Sunday, September 16, 2012

Teruskan keazaman sehingga luka di dadapun sembuh

Kerinduan tidak memaksa aku kehilangan arah, sejauh dan selebar mungkin aku terus melangkah tanpa sempadan. Arah tujuan tetap mengangkat martabat dan budaya, kehinaan bangsa yang diperlekeh oleh jiran-jiran tempatan. Bahkan taraf-taraf hamba di sekelilingku sering terancam oleh arus kemodenan tanpa batas.
Kita tidak perlu menangis di hadapan orang ramai. Kita amat sedih, sebak apabila kehilangan harga diri dan maruah.Disisiku sekarang hanyalah lautan kesedihan, api-api kebencianku semakin mendadak tiba meruntuni ku untuk melakukan sesuatu yang terbaik.

Monday, September 10, 2012

Perjuangan diteruskan membasmi menara riba di kota besar

Wargapura sering alpa dengan siapa mereka berurusan hari ini. Pendokong-pendokong kapitalisme lalu lalang di halaman rumah, mengintai untuk memberikan pinjaman, dan merompak berganda-ganda wang bunga lalu mengisi kantung di kerongkong mereka, perut, dan akhirnya keamanan terancam apabila pohon riba ini rendang.

Kapitalisme oh kapitalisme

Menara bank-bank tersergam menjulang puncak, meninggikan riba-riba, dengan sistem kapitalismenya menggila nasib anak-anak negeri pelbagai bangsa dan keturunan. Tidak dinafikan  keluarga Jews yang beranak-pinak dari Barat, melambakkan keturunan dan idealismenya ke pelusuk dunia. Inilah yang mempesatkan dan menyempitkan jalan di kota-kota, juga jalan pemikiran sekular lulusan luar dan dalam negeri, atas nama gah pencetus ekonomi global. Puak soldadu kapitalis ini tidak akan dapat bernafas dan menghirup keharmonian dalam sistem ketelusan sekiranya jagat raya ini diterajui oleh akal pemikiran yang Islamik. Mereka berpakaian tetapi telanjang, mereka memiliki segala-galanya, yang dirompak dari seluar dan penat lelah anak negeri. Mereka menggunakan bahasa timur dan barat, sesekali bercakap seperti iblis yang tidak kenal siapa Tuhan, siapa diri. Dengan jenama kereta baru, rumah yang diubahsuai sehingga santak ke pagar, seolah-olah tidak tahu ke mana hendak di buang duit yang telah mereka rampas secara bertulis dan percaturan-percaturan tertentu.
Mereka mengenakan bunga -bunga riba yang sifatnya wangi tapi  hitam. Itulah ancaman kepada anak pura yang culas dan bertindak menentang kezaliman pak kapital.Ragam mereka sama seperti peraih neraka bermain dengan bunga-bunga riba bercampur api. Di sekeling pak-pak kapital, anak-anak buahnya, sesiapapapun  berkeringat di jambangan menara-menara pasti azabnya akan datang. Ini sumpahan buat mereka, pengikut dajal, sesiapapa terlibat seolah-olah tiada lagi perkerjaan lain yang harmoni, wangi dan menyuburkan, tunggu saja , kerana malaikat maiut setiap hari mengintai bila nyawa kalian disentap kelua. kerana kalian degil dan buta petunjuk al -Quran.
Para pejuang yang sedang bertungkus lumus ingin melihat politik hari ini berada di kedudukan dan landasan yang benar, teruskan memahami isi hati warga. Keangkaraan puak si bangsat bersekongkol dan sedang berada di sempadan untuk kita hadapi. Dan untuk kita tewaskan kerana pegangan mereka hanya kapitalisme dan melambakkan berbilion keangkuhan di hadapan warga pura. Sekarang gerombolan ini sedang mengganas, mencari kealpaan wargapura untuk dibelit dengan kematian ringgit dan upaya ketenangan.




Monday, September 3, 2012

Bertatih, menuju ke langkah seterusnya

Semasa kecil kurasakan segar dalam ingatan anakku belajar berjalan, bangkit, jatuh dan menangis. Masa itu sudah empat belas tahun berlalu, dan kini kau sudahpun keluar dari daerah ini. Kau sedang menggilap menuntun kefahaman al Quran di Mahad Tahfiz, Ipoh, Perak.
Kau di masa kecil sering di sisiku, dan paling akrab tidur di sampingku. Ayah masih ingat ketika usia itu telah kita lalui jalan ke bandar Ipoh melalui Batu Gajah, melalui Taman Herba, Jalan Gopeng ke Batu Gajah. Kau sudah melihat, daerah itu sekali lagi bilamana musim cuti penggal ayah akan melalui jalan tersebut untuk menjemput kau pulang. Setelah empat belas tahun kita melaluinya, dan kini kita semakin kerap melaluinya.

