Hikayat Alang Jaman
MIMPI selalunya datang semasa dia sedang tidur. Selalunya mimpi yang datang tidak semiak, entah apa-apa, terjungkir balik, ada masanya menyeronokkan, tetapi kebanyakannya menakutkan. kadang-kadang yang menjelma, wanita yang cantik, tetapi berkaki tiga, ada masanya yang muncul amoi, tiba-tiba bertukar gelap legam. dia tersedar. Subuh menjelma. Mimpi yang datang dan pergi tidak pernah memberikan kekayaan imaginasi kepada dia. Kata orang tua-tua, jika bermimpi selalunya akan jadi terbalik. Jika bermimpi mati, makna akan hidup lama. Manakala jika mimpi hidup, usia tidak panjang. siapa hendak mempercayai naratif mimpi, terserah. Dia samasekali tidak akan mempercayainya. Ini kerana dia selalu bermimpi terjumpa wanita berkaki tiga yang cantik, bukan menjumpai emas dalam tempayan.
Alang Jaman watak manusia yang pernah hidup dari zaman pemerintah Inggeris, kemudian apabila Jepun datang, dan kemudian Inggeris datang semula. Usia dia sangat panjang dikurniakan oleh Allah. Dia hidup sehingga sekarang. Usianya sekarang mencecah 125 tahun. Masih sihat.
Oleh Prikasti
Prolog
Fragmen kali ini berupa naratif pendek dan terpecah-pecah seperti serpihan biskut yang tinggal serdak dalam balang. Memburu masa silam yang semakin menjauh. Ataupun seperti menatap bintang-bintang yang bertaburan di langit, apabila dapat dikumpul menjadi kumpulan-kumpulan bintang ianya akan menjadi cahaya yang menerangi kegelapan malam. lebih terang daripada cahaya matahari.
Peristiwa demi peristiwa berhubungan rapat antara satu sama lain sama juga seperti serpihan kaca menjadi cermin. Atau memantulkan sinar yang menyuluh jalan-jalan ke hadapan.
Setidak-tidaknya akan
memberikan kebaikan ataupun menghindarkan keburukan daripada sebuah peristiwa
yang dipaparkan. Menaburkan kata-kata yang
terpilih sangatlah sukar, untuk dijadikan permata. Tetapi inilah hakikat tentang
kita dan peristiwa banyak manfaat yang boleh dijadikan renungan dalam
perjalanan hidup mendatang. Peristiwa lalu dapat dijadikan panduan dan
kemanisan walaupun banyak kepahitannya. Tuhan sedang menguji, kerana manusia akan menjadi kuat setelah menerima ujian.
Bagi saya mana-mana pengalaman yang dilalui seperti sebutir benih yang jatuh ke tanah lalu
tumbuh jadi pohon yang hijau rendang. Lalu berteduh di sebalik titik renungan. Samada baik mahupun
buruk setiap pengalaman yang dilalui, ambil ia sebagai asam garam di dalam kehidupan.
Setiap pengalaman seperti sebuah lukisan contengan warna warni. Jadi lukisan wajah diri, biarpun manis atau pahit. Apabila tergantung di dinding, orang lain akan menilainya
daripada sudut pandang yang berbeza. Mungkin buruk bagi orang lain, tetapi baik untuk
diri kita. Mungkin juga baik bagi kita, tetapi buruk bagi orang lain.
Umat
Islam di negara kita selama seratus tahun kebelakang mengalami kemunduran, ataupun
ke hadapannya juga akan tetap sama. Dilema di antara sekularisasi dalam kebudayaan
Barat menghayun makna agama sehingga berguguran satu persatu nilai-nilai bangsa kita. Pasca modenisme, selepas Barat pulang mereka bukan pulang dengan berlenggang kangkong, mereka tingalkan bahana
yang mencengkam. Masyarakat kita dirosakkan, setelah kekayaan bumi ini disedut mahu-mahunya.
