Tuesday, February 12, 2013

Wajah di atas kaca

Senyuman berbudi memancar telus melalui mata kecilmu. Masa terlalu cepat beredar, sehingga membuatkan rindu semakin tertanggal daripada kelopak masa. Masa yang tinggal berbaki, sebaik mungkin digunakan sepenuh tenaga dan cinta untuk melahirkan sesuatu yang cukup istimewa. Kita sedang berlari dan terus berlari mengejar keindahan bertutur kepada Tuhan.
Lautan utara dan pantai Pulau Pinang, bermalam di Hotel Seri Malaysia, semenjak 1997, lebih kurang pada tarikh pertengahan, makan nasi kandar, mengelilingi pulau, sehingga mual dan termuntah , inilah yang ingin aku catatkan. 2009, aku mendatangi pulau, sebagai tetamu di anjung ilmu. Senyuman di atas kaca masih kuingat mengamit kenangan.
Setiap gerak nafas, gerak nadi, gerak jantung, denyut jiwa, denyut rindu dan akhirnya denyut dan gerak direngut oleh sunatullah, gerak nafas terdiam, gerak nadi kaku, gerak nafas kejap, denyut jiwa pasrah, denyut rindu silih berganti dan  akhinya denyut dan gerak bertemu Tuhan Pencipta Mimpi.

Monday, February 11, 2013

Kenangan di tahun akhir bersama Dr. Siti Membunga


Asrama Putra, Dorm 3, SYS



Di hujung dorm 3, Asrama Putra, SYS Bt. Gajah, Perak

Tengahari itu aku sempat singgah, bersama sahabat di dorm 3, Shah, menjenguk semula sebuah dorm yang menghantar mimpi-mimpi, keremajaan, dan pengalaman pabila berjauhan dari ayah dan ibu. Bangunan sudah lama tidak  digunakan sebagai 'hostel' para pelajar. Keadaannya masih tersergam, menggamit kenangan di antara tahun 1979-83 ( 5 tahun ), berada di tingkatan 1 sampai 5.

Hari- hari terakhir seorang sasterawan


Bengkel Adaptasi 2007


Sidang Kuliah




Ber

Jambatan Pulau Pinang


Kenangan bersama pengarang terkenal


Cinta kepada Islam , tidak akan terpadam

Mencintai Islam menanamkan kejatian diri dibibir, di hati dan melakukan sesuatu yang utama untuk Islam. Secara pratikal kalian berdua sedang menuju ke jalan-jalan kesufian yang jarang dilalui oleh manusia bertaraf hamba. Pakaian dalaman  dan luaran sebati, menelurkan keindahan luar biasa yang tidak diberikan oleh Allah kepada semua manusia. Syabas ! Ayah bangun sebelum subuh muncul untuk solat taubat. Kemudian ayah teruskan dengan zikir, sesudah berdoa ayah sambung pula untuk solat hajat. Inilah kemuncak permintaan yang ayah panjatkan di dalam sujud kedua, lebih panjang berkata-kata dalam daim, namun hati nurani berkata-kata dalam bahasa Melayu, memohon beberapa perkara yang sudah lama dimunajatkan, sudah lama meminta dikurniakan oleh Maha Agung. Segala perjalanan dairi hamba-hamba ditetapkan oleh Allah SWT. Doa penting sekali sebagai pegangan hakiki pakaian hamba.

Dengan harapan yang besar aku mahukan sesuatu yang besar, bermanfaat untuk dunia dan akhirat kalian. Memanglah pandangan beberapa teman ayah di surau, bahawa dunia jangan dilupakan, akhiratpun jangan diabaikan. Pilih kedua-duanya. Jangan disesatkan oleh tok-tok guru yang sesat. Akhir zaman ini sudah jelas keadaan kesesatan golongan yang mengaku mengikut petunjuk al-Quran dan Hadis Nabi, sedangkan berat keangkuhan meniti di sebalik songkok dan jubah mereka, hanyalah penyelesaian melalui jihad yang tidak sama menurut kehendak Rasulullah. Maknanya golongan ini sedang menyesatkan kumpulan-kumpulan yang lain.
Tenaga pengajar di Maahad kebanyakkan pemuda- pemuda berkelulusan pengajian tempatan dan luar negeri.Semangat dan kelansungan bicara tidak terbatas kerana mengikut dorongan puak-puak yang mencintai Islam, siapa lagi kalau bukan parti bernuansakan Islam. Memadaikah berjubah, berserban, memangkah dan membawa bendera parti yang berslogankan bulan bintang, boleh dianggap menyuarakan perjuangan parti dan perjuangan untuk ummah. Sebenarnya, ayah mencintai Islam untuk mentadbir negara yang pernah terkenal dengan slogan Melayu Nusantara atau Semenanjung Emas.
Pilihanraya baru saja usai dan negara kembali diperintah oleh orang-orang yang biasa dengan pemerintahan dan selok beloknya. Kalian bercuti beberapa hari sebelum pilihanraya. Kalian hebat juga bercerita siapa yang soleh dan siapa yang mungkar. Kataku, hai ! Anak-anakku, tiada siapa boleh mengaku dirinya bakal menjadi ahli syurga, atau menuding sesiapapun menjadi bahan api neraka. Ini kerja Tuhan, nak ! Tidak usah terpedaya dengan sesiapa, yang penting masa kini kalian menimba ilmu di maahad dengan tertib dan teruskan pembelajaran sehingga selesai. Jangan terpengaruh urusan siasah lagi, kerana ketidak tentuan gejolak api politik akan membakar diri kalian. Sudah untuk memadamkannya kelak.

Kita jangan memusuhi penganut Islam, jangan jadikan tanah tercinta seperti negara-negara bercakaran di luar sana, disebabkan oleh pelbezaan pendapat, mereka berkelahi sehingga menjadi terbakar dan rentung seperti kepak kupu-kupu. Tiada yang menang, yang musnah lebih jelas. Inilah yang sedang mengusik orang-orang menyangka diri mereka lebih baik daripada orang lain. Jagoan konon! Jagoan tengik! Kata orang seberang.

Mengata dan mengkeji orang lain, sudah menjadi bahan utama. Ini politik Islam ke bro? Mereka mahu membenteras sesuatu, sedangkan mereka tidak memahami diri mereka dan sejarah kewujudan diri mereka sendiri. Belum juga sangkakan menyerkup diri untuk mengenali tokoh Hamzah Fansuri, pemimpin unggul di zaman Sultan Iskandar Muda, kemudia diperangi oleh angkatan Nurudin, menghasut Iskandar Muda Mahkota Alam, supaya membakar kitab-kitab utama karangan Ulama unggul itu. Bro!@ Pembangkang, kalian ingin hidup dalam kekecuhan sepanjang lima tahun , sehingga mahu menggoncang tanah tercinta ini.

Angin ketandusan ilmu ini mengalir daripada utara, atau dari ibu kota?
Tidak ada anehnya semangat itu datangnya dari arah manapun, samalah seperti keberanian Sepanyol dan Portugis melibatkan perkataan 'syahid' dalam rohani mereka sewaktu mendatang sebelah Nusantara pada abad ke -15.

Berita dari kampus

Kita sedang berjuang dan akan terus memperjuangkan kemegahan disiplin ilmu.

Tips daripada tokoh penulis dunia

 “Saya boleh menahan segala-galanya kecuali godaan.” – Oscar Wilde “Lebih baik dibenci kerana diri sendiri daripada disayangi kerana bukan d...