Saturday, May 23, 2020
Perginya Seekor Kucing Yang Baik
Beberapa hari aku sudah melihat Kabore, tidak aktif, tidak makan dan meminta makan seperti kebiasaannya. Muntah, menyembunyikan diri, duduk di luar rumah, dan tidak seperi malam-malam sebeleumnya, Kabore akan duduk berhampiran kami sewaktu kami menunaikan solat sunat tarawih, malam tadi dan kelmarin dia tidak ada bersama. akhirnya dia kutemui mati di bawah kerana sakit yang dialaminya.
Kabore sangat manja dan seringkali bermain dengan anak-anakku. Dia suka tidur di dalam bilik yang nyaman, atau meniarap di depan pintu bilik kerana mahukan rasa dingin yang keluar dari celah pintu. Empat hari yang lalu, aku memasangkan gelang leher loceng untuk Kabore, sebagai menyambut Hari Raya, yang bakal menjelang esok, tapi dia sudah meninggalkan rantai locengnya sebagai menggantikan kenangan kepada kami sekeluarga. Dan locong itu masih kuletakkan di atas meja tulis, kerana dia sering juga menemani ku dalam bilik ini dan bermain di hujung kainku di bawah meja.
Thursday, May 14, 2020
Memilih Di Antara Kebaikan dan kejahilan
Kebaikan yang datang silih berganti dengan takah kesulitan yang semua ini diberikan ujian oleh Maha Pencipta. Tidak pernah ada kata jemu untuk membesarkan dan mengasuh anak-anak yang masih belum mengenali bahawa dunia nyata ini banyak kesulitan dan musuh-musuhnya. Dunia ini kelihatan aman dan moden, sedangkan sistem-sistem yang wujud di dalamnya dipenuhi dengan musuh Allah dan Nabi-nabi dan Rasul, iaitu kemodenan dibaurkan dengan kerosakan, iaitu riba,
Bagaimana orang-orang beragama dan mengenali ajaran Islam boleh terikut-ikut dengan amalan kafir. Mereka membina benteng bank-bank dengan muamalah cara riba. Yang mereka sembunyikan daripada pengetahuan disebalik pendapat-pendapat orang yang dikatakan memiliki pengetahuan dan ajaran agama. Berselindung disebalik perniagaan, sedangkan merekalah sebenarnya mengamalkan riba yang mutlak, jelas haramnya.
Manusia moden memilih untuk keselesaan di bawah lindungan agama Islam. Tiada siapakah yang berani memperkatakan bahawa bank-bank hari ini jelas dan terang mengamalkan sistem riba, Siapa memberikan perlindungan kepada mereka, jika bukan orang-orang agama yang berkerja dengan institusi ban-bank ini. Mereka yang menakluk dunia moden dengan sistem bunga (riba), jika bukan, mengapakah mereka semakin mewah dan kaya raya dengan sistem yang ditimba daripada pihak kufar Barat ini.
Tugas mereka mengenakan bunga demi bunga kepada pelanggan, sedangkan sepaturtnya hal ini tidak harus terjadi. amat menyakitkan bagi pelangan yang terpaksa membayar balik pinjaman sedangkan, aset yang dibayar balik hanya bertulis di atas perjanjian kertas, sedangkan aset dan benda yang tampak sudah lupus dan jatuh nilai, hilang lenyap menjadi besi buruk. Tugas bank-bank ini hanya mengiri mereka tidak mengalami kerugian, malah menekan pelanggan mereka dengan tindakan yang keras dan sangat zalim.
Subscribe to:
Comments (Atom)
Tips daripada tokoh penulis dunia
“Saya boleh menahan segala-galanya kecuali godaan.” – Oscar Wilde “Lebih baik dibenci kerana diri sendiri daripada disayangi kerana bukan d...
-
Semalam, kita bersama keluar melewati pintu Hospital Selayang setelah seminggu berada di Wad 8A. Syukur, Zahid telah selamat pulang ke pan...
-
Aku kerap mengabadikan pengalaman dalam catatan kecil seperti mana serpihan kaca yang terpecah. Aku mulai mengutipnya kembali jadi jadi sek...
-
Tahun 2011, salam Ramadhan. Hari ini aku masih mencari diriku di menara gading. Ya, menara yang tinggi hendak ku gapai. Di antara masa yang ...