Yang ditinggalkan kepada kita, adalah satu sistem yang tidak yang mencerahkan umat
dan tidak merungkaikan kekeliruan berfikir. Masyarakat terus diganggui pelbagai
kejahatan, dengan sifat-sifat samseng, rasis, daya social yang tidak dapat
dikawal dari sudut politik, persengketaan, perpecahan. Kesakitan yang mencengkam dan memerlukan sebuah karya yang kanon untuk memecahkan kebuntuan.
Dan
nanti berakhir dengan epilog rindu terhadap tanah leluhur. Seperti kisah
seorang anak yang sering menyanggah, membantah kata-kata nasihat daripada ibunya. Si anak menunjukkan dia lebih pandai
dan menganggap melawan cakap ibunya sebagai mainan dan ocehan, tetapi dalam
masa yang sama perasaan si ibu terguris. Dia tidak menangis di depan anak-anak.
Dia bersikap diam membisu, dan di waktu malamnya dia bertahajud. Dalam doanya
dia memohon kebaikan, dan keselamatan terhadap si anak. Si ibu tidak pernah
bercerita tentang doa dan permohonannya kepada Allah. Si ibu selalu mengalah
apabila dikasari dengan sikap perengus si anak. Buruk baiknya seorang anak
terletak juga daripada doa yang dipohonkan oleh si ibu.
Bahasa yang sehingga akhirnya dia tidak lagi mendengar
suara santun daripada ibunya lagi. Ibunya telah pergi meninggalkan tanah
leluhur ini dan hanya meninggalkan kepingan kenangan di dalam kehidupan ini.
Dalam diam dia tercari-cari wajah si ibu.
Dia merenung ke arah langit, melihat butiran bintang-bintang bercahaya
gemerlapan dan tiada sebutirpun yang dipanggil akan menyahut. walaupun dia dapat menyaksikan keindahan
ciptaan Tuhan. Ibunya telah hilang untuk selama-lamanya.Ibunya telah bersatu
dengan alam lain milik ciptaan Tuhan. Dia pergi Bersama n kesedihan dan rasa
terkilan akibat si snak yang sering meningkah pandangan menderhaka.
Walaupun
tangan kita masih boleh dikawal namun ia tidak dapat mengawal kebodohan dan
kealpaan kita sendiri, walaupun kejahilan boleh dibersihkan dengan ilmu, agar
kejahatan nampak lebih terang daripada bulan. Namun, amatlah payah menolak musuh
yang tidak pernah terlihat oleh mata kita. Apatah lagi bisikan yang tidak pernah didengari
oleh pancaindera kita.
Terasa
tidak jujur atau tidak perlu mengaku ada otoriti intelektual, apabila
berhadapan dengan fenomena marginal, kendatipun mereka seperti ahli sihir
negara. Menghapuskan jerangkap rasuah. Susah, kerana menerima rasuah itu suatu
nikmat yang ketagih. Rasuah merupakan santapan nafsu yang lazat apabila kerap
diamalkan. Rasuah merupakan amalan tidak berbudi dan keji, budi dan akal
menjadi luntur di mamah amalan rasuah. Kerana disebabkan rasa tamak dan haloba,
perbuatan inilah yang menghancurkan diri kita sendiri. Paling dasyat ia
melibatkan manusia yang jujur dan baik.
Mereka
adakalanya menemui ajal, apabila dilanggar oleh lori tanah yang dipandu oleh
lelaki rakus. Lori tidak mengikut skala puspakom, kerana lori tersebut boleh
sahaja dengan mudah melepasi piawaian ketat yang disediakan. Gejala rasuah
ibarat hendak menghapus bayang-bayang sendiri. Nampak kesungguhan
penguatkuasaan tetapi itulah bayang-bayang yang tidak dapat dihapuskan sama
sekali. Fungsi brek tidak diselia dengan baik, membawa lebihan muatan, pemandu
bersikap acuh tak acuh tanpa memikirkan
keselamatan orang lain. Sudah tiba masa, seluruh pemandu di negara ini,
dipanggil oleh pihak keselamatan negara supaya disekolahkan semula, dididik dengan
sifat-sifat motivasi, kursus dan demerit. Ini dikeranakan angka kemalangan terlalu
tinggi. Bukan soal kecil lagi. Bukan angka bawah meja lagi. Kematian di
jalanraya mengalahkan kematian dalam peperangan.
