Thursday, May 14, 2020

Memilih Di Antara Kebaikan dan kejahilan

Kebaikan yang datang silih berganti dengan takah kesulitan yang semua ini diberikan ujian oleh Maha Pencipta. Tidak pernah ada kata jemu untuk membesarkan dan mengasuh anak-anak yang masih belum mengenali bahawa dunia nyata ini banyak kesulitan dan musuh-musuhnya. Dunia ini kelihatan aman dan moden, sedangkan sistem-sistem yang wujud di dalamnya dipenuhi dengan musuh Allah dan Nabi-nabi dan Rasul, iaitu kemodenan dibaurkan dengan kerosakan, iaitu riba,
Bagaimana orang-orang beragama dan mengenali ajaran Islam boleh terikut-ikut dengan amalan kafir. Mereka membina benteng bank-bank dengan muamalah cara riba. Yang mereka sembunyikan daripada pengetahuan disebalik pendapat-pendapat orang yang dikatakan memiliki pengetahuan dan ajaran agama. Berselindung disebalik perniagaan, sedangkan merekalah sebenarnya mengamalkan riba yang mutlak, jelas haramnya.
Manusia moden memilih untuk keselesaan di bawah lindungan agama Islam. Tiada siapakah yang berani memperkatakan bahawa bank-bank hari ini jelas dan terang mengamalkan sistem riba, Siapa memberikan perlindungan kepada mereka, jika bukan orang-orang agama yang berkerja dengan institusi ban-bank ini. Mereka yang menakluk dunia moden dengan sistem bunga (riba), jika bukan, mengapakah mereka semakin mewah dan kaya raya dengan sistem yang ditimba  daripada pihak kufar Barat ini.
Tugas mereka mengenakan bunga demi bunga kepada pelanggan, sedangkan sepaturtnya hal ini tidak harus terjadi. amat menyakitkan bagi pelangan yang terpaksa membayar balik pinjaman sedangkan, aset yang dibayar balik hanya bertulis di atas perjanjian kertas, sedangkan aset dan benda yang tampak sudah lupus dan jatuh nilai, hilang lenyap menjadi besi buruk. Tugas bank-bank ini hanya mengiri mereka tidak mengalami kerugian, malah menekan pelanggan mereka dengan tindakan yang keras dan sangat zalim.



No comments:

Tips daripada tokoh penulis dunia

 “Saya boleh menahan segala-galanya kecuali godaan.” – Oscar Wilde “Lebih baik dibenci kerana diri sendiri daripada disayangi kerana bukan d...