Thursday, September 25, 2008

Memang dia merancang

Lebih kurang jam 10 pagi, aku didesak oleh anakku bernama Zahid supaya menyediakan makanan, kerana katanya dia sudah lapar. Kebetulan aku tidak berkerja, anak-anak tidak kuhantar ke taska. Zahid berusia 5 tahun. Ipin darjah satu. Dia tidak bersekolah kebetulan ada peperiksaan di sekolah agama.

Setiap malam Ipin akan bersama-sama dengan abangnya ke surau Al-Hidayah, bersolat teraweh. Jikalau tidak dibenarkan, pasti melompat-lompat macam kera kena belacan. Seolah-olah di bulan Ramadhan, surau menjadi rumah kedua kepada mereka untuk bermain-main ketika orang sedang bersolat sunat.

Pagi tadi, kusediakan nasi goreng. Dikala aku menumis dan mencampurkan sebiji telur, aromanya sudah menganggu keimanan Ipin. Memang dia kuat berpuasa. Kerana habuan puasa, dia dapat bersama-sama abangnya yang lain pergi ke surau. Kalau tidak duduk di rumah saja. Itulah gertakan yang selalu membuat Ipin dan lain-lain mahu menahan lapar.

Tidak pagi tadi bagi Ipin. Selesai aku menghidang sepinggan nasi kepada Zahid. D\Ipin hanya duduk di hadapan adiknya itu, seperti mengendeng(bahasa Perak; bermaksud mengurat nasi adiknya). Bertaut mata Ipin merenung Zahid menyuap ke mulutnya sejemput demi sejemput.

Tidak lama, Ipin menghampiriku.

"Ayah!,,,malam ini Ipin tidak mahu pergi surau. Ipin nak duduk di rumah saja."

Aku melihat anak kecil berusia 7 tahun ini dengan rasa belas oleh nafsu yang digugah oleh adiknya. Dia tidak tahan. Budak berumur 7 tahun dapat berpuasa. Sudah banyak hari juga anakku yang ini berpuasa.

"Ayah,..Ipin tak mahu pergi surau,..tapi Ipin nak makan nasi goreng dengan Zahid." Getus Ipin.

Tiada siapa yang tahu,.apa yang ada dalam jiwa dan kalbu anak-anak tentang dasar keimanan. Taat kepada perintah Allah. Apa mereka tahu, puasa itu suruhan Allah.


Tapi,..di tempat kerjaku teman-temanb yang tidak berpuasa rata-rata berumur tua renta. Ada yang berumur 55 tahun.

No comments:

Tips daripada tokoh penulis dunia

 “Saya boleh menahan segala-galanya kecuali godaan.” – Oscar Wilde “Lebih baik dibenci kerana diri sendiri daripada disayangi kerana bukan d...