Monday, September 15, 2008

Sungai lesu yang mengalirkan kenangan


Tanah halaman sewaktu kanak-kanak pasti telah lama berubah. Tapak rumah itu juga diselirati semak samun, hanya alas tiang batu saja yang tinggal menjadi nisan perjalanan usia rumah yang telah hilang dalam pandangan. Di hadapan tebing, arus sungai mengalir lesu hanyut entah berapa lama tidak pernah berhenti, membasah dan memukul tebing, sehingga dindingnya ada terpukul oleh arus deras waktu musim hujan.
Di tebing sungai dahulunya , terdapat sebuah tangga diperbuat daripada kayu untuk sampai ke gigi air. Di situ terdapat pelantar papan memudahkan sesiapapun untuk mandi, membasuh, atau mengajar anak-anak berenang. Aku tidak pernah bertanya kepada ayah mahupun nenak atau datuk, tetapi sejak aku dilahirkan pelantar itu sudahpun digunakan oleh kami semua.
Musim kami bermain pasir halus, mengutip remis, berlari mengejar warna pelangi di permukaan riak, telah lama kami anak-anak generasi impikan semula saat-saat indah bergelumang dengan alam dan ketabahan. Yang kami kutip, nikmati kewujudan yang asli dan tulen, betapa jernihnya deras arus, betapa dinginnya malam yang sepi, betapa merdunya burung-burung balam membisikkan rindu, semua yang dinikmati belum tentu dimiliki oleh orang lain.

No comments:

Tips daripada tokoh penulis dunia

 “Saya boleh menahan segala-galanya kecuali godaan.” – Oscar Wilde “Lebih baik dibenci kerana diri sendiri daripada disayangi kerana bukan d...