Saturday, September 27, 2008

Bukit sama didaki, lurah sama dituruni


Membangunkan keluarga, mewarnakan cinta membisukan marah, meskipun kita berkuasa melontarkan
jaringkan amarah sifat-sifat mazmumah
berfikir didalam basah wudhuk
menundukan zulmat.
Kita sepasang hamba
membara menukangi setiap lakaran
di kejerihan liku dan ronanya
pada sementaraan ini
zikir meniti usia.

Thursday, September 25, 2008

Memang dia merancang

Lebih kurang jam 10 pagi, aku didesak oleh anakku bernama Zahid supaya menyediakan makanan, kerana katanya dia sudah lapar. Kebetulan aku tidak berkerja, anak-anak tidak kuhantar ke taska. Zahid berusia 5 tahun. Ipin darjah satu. Dia tidak bersekolah kebetulan ada peperiksaan di sekolah agama.

Setiap malam Ipin akan bersama-sama dengan abangnya ke surau Al-Hidayah, bersolat teraweh. Jikalau tidak dibenarkan, pasti melompat-lompat macam kera kena belacan. Seolah-olah di bulan Ramadhan, surau menjadi rumah kedua kepada mereka untuk bermain-main ketika orang sedang bersolat sunat.

Pagi tadi, kusediakan nasi goreng. Dikala aku menumis dan mencampurkan sebiji telur, aromanya sudah menganggu keimanan Ipin. Memang dia kuat berpuasa. Kerana habuan puasa, dia dapat bersama-sama abangnya yang lain pergi ke surau. Kalau tidak duduk di rumah saja. Itulah gertakan yang selalu membuat Ipin dan lain-lain mahu menahan lapar.

Tidak pagi tadi bagi Ipin. Selesai aku menghidang sepinggan nasi kepada Zahid. D\Ipin hanya duduk di hadapan adiknya itu, seperti mengendeng(bahasa Perak; bermaksud mengurat nasi adiknya). Bertaut mata Ipin merenung Zahid menyuap ke mulutnya sejemput demi sejemput.

Tidak lama, Ipin menghampiriku.

"Ayah!,,,malam ini Ipin tidak mahu pergi surau. Ipin nak duduk di rumah saja."

Aku melihat anak kecil berusia 7 tahun ini dengan rasa belas oleh nafsu yang digugah oleh adiknya. Dia tidak tahan. Budak berumur 7 tahun dapat berpuasa. Sudah banyak hari juga anakku yang ini berpuasa.

"Ayah,..Ipin tak mahu pergi surau,..tapi Ipin nak makan nasi goreng dengan Zahid." Getus Ipin.

Tiada siapa yang tahu,.apa yang ada dalam jiwa dan kalbu anak-anak tentang dasar keimanan. Taat kepada perintah Allah. Apa mereka tahu, puasa itu suruhan Allah.


Tapi,..di tempat kerjaku teman-temanb yang tidak berpuasa rata-rata berumur tua renta. Ada yang berumur 55 tahun.

Wednesday, September 24, 2008

Anak-anak Ramadhan

Tinggal hanya beberapa hari, malam-malam Ramadhan dimeriahkan suara anak-anak di halaman surau. Keasyikan mereka bermain bersama teman-teman di bulan baraqah dan makmur ini. Mereka diantara mengisi bulan ini dengan riang dan gembira, walaupun kewujudan kanak-kanak lebih untuk bermain-main, berlarian di sekitar surau. Dan suatu ketika kelak, inilah saat-saat indah buat mereka terkenang sesudah dewasa, betapa di surau dan masjid merupakan tempat berhimpun segala keindahan dan kemuliaan. Tiada yang hadir di situ kecuali membuang sifat-sifat mazmumah. Membuang perasaan dendam dan benci sesama insan. Berselawat keatas junjungan Rasulullah s.a.w. Bergema hingga ke langit ke tujuh. Membersih rohani di bulan kemuliaan ini.

Itulah dunia kanak-kanak. Memeriahkan suasana malam-malam Ramadhan untuk bertemu rakan-rakan, bermain, berbual dan berebut-rebut meraih hidangan moreh.

Setelah dewasa, terkenang jua kepada arwah-arwah ibubapa, datuk nenak, saudara mara dan teman-teman yang telah dipanggil ke alam kekal abadi. Dan akan tiba giliran sesiapa yang bernama insan akan kembali juga bersama-sama arwah-arwah. Hidup di alam roh.

Berpuloh tahun lalu, kitalah anak-anak itu. Sekarang kita sudahpun dewasa. Tradisi itu bersinambungan pula kepada anak-anak kita. Mendidik mereka mencintai surau dan masjid di bulan Ramadhan ini, agar apabila mereka dewasa dan kita telah menjadi roh-roh di alam yang abadi, malam-malam terisi dengan laungan selawat,tasbih, serta bersedekah di atas nama anak-anak soleh.

Monday, September 15, 2008

Selalunya begitulah takdir Tuhan tiada terduga. Malam itu tiada rintik hujan yang turun, tiada salakan cengkerik mahupun anjing 'uncle' di hadapan rumah.
"Bapak sudah tiada,...."terdengar suara Fauzi lemah tetapi tenang.
"Innalillahirrojiun,,,,," daripada DIA kita datang, kepada DIA kembali.
Aku bingkas bangun menuju ke dapur. Minum segelas air dan duduk di kamar belakang.

Sungai lesu yang mengalirkan kenangan


Tanah halaman sewaktu kanak-kanak pasti telah lama berubah. Tapak rumah itu juga diselirati semak samun, hanya alas tiang batu saja yang tinggal menjadi nisan perjalanan usia rumah yang telah hilang dalam pandangan. Di hadapan tebing, arus sungai mengalir lesu hanyut entah berapa lama tidak pernah berhenti, membasah dan memukul tebing, sehingga dindingnya ada terpukul oleh arus deras waktu musim hujan.
Di tebing sungai dahulunya , terdapat sebuah tangga diperbuat daripada kayu untuk sampai ke gigi air. Di situ terdapat pelantar papan memudahkan sesiapapun untuk mandi, membasuh, atau mengajar anak-anak berenang. Aku tidak pernah bertanya kepada ayah mahupun nenak atau datuk, tetapi sejak aku dilahirkan pelantar itu sudahpun digunakan oleh kami semua.
Musim kami bermain pasir halus, mengutip remis, berlari mengejar warna pelangi di permukaan riak, telah lama kami anak-anak generasi impikan semula saat-saat indah bergelumang dengan alam dan ketabahan. Yang kami kutip, nikmati kewujudan yang asli dan tulen, betapa jernihnya deras arus, betapa dinginnya malam yang sepi, betapa merdunya burung-burung balam membisikkan rindu, semua yang dinikmati belum tentu dimiliki oleh orang lain.

Tips daripada tokoh penulis dunia

 “Saya boleh menahan segala-galanya kecuali godaan.” – Oscar Wilde “Lebih baik dibenci kerana diri sendiri daripada disayangi kerana bukan d...