Ramai pengguna jalanraya telah
terkorban, akibat amalan rasuah di kalangan penguatkuasa. Kesalahan boleh
dibayar dengan kompaun, agar dengan denda itu menghalang manusia bersifat rakus
dan tidak berhati perut. Kesalahan memandu laju, dengan perasaan ego dan
tengeng, tanpa memikirkan bahawa yang menggunakan jalanraya itu ada manusia
lain yang sifatnya tenang dan kusyuk. Apakah di atas jalanraya juga ada
perasaan ingin menuntut balas, keberanian melawan nasib yang membimbangkan.
Sikap
pemandu paling aktif suka membelok ke kiri atau ke kanan tanpa memberikan lampu
isyarat. Kesannya, telah ramai pengguna lain yang terlibat dengan kemalangan
sehingga mendapat kecederaan parah, cacat dan meninggal dunia. Saudara saudari,
adakah sedikit cuma menggunakan otak yang dikurniakan oleh Tuhan menjatuhkan maruah
diri anda? Mereka memandu jenis kereta,
lori yang besar dan mewah, namun sifat-sifat peribadi yang bermaruah
tidak dipraktikan di atas jalanraya. Hal ini membuktikan kalian bacul dan
perilaku kebinatangan, lebih teruk daripada itu. Tidak kira berkopiah,
berserban, Nampak ahli ibadat, perilaku buruk ini dilakukan oleh sesiapapun,
hingga hilang sopan santun agama di atas jalan raya.
Sebuah
lori trelar yang tersangkut disebabkan system gearbox yang pecah sewaktu
mendaki bukit. Jalan sempit, berselekoh tajam. Sepatutnya drebar truk
cepat-cepat turun dan memasang tanda amaran segi tiga, atau segi tiga
keselamatan. Sepatutnya begitu, kerana untuk memandu barang dagangan, seseorang
itu wajib memiliki lessen kelas perdagangan, GDL. Apa akan berlaku sekiranya
tiba-tiba meluru sebuah kereta atau motorsikal melalui jalan itu, dan
terserempak dengan lori yang tersangkut. Tentunya menerima padah. Yang salah
ialah pemandu lori yang tidak mematuhi peraturan jalan raya. Inilah sikap buruk
yang selalu dilihat oleh Alang Jaman.
Ada
suatu peristiwa yang tidak kurang hodohnya. sewaktu dia memandu untuk pulang ke
kampung. dalam perjalanan terlihat arah belakang seorang yang agak berumur,
sewaktu dia membelok untuk memasuk ke simpang kanan, dia masih menghormati
dirinya sendiri, memberikan isyarat, walaupun dalam masa yang sama tidak ada
kenderaan lain mengekorinya dari belakang. Ketika itu aku baru sahaja
melepasinya. Inilah sifat manusia sejati yang berbuat baik tanpa mengira
tempat, dan malaikat pasti mencatitkan kebaikan ini. Inilah amalan soleh, yang
diperintahkan oleh Tuhan melakukannya. Bukan hanya membilang buutiran tasbih,
tetapi perilaku tidak melambang ajaran Islam yang sebenar. Berbeza dengan hamba-hamba Nya yang lama
tinggal di taman di atas bukit di Saujana. Kecenderungan untuk berfikir menjadi
hamba yang baik ini tidak semestinya diperolehi di menara gading ataupun berkerjaya
yang bagus. Perangai dan sikap ini lahir apabila seseorang tahu menghormati
orang lain. Hal seumpama ini bukan disebabkan terkucainya Jemaah dalam politik,
tetapi disebabkan oleh sifat peribadi yang rakus dan tidak terpimpin oleh iman.
