Monday, February 12, 2024

Setelah sering berharap, mendiamkan rasa selesa

ESOK  12/10/2013, dan tidak berapa hari lagi umat Islam akan berduyun-duyun ke surau atau masjid berdekatan untuk hadir dalam  sembelihan qurban. Hari lembaran Aidul Adha datang lagi. Itulah perayaan yang sama seperti sambutan Aidul Fitri pada tahun ini yang tidak dapat aku sambut bersama dengan seluruh isi keluarga tercinta. Seperti yang berlaku hampir dua bulan yang lalu, aku dan Zahid menyambutnya di bilik 18, Wad A, Tingkat 8, Hospital Selayang. 
        Beberapa hari setelah Zahid masuk wad, aku pada mulanya berharap akan dapat pulang untuk berhari raya di rumah kedua ibu dan ayah di Sitiawan, Perak. Keadaan Zahid semakin serius dan di masukkan sejenis tiub di dalam  rusuk sebelah kanan, di sebelah bawah paru-parunya, disebabkan selepas menjalani x-tray, mereka mendapati terdapat radang paru-paru disebabkan oleh terkumpulnya sejenis cecair yang perlu dikeluarkan dengan segera.
    Hari ini seorang lelaki remaja, berusia 21 tahun, aktif bermain tenis. Terimakasih Tuhan. Kerana dengan rahmatnya, kau masih boleh bermain dengan ayahmu dan sama-sama mengukir riang bersama. Agar kesempatan ini dapat berpanjangan, Dan kebahagiaan ini, harus diucpkan dengan rasa kesyukuran kepadaNYA. Untuk mengisi umur dan harapan, tanda kesyukuran dan terimakasih Tuhan! Syukur Tuhan !


No comments:

Tips daripada tokoh penulis dunia

 “Saya boleh menahan segala-galanya kecuali godaan.” – Oscar Wilde “Lebih baik dibenci kerana diri sendiri daripada disayangi kerana bukan d...