Senyuman berbudi memancar telus melalui mata kecilmu. Masa terlalu cepat beredar, sehingga membuatkan rindu semakin tertanggal daripada kelopak masa. Masa yang tinggal berbaki, sebaik mungkin digunakan sepenuh tenaga dan cinta untuk melahirkan sesuatu yang cukup istimewa. Kita sedang berlari dan terus berlari mengejar keindahan bertutur kepada Tuhan.
Lautan utara dan pantai Pulau Pinang, bermalam di Hotel Seri Malaysia, semenjak 1997, lebih kurang pada tarikh pertengahan, makan nasi kandar, mengelilingi pulau, sehingga mual dan termuntah , inilah yang ingin aku catatkan. 2009, aku mendatangi pulau, sebagai tetamu di anjung ilmu. Senyuman di atas kaca masih kuingat mengamit kenangan.
Setiap gerak nafas, gerak nadi, gerak jantung, denyut jiwa, denyut rindu dan akhirnya denyut dan gerak direngut oleh sunatullah, gerak nafas terdiam, gerak nadi kaku, gerak nafas kejap, denyut jiwa pasrah, denyut rindu silih berganti dan akhinya denyut dan gerak bertemu Tuhan Pencipta Mimpi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tips daripada tokoh penulis dunia
“Saya boleh menahan segala-galanya kecuali godaan.” – Oscar Wilde “Lebih baik dibenci kerana diri sendiri daripada disayangi kerana bukan d...
-
Semalam, kita bersama keluar melewati pintu Hospital Selayang setelah seminggu berada di Wad 8A. Syukur, Zahid telah selamat pulang ke pan...
-
Aku kerap mengabadikan pengalaman dalam catatan kecil seperti mana serpihan kaca yang terpecah. Aku mulai mengutipnya kembali jadi jadi sek...
-
Tahun 2011, salam Ramadhan. Hari ini aku masih mencari diriku di menara gading. Ya, menara yang tinggi hendak ku gapai. Di antara masa yang ...
No comments:
Post a Comment