Dia
meminati drama, filem kerana di dalam seni persembahan tersebut mendatangkan
kesan emosi yang baik, timbal balik buah fikiran yang digarap dengan baik.
Malangnya drama ataupun filem yang dihidangkan kepada masyasrakat hari ini
rendah mutunya. Hanya ada beberapa drama dan filem yang boleh dibanggakan
kerana nilai-nilai perjuangan yang diutarakan. Seperti filem yang dilakunkan
oleh Ahmad Yatim, Rahim Razali
Peranan drama dan teater hari ini
tidak membawa kepada pemikiran ‘avant -garde’. Rasa takbur, bangga diri, puas
hati merupakan celaan yang dihadam oleh pengguna jalan raya. Kemalangan jalan
raya yang berlaku harus disalahkan pengurusan, Menteri yang terlibat,
peengarah-pengarah yang terlibat. Undang-undang diperketatkan. Denda
dilipatgandakan supaya pengguna jalanraya sedar tanggungjawab menjaga tingkah
laku, menghormati pengguna lain.
Seorang Menteri mati meninggal
lambakan emas dan perak, apakah selama hidupnya sewaktu sedang bertaubat tidak
bersegra untuk memberikn sedekah separuh daripada harta bendanya kepada rakyat.
Lalu untuk siapa ditinggalkan harta benda yang begitu banyak. Kamu pemimpin ada
tugas yang besar dan bukan untuk menzalimi rakyat. Kamu sebenarnya ada wacana
untuk membangunkan tanah leluhur. Itulah kejujuran.
Setelah
merdeka, mereka bertanya dan meragui, mengapakan perlunya merdeka, sekiranya
bangsa tidak menikmati kemerdekaan tersebut. Satu peringkat seorang petani yang
baru menikmati merdeka, memiliki kerbau dan ternakan ayam, itik, kambing dan segala jenis tanaman kontan, kemudian dirampas oleh tuan
tanah, dengan membayar harga-harga semua miliki lelaki itu dengan harga yang
sedikit.Apakahingin merdeka apabila tuan-tuan berkuasa dan merampas hak milik
bangsanya sendiri. Hendak melawan bererti mati. Seperti zaman penjajahan
Inggeris, Belanda dan Jepun dahulu. Orang yang akan selamat ialah mereka yang
pandai bermuka dua. Menjadi talibarut. Kemerdekaan bukan bererti tentang kerbau
kerbau yang dirampas, tetapi lebih bernilai daripada itu, merdeka ialah lawan
kata dari penjajahan, soal kehidupan yang aman dan harmoni dalam skala yang
besar dan beridentiti. Dunia material yang bersifat objektif, dan dunia roh
yang bersifat subjektif.
Alang Jaman di masa mudanya adalah seorang seorang penuntut yang gigih belajar sehinggalah cita-citanya tercapai. Semasa belajar di universiti dahulu dia sering membaca studi orientalisme Barat, bagaimana Barat memandang Timur. Orang sebelah Timur yang lebih banyak beralah, lemah lembut, berbudi bahasa, lalu inilah peluang kolonial membenamkan kuku mereka ke leher pribumi.
sebagai hamba-hamba kerdil yang boleh dicengkam tengkuk mereka. Kerana
orang Timur punya otak tetapi tidak mahu berfikir. Beragama Islam tetapi tidak
memahami isi kandungan Al-Quran. Islam mereka Cuma ikutan, tetapi tidak
mendalami al Quran mereka sendiri. Kerana itu mereka itu sangat mundur. Kata
setengah orientalis Barat, orang Melayu agak formal dalam beribadah, tidak bersungguh-sungguh. Tidak mendalam Tauhid, mereka juga membaca al-Quran, tetapi tidak memahami dan mengkajinya.
iya-iya untuk berzikir, berpakain
secara sederhana, berbeda dengan keadaanya apabila mereka menyambut hari-hari
perayaan
Seorang lagi hamba sahaya, yang bernama Alang Petia tidak pernah lupa pada sejarah perjuangan bangsa. dia mempelajari bidang sejarah, kerana untuk mengenali watak-watak pejuang yang terkorban demi mempertahankan tanah air, bangsa , agama.