Teruskan perjuangan di sana, dan akan kita telusuri lagi jalan-jalan kebahagian itu lagi. Dan jalannya panjang dan penuh cabaran yang dilalui, namun tabahkan hatimu. Ini sudah ketentuanNYA, dan ayah yakin inilah yang terbaik. Memang runtunan kerinduan senantiasa di dada kami, inilah hakikat kita sebagai manusia untuk memiliki sesuatu yang paling benilai sebagai bekalan di perjalanan dunia tambah lagi bermanfaat untuk akherat.

Ayah percaya kau tidak menangis lagi, dan bukan sekecil kanak-kanak yang senantiasa menghaapkan dakapan ayah dan ibu. Kuatkan semangat, kerana ayah senantiasa bertahajud mengiringi kalian dalam menuju kebaikan yang terpilih. Lihat, bukan semua layak untuk memahkotakan ayat-ayat Tuhan, hanya insan-insan terpilih yang dibimbing untuk ke arah mendaulahkan al-Quran. Bagaimana beberapa orang temanmu yang tidak diizinkan Allah untuk terus memiliki hikmah, dan dengan sebab dan akibat mereka tersingkir dari maahad.Semua ini terletak dan tersarung pada niat yang ikhlas.


Rakit

Lewat senja, rakit belum lagi tiba di jeti peraih di Teluk Intan. Semalam kami bertolak jam 2 pagi meredah kegelapan malam menelusuri arus. Berpandukan pengalaman salah seorang daripada kami yang pernah berakit bersama dengan ayahnya beberapa kali kami bertekad untuk meneruskan ekspedisi, sekadar memenuhi tuntutan dan keberanian menakah alam reamaja. Berseronok dengan kawan-kawan sekampung.

Buloh-buloh galah kami tetak, dan dijerut menjadi beberapa berkas untuk dijadikan sebuah rakit. Kamipun menariknya ke tepi sungai setelah kami jerut dan tarik keluar daripada perdunya. Kerja-kerja menebang sekitar beberapa hari sebelum dapat kami mengumpulkan di tepi sungai, buat pertama kalinya aku merasa bagaimana sukarnya kerjaya seorang penebang buloh.

Keberanian di sungai, melihat arus, merasai kedalaman dan ancaman-ancaman lain yang tidak di duga seperti kehadiran beberapa ekor buaya yang menghampiri rakit asing sesuatu yang tidak perlu ditebak. Cabaran untuk anak-anak kampung yang bersemangat kental, melalui kehidupan yang pernah dilalui oleh beberapa orang kampung untuk mendapatkan rezeki, rakit memberi semangat dan mengajar kami keperluan untuk berdikari.Apa yang kami tahu, ancaman memudiki arus ke hilir menghadapi pelbagai rintangan. Berhanyut hanya dikemudikan oleh galah, tanpa bantuan enjin, memerlukan kepakaran dan tidak boleh leka. Bila-bila masa rakit boleh berkecai disebabkan terlanggar tunggul-tunggul kayu yang tidak kelihatan di muka arus.Tambah gelap malam,rakit mengekor arus di sepanjang tebing, apa-apa yang menunggu kami di sebelah bawah dan sebelah atas, terutama julai-julai dahan kayu yang menjuntai di gigi air, kukira perjalanan ini bukan sesuatu yang menyeronokkan, selain mengundang mara bahaya.

Sebelum bertolak malam itu kami berkumpul di hadapan sebuah surau lama di baruh, tidak berapa jauh daripada rakit yang sedang menunggu kedatangan kami. Segala kelengkapan seperti makanan, biskut, minuman, lampu suluh, dan sebagainya kami siapkan sebagai bekalan di sepanjang perjalanan yang mengambil masa kira-kira 12 jam.

