Mencintai Islam menanamkan kejatian diri dibibir, di hati dan melakukan sesuatu yang utama untuk Islam. Secara pratikal kalian berdua sedang menuju ke jalan-jalan kesufian yang jarang dilalui oleh manusia bertaraf hamba. Pakaian dalaman dan luaran sebati, menelurkan keindahan luar biasa yang tidak diberikan oleh Allah kepada semua manusia. Syabas ! Ayah bangun sebelum subuh muncul untuk solat taubat. Kemudian ayah teruskan dengan zikir, sesudah berdoa ayah sambung pula untuk solat hajat. Inilah kemuncak permintaan yang ayah panjatkan di dalam sujud kedua, lebih panjang berkata-kata dalam daim, namun hati nurani berkata-kata dalam bahasa Melayu, memohon beberapa perkara yang sudah lama dimunajatkan, sudah lama meminta dikurniakan oleh Maha Agung. Segala perjalanan dairi hamba-hamba ditetapkan oleh Allah SWT. Doa penting sekali sebagai pegangan hakiki pakaian hamba.
Dengan harapan yang besar aku mahukan sesuatu yang besar, bermanfaat untuk dunia dan akhirat kalian. Memanglah pandangan beberapa teman ayah di surau, bahawa dunia jangan dilupakan, akhiratpun jangan diabaikan. Pilih kedua-duanya. Jangan disesatkan oleh tok-tok guru yang sesat. Akhir zaman ini sudah jelas keadaan kesesatan golongan yang mengaku mengikut petunjuk al-Quran dan Hadis Nabi, sedangkan berat keangkuhan meniti di sebalik songkok dan jubah mereka, hanyalah penyelesaian melalui jihad yang tidak sama menurut kehendak Rasulullah. Maknanya golongan ini sedang menyesatkan kumpulan-kumpulan yang lain.
Tenaga pengajar di Maahad kebanyakkan pemuda- pemuda berkelulusan pengajian tempatan dan luar negeri.Semangat dan kelansungan bicara tidak terbatas kerana mengikut dorongan puak-puak yang mencintai Islam, siapa lagi kalau bukan parti bernuansakan Islam. Memadaikah berjubah, berserban, memangkah dan membawa bendera parti yang berslogankan bulan bintang, boleh dianggap menyuarakan perjuangan parti dan perjuangan untuk ummah. Sebenarnya, ayah mencintai Islam untuk mentadbir negara yang pernah terkenal dengan slogan Melayu Nusantara atau Semenanjung Emas.
Pilihanraya baru saja usai dan negara kembali diperintah oleh orang-orang yang biasa dengan pemerintahan dan selok beloknya. Kalian bercuti beberapa hari sebelum pilihanraya. Kalian hebat juga bercerita siapa yang soleh dan siapa yang mungkar. Kataku, hai ! Anak-anakku, tiada siapa boleh mengaku dirinya bakal menjadi ahli syurga, atau menuding sesiapapun menjadi bahan api neraka. Ini kerja Tuhan, nak ! Tidak usah terpedaya dengan sesiapa, yang penting masa kini kalian menimba ilmu di maahad dengan tertib dan teruskan pembelajaran sehingga selesai. Jangan terpengaruh urusan siasah lagi, kerana ketidak tentuan gejolak api politik akan membakar diri kalian. Sudah untuk memadamkannya kelak.
Kita jangan memusuhi penganut Islam, jangan jadikan tanah tercinta seperti negara-negara bercakaran di luar sana, disebabkan oleh pelbezaan pendapat, mereka berkelahi sehingga menjadi terbakar dan rentung seperti kepak kupu-kupu. Tiada yang menang, yang musnah lebih jelas. Inilah yang sedang mengusik orang-orang menyangka diri mereka lebih baik daripada orang lain. Jagoan konon! Jagoan tengik! Kata orang seberang.
Mengata dan mengkeji orang lain, sudah menjadi bahan utama. Ini politik Islam ke bro? Mereka mahu membenteras sesuatu, sedangkan mereka tidak memahami diri mereka dan sejarah kewujudan diri mereka sendiri. Belum juga sangkakan menyerkup diri untuk mengenali tokoh Hamzah Fansuri, pemimpin unggul di zaman Sultan Iskandar Muda, kemudia diperangi oleh angkatan Nurudin, menghasut Iskandar Muda Mahkota Alam, supaya membakar kitab-kitab utama karangan Ulama unggul itu. Bro!@ Pembangkang, kalian ingin hidup dalam kekecuhan sepanjang lima tahun , sehingga mahu menggoncang tanah tercinta ini.
Angin ketandusan ilmu ini mengalir daripada utara, atau dari ibu kota?
Tidak ada anehnya semangat itu datangnya dari arah manapun, samalah seperti keberanian Sepanyol dan Portugis melibatkan perkataan 'syahid' dalam rohani mereka sewaktu mendatang sebelah Nusantara pada abad ke -15.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tips daripada tokoh penulis dunia
“Saya boleh menahan segala-galanya kecuali godaan.” – Oscar Wilde “Lebih baik dibenci kerana diri sendiri daripada disayangi kerana bukan d...
-
Semalam, kita bersama keluar melewati pintu Hospital Selayang setelah seminggu berada di Wad 8A. Syukur, Zahid telah selamat pulang ke pan...
-
Aku kerap mengabadikan pengalaman dalam catatan kecil seperti mana serpihan kaca yang terpecah. Aku mulai mengutipnya kembali jadi jadi sek...
-
Tahun 2011, salam Ramadhan. Hari ini aku masih mencari diriku di menara gading. Ya, menara yang tinggi hendak ku gapai. Di antara masa yang ...
No comments:
Post a Comment