Saturday, May 23, 2020

Perginya Seekor Kucing Yang Baik

Beberapa hari aku sudah melihat Kabore, tidak aktif, tidak makan dan meminta makan seperti kebiasaannya. Muntah, menyembunyikan diri, duduk di luar rumah, dan tidak seperi malam-malam sebeleumnya, Kabore akan duduk berhampiran kami sewaktu kami menunaikan solat sunat tarawih, malam tadi dan kelmarin dia tidak ada bersama. akhirnya dia kutemui mati di bawah kerana sakit yang dialaminya.
Kabore sangat manja dan seringkali bermain dengan anak-anakku. Dia suka tidur di dalam bilik yang nyaman, atau meniarap di depan pintu bilik kerana mahukan rasa dingin yang keluar dari celah pintu. Empat hari yang lalu, aku memasangkan gelang leher loceng untuk Kabore, sebagai menyambut Hari Raya, yang bakal menjelang esok, tapi dia sudah meninggalkan rantai locengnya sebagai menggantikan kenangan kepada kami sekeluarga. Dan locong itu masih kuletakkan di atas meja tulis, kerana dia sering juga menemani ku dalam bilik ini dan bermain di hujung kainku di bawah meja.


No comments:

Tips daripada tokoh penulis dunia

 “Saya boleh menahan segala-galanya kecuali godaan.” – Oscar Wilde “Lebih baik dibenci kerana diri sendiri daripada disayangi kerana bukan d...