Keseronokan tergambar di wajah kami, seramai sembilan orang yang akan turut serta dalam ekspedisi berakit malam itu. Dengan doa dan lafaz bismillahirrahmannirrahim, kami mengungkai ikatan tali rakit. Di atas rakit kami sediakan sebuah khemah, sekiranya berlaku hujan dalam perjalanan.
Lebih kurang satu jam perjalanan melepasi Kampung Pulau Besar, sewaktu kelikatan gelap malam, tiba-tiba salah seorang daripada kami yang berdiri di haluan rakit menjerit meminta kami semua tundukkan kepala kerana ada dahan pokok di hadapan.Kami dengan segera menirap. Pemegang kemudi di belakang cuba menolak dengan menunjang galah, tetapi dasar agak jauh. masing-masing menirap mengelak daripada disapu oleh dahan pokok. Rakit berpusing seketika tetapi dapat dikawal balik oleh kawanku yang berpengalaman beberapa kali menemani ayahnya berakit.

Sunday, September 2, 2012

Perkembangan simulasi gula.

Masyarakat bertebaran di pelusuk bumi, di ceruk manapun manusia sedang meneroka, diakibatkan oleh ledakan teknologi produksi, sehingga fikiran manusia seumpama 'micro-chip', 'command-model', dan inilah disebut oleh Baudrillard, sebagai gejala simulasi. Budaya media dalam masyarakat konsumer, simulasi merupakan citra kepada suatu model produksi, dan kesannya mencetuskan konsep 'hyper-reality', sehingga terjelma pula keadaan dan pengalaman kebendaan dan ruang-ruang yang dihasilkannya. Bagaimana untuk mengaitkan dengan situasi manusia?
Manusia kurang abnormal, sehingga pascamodenisme melahirkan sebuah pentas kehidupan yang juga abnormal, manusia hidup dan berjalan seperti di atas air, di luar daripada kebiasaan hukum kebiasaan.
Membersihkan manusia daripada kejahatan dan kekejian yang telah dilakukan, membawa manusia ke alam tanpa noda dan dosa, bersih daripada pelbagai prasangka peperangan, pergaduhan dan persengketaan.
Pascamodenisme bertitik tolak daripada senjatanya iaitu media massa. Berlakulah pertentangan di antara nilai-nilai ideologis yang dibawa oleh media massa dengan nilai-nilai tradisional. Media massa kini menjadi gergasi yang menguasai pemikiran dan budaya manusia sehingga munculnya prasangka abnormaliti terhadap kekuasaan tersebut. jika dikaitkan dengan situasi manusia kelahiran ibubapa pascaindustri ini, tentulah jauh sekali sikap, sifat, kepercayaan, anutan, jangkauan akal mentaln ya daripada nilai dan moraliti, dan juga mitologisme. Semua keberangkatan ini menjadi kendur dan luntur akibat ledakan peprangan pascamodenisme. Memupuk seorang gadis yang terdedah dengan jaringan massa, sama saja terdedahnya bahagian-bahagian tubuh yang harganya lebih kecil daripa harga sekilo gula.

Berladang

Sudah lama aku meninggalkan lopak dan kocak, mengejar pilai dan meranduk petak-petak sawah. Kepanasan memijar dan lekitan lumpur di tubuh mengajar dan banyak mendorong supaya menghargai erti kemerdekaan, erti kebebasan, dan erti kepahitan. Hari ini mereka bersorak, menjerit meminta kebebasan, kebahagiaan supaya mereka dibebaskan daripada belenggu diskriminasi puak politik yang zalim. Anak-anak generasi baru yang tidak pernah menarah petak-petak sawah, lompong kepahitan dan kelaparan. Pejuang ! Mereka Reformis! Aku setuju kalian memperjuangkan keadilan, tetapi apakah yang kalian tahu erti penderitaan? Kalian hanya merenung dan tidak pernah merasainya. Untuk memahami perjuangan, berjuanglah dari dalam diri, bukan berbicara di atas air yang mengalir deras. Kemewahan bukan matlamat sebenar yang didambakan. Bukan! Jangan terpana dengan kebendaan yang dlihat hari ini, samada mahu memandu BMW, ataupun jenis apa kereta mewah. Kemenangan perjuangan bukan untuk itu. Jati diri yang disebutkan oleh para nasionalis, lebih mendalam maksudnya. Ada kekurangan dan kehilangan yang sedang dirampas daripada kita. Fikirkan, mengapa generasi perlu mempertahankan kemerdekaan, ingat! Kebebasan dan meruntuhkan kezaliman bukan dengan laungan dan sorak sorai, tetapi dengan ilmu dan keazaman di dada kalian.

Tips daripada tokoh penulis dunia

 “Saya boleh menahan segala-galanya kecuali godaan.” – Oscar Wilde “Lebih baik dibenci kerana diri sendiri daripada disayangi kerana bukan d...