengan kesusahan.
Rakit itu mengikut arus pergi dan balik ke hilir Ia tenang, selesa dan pengalaman baru buat kami.

No comments:
Post a Comment