Dia lahir sebelum Perang Dunia Kedua tercetus. Ketika bendera Jepun
berkibar di utara tanahair usianya mencecah lima tahun. Pada mula dia melihat
orang-orang kampung bersorak gembira dia mendengar orang-orang kampung
Perkembangan ilmu sains berentetan sejak Abad Pertengahan. Pelbagai ciptaan
teknologi dilakukan oleh saintis mereka merangkumi agenda yang mengandungi
rahsia-rahsia yang tersembunyi disebalik falsafah mereka. Ketika itu
mesin-mesin muncul seperti raksasa menyedut jauh ke dasar perut bumi tanahair,
lalu kekayaan itu dihantar pulang ke tanah leluhur mereka di Barat. Anak
pribumi dilatih memahami pemikiran mereka, walaupun ramai di antaranya menolak
perampasan tidak berhati perut itu. segelintir pribumi di hantar bersekolah
Inggeris supaya mudah mengurus tanahair bersama dengan mereka. Sebahagian lagi
menentang dan tidak mahu bersekongkol, sehingga pihak penjajah menghantar buruh-buruh
asing daripada luar untuk berkerja di ladang, lombong, buruh-buruh kompeni
Inggeris. Orang-orang Melayu tidak mahu menjadi bangsat. Mereka masuk sebagai
perompak di tanahair ini. Alang lahir di Pasir Salak, tanah perjuangan
Sama juga
penciptaan mesin-mesin yang dihasilkan oleh pimpinan Timur Jauh ini-Jepun.
ALANG PETIA mencintai Tanah Melayu, bangsa
dan agama yang dianuti orang-orang Melayu iaitu Islam. Dia melihat kemunduran
orang-orang Melayu berfikir. bangsanamun dia juga menyantuni kemajuan, dan
tidak menolak sains dan teknologi. Apa-apa sahaja yang ada kaitan dengan Melayu,
termasuk budaya, bahasa,
filsafat,
sastera, seni bina, seni ukir, dan sebagainya menjadi sebahagian
daripada dirinya. Tidak sekadar mencintai malah memeliharanya. Keberadaan
Melayu jangan siapa-siapa memperkotak-katikkan apatah lagi menghinanya.
Mempertahankan Melayu sama ertinya menjaga
maruah diri. Alang
Petia merupakan tokoh bangsanya yang memiliki halusinasi yang aneh. Tidak hairanlah dia dikenali diperingkat tempatan mahupun di kalangan sarjanawan universiti.
Alang
Petia bukanlah nama
sebenarnya, ia merupakan nama jolokan yang diberikan oleh beberapa
orang kenalan karibnya, dan kebanyakan daripada mereka ramai yang sudah menjadi
arwah. Nama
timangannya lebih popular daripada nama yang sebenarnya, Alang Petia. Daripada asal usul namanya terhasil, dia acapkali menyaran agar orang yang mendengar
penjelasannya dengan kalimat ‘mike petia,’ Dalam ertikata dia lebih suka mengajak orang lain
memikirkan sama masalah yang timbul. Ada timbal balik dalam arus fikiran dalam
berkongsi rasional yang efektif. Nama sebenarnya ialah Alang Ahmad bin Alang Laba. Meskipun orang telah melupakan nama
sebenarnya tetapi orang tidak akan melupakan kebijaksanaan serta jati dirinya mempertahankan kebudayaan Melayu.
Mengenali tokoh budayawan ini
begitu mudah. Di samping terlihat keterampilan dirinya yang berwajah bersih,
berjambang kemas, dan kelebihan yang dimilikinya ialah kecerdikan. Namun
kecerdikan berfikir yang dikagumi orang adalah kerana tabiat suka membaca,
berfikir, berzikir yang telahj diamalkan olehnya semenjak kanak-kanak lagi. yang tulen ada ciri-ciri lain lagi yang sebati
dengan dirinya. Dia tidak pernah tidak menanggalkan songkok hitam yang selalu
dipakainya. Walaupun songkok itu semakin lusuh, dia sangat menyanyanginya.
Dia lebih selesa dan nampak tampan dengan baju batik yang bercorak pucuk
kayu. Baik
menghadiri majlis rasmi, atau tidak rasmi dia hadir dalam pakaian tradisinya.
Malahan semenjak dia bertugas sebagai guru lagi dia sudah rasmi begitu. Dia
selalu ingat pesanan dari ustaz yang mengajar dia mengaji al-Quran; di kepala
ada akal, anugerah Allah S.W.T yang paling bernilai dalam diri manusia, ianya
wajar dimuliakan.
Dia
juga berasa
bangga kerana songkok sebagai identiti kemelayuan. Hingga ada di antara kawan-kawannya
menambah-nambah lagi pelbagai gelaran kepadanya; Alang Songkok Baldu, Alang Petia Anak Melayu, Alang Petia
dan
berbagai-bagai gelaran seumpamanya. Namun biar apapun orang memanggilnya, dia
tidak ambil peduli, sebaliknya timbul rasa bangga dalam dirinya. Orang
berseloroh demikian lucu, tidak luak baginya, tetapi jangan sekali-kali
memperleceh hal-hal kemelayuan, jangan memperolok-olok kehebatan bangsanya, jangan
pula disindir pada suatu yang tidak kena pada tempatnya, naiklah darahnya.
Melenting juga dia. Tercabar juga kesabarannya. Silap-silap hinggap penampar ke
muka. Apabila dia
naik amaran keluar dari lidahnya, ‘tampor
tak bertanya,’ elok-elok cepat berundur, itu petanda dia ‘naik syeikh’, cepat-cepat
beralah, jangan tunggu lagi. Beredar segera. Inilah tabiat baran yang tidak
baik ada pada dia.
Alang
Petia sudah
dikelilingi oleh masyarakat yang tertawan dengan budaya asing. Yang hampir-hampir melupakan
budaya dan bahasa sendiri. Kebanyakan, mereka bukan sahaja memesrainya, malah
berasa bangga dengan budaya yang baru itu. Oleh itu dia sering mengajak
masyarakat supaya berfikir, meletakkan satu wacana bagaimana kaedah untuk
membenteras kebudayaan asing. Derasnya kerosakkan yang dibawa arus asing lebih
cepat daripada arus yang turun dari gunung. Lebih memburukkan keadaan, bangsa
sendiri jadi petualang, menikam dari belakang. Ini tentang aliran pemikiran,
idealis, reformis dan pembudayaanb baru yang akarnya terbenam di sebelah Barat.
Ada juga dikalangan masyarakat yang tidak setuju dengan pemikiran Alang
Petia. Menyanggah dengan kata mereka, “dalam dunia yang baru, berfikir perlu jauh melepasi
sempadan, jangan jadi katak di bawah tempurung. Apa yang berlaku merupakan
sunatullah,”
Alang Petia
menentang sama sekali pandangan demikian. Benar! Apapun yang asing perlu dipertimbangkan, bukan
bulat-bulat diterima. Setakad mana identiti dan jati diri dipertahankan, sehingga sisa-sisa budaya
yang adapun tidak
mampu dipertahankan, kerana sudah disedut kesemuanya. Maka keraplah kalangan para
akademik, para sarjana universiti, tokoh-tokoh pembicara budaya, sejarah dan
sastera berkumpul di daerahnya membuat seminar, wacana dan diskusi mengenai
kemelut yang mengancam masyarakat. Melalui pendekatan yang dilakukan oleh Alang
Petia inilah, masyarakat telah menghormatinya sebagai budayawan Melayu.
Orang-orang yang mempertikaikan kewibawaan dan keseriusannya melihat
terancamnya kemelayuan, mulai akur.
Sebenarnya struktur pemikiran kemelayuan yang telah membenih dan tumbuh
di kalangan masyarakat di daerahnya, bukan perkara baru. Para pemimpin tempatan sejak sekian lama telah
memelihara dan mengawal pertumbuhan kependudukan, status, dan taraf agar tidak
dimasuki oleh pihak asing. Sesiapapun tidak dibenarkan memajak tanah di mukim
itu kepada orang luar. Tidak dibenarkan samasekali pelabur-pelabur luar membeli
tanah dalam daerah itu. Malahan tidak dibenarkan orang asing bermukim di situ
untuk berniaga, walaupun membuka kedai jahit. Pengawalan terhadap orang
kmasukan orang asing sudah lama berkekalan, semenjak Residen Inggeris ditombak
oleh Si Puntung. Inilah daerah yang paling celaka, kurang ajar dan tidak bertamadun. Menolak
kemodenan.
Tradisi inilah yang hendak dipelihara oleh Alang Petia. Menghalang
kemasukan budaya asing, termasuk orang asing dan pemikiran orang asing ke dalam
masyarakatnya. Sebilangan tokoh politik tempatan bersetuju dengan tradisi itu.
Ada juga yang menentang, tetapi tidak dinyatakan dengan terang kerana akan berisiko.
Sensitif. Taksub. Sehingga ke hari ini kita masih mengimpot segala-galanya
daripada luar. Tidak mahu membina logi perusahaan milik negara. Gembeleng hasil
bumi tempatan dan dijual pula ke seluruh dunia.
Oleh
demikianlah, agak lewat rumah Alang menerima teknologi, kerana dia cuba
menghalang kemasukan peti t.v ke rumahnya. Baginya cukuplah sebuah radio
sebagai penerimaan berita-berita semasa. Agak lama jugak dia menolak akhirnya,
didesak oleh isteri dan anak-anaknya, berjaya juga peti t.v itu masuk ke dalam
rumahnya. Bermula saat itu, semakin pesat budaya asing meresap masuk lalu
menyingkirkan budaya tempatan. Dia gagal menghalang. Lama kelamaan Alang Petia
rasa selesa dengan kedatangan teknologi
dan katanya lebih nyaman dan tepat mendengar warta berita melalui peti
t.v.
Bermumendatangkan
apa-apa kemudaratan. Sehari demi sehari banyaklah budaya asing meresap masuk.
Alang Petia, sudah mempertia begitu lama, kemasukan budaya asing ke dalam
kampung sejak di bawah jajahan Inggeris
lagi. Tamadun luar telah banyak meresap
masuk ke alam Melayu. Dia sendiri banyak membaca dalam buku-buku, kesan
pengaruh Barat ke dalam masyarakat Timur. Budaya rasuah juga merupakan buday
iblis, yang diajar kepada orang kufur, untuk menakluki kota Melaka, atau
membunuh Dato Sagor dan Dato MaharajaLela. Ketika itu seorang Melayu yang
dibayar dengan lumayan oleh Inggeris untuk mengalahkan kumpulan yang sedang
mempertahankan tanah ibu pertiwi, Pasir Salak. Rasuah dengan wang ringgit untuk
menakluk Pasir Salak, dan orang Melayu keseluruhannya.
Pemikiran
yang horizontal berteraskan kepada Allah dan Rasul, akan membawa kebaikan
kepada kehidupan manusia di atas muka bumi ini. Kenapa kita tidak dapat
mengawal tangan-tangan daripada akal fikiran kita sendiri, mengawal kebodohan
kita lebih mudah daripada membakar tangan-tangan dengan api neraka.
budayaHanya
dia satu-satunya merasa senang dan bangga memakai songkok. Malahan
kawan-kawan yang seangkatan tidak gemar bersongkok. mereka lebih suka memakai
pelbagai jenis topi yang datang dari dunia sebelah barat. berumur daripada dia, sudah lama tidak betah
memakai songkok. Dalam tahun 60an dan 70an, boleh dikatakan semua peringkat
usianya, memakai songkok, kecuali tuan-tuan guru memakai serban dan berkopiah.
Sekarang sudah terbalik, kerana semua orang kampungnya ramai yang memakai
kopiah, ikat serban, dan tidak kenal mana tuan guru, mana makmum. Bagi dia, ini
perubahan. Kerana kesan daripada pertembungan budaya sehingga masyarakat
memilih bertopi, dan langsung tidak memakai apapun. Alang sudah maklum, songkok
yang dipakai, adalah produk budaya, ada kaitan dengan ideologi, sejarah
bangsanya. Biarlah apabila orang melihat songkoknya, sekilas, orang boleh
mengaitkan dengan adat budaya Melayu. Dia bangga.
Teluk dan cuba mempersenda-sendakan maruah
Melayu Dia akan
bersama-sama ikut berjuang di barisan hadapan untuk mempertahankan bahasa
Melayu. Dia memahami tanggungjawab dan fungsi diri sebagai Melayu yang beragama
Islam, dan sebagai orang Melayu yang ada jati diri. Pernah dia disanggah oleh
temannya; mencintai Melayu tidak salah tetapi jangan ada perkara-perkara yang
bercanggah dengan syariat agama kita, dan semenjak itu diapun berhati-hati.
Tidak sembarangan dalam ertikata dalam mempertahankan Melayu ada perkara yang
harus dipertahankan. Dia sedar.
Alang Petia mengaku dia tidak pandai menulis puisi, tetapi dia kerap
menulisnya bila berkesempatan. Setiap puisi yang ditulis tidak dihantar
mana-mana penerbitan. Dia menyimpannya dalam fail-fail yang di simpan dalam
biliknya. pernah disiar dalam akhbar ataupun majalah sastera. Sejak itu dia
hanya menulis puisi untuk melepaskan buah fikirannya, walaupun tidak lagi
mengharapkan ada pihak menyiarkan puisinya. Sudah hampir tiga puluh tahun dia
mencintai sastera dan menulis puisi.
menghadiri majlis-majlis atau diskusi yang berkaitan dengan sastera.
Pernah dia menghadiri majlis baca puisi di kota Kuala Lumpur, beberapa tahun
lalu. Dia berazam dan memberanikan dirinya untuk membaca puisi yang ditulisnya
sendiri. Setelah tiba dalam majlis tersebut, sesiapa boleh tampil membaca
puisi, tetapi seluruh tubuhnya jadi mengigil untuk membaca puisinya di tengah
kelompok penyajak pada malam itu. Dia rasa puisi yang ditulisnya tidak sehebat
puisi orang-orang yang telah tampil di atas pentas. Dia terasa kecilnya dia
pada malam itu. Akhirnya puisinya tersimpan dalam poket seluarnya sehingga
selesai majlis.
sering mendeklamasikan puisi
mereka pada setiap malam di bawah pokok rendang. golongan membaca puisi bukan
golongan sasterawan yang berkobar-kobar menjeritkan puisi mereka di tengah
pentas. Dia tidak tahupun menulis puisi, tetapi dia sering membaca puisi yang
tersiar dalam majalah ataupun akhbar.
dia rasa
mencintainya dan wajar dipertahankan. Orang tidak perlu mempertikaikan, mengapa
dia mencintai Melayu lebih daripada mencintai Islam, sedangkan Alang Petia juga
dikatakan orang masjid. Melayu dan Islam tidaki dapat dipisahkan. Sebuat
Melayu, pasti dia Islam, kerana Islam telah menguasai dalam kehidupan orang
Melayu sejak abad ke 12 sehinggalah hari ini.
Siapa lagi yang wajar memelihara khazanah dan keunikan ketamadunan
Melayu ini, jika bukan Melayu itu sendiri. Alang Petia memahami Melayu, selain
daripada dia sendiri berketurunan Melayu, dia juga banyak mengetahui tentang
bangsanya melalui bahan bacaan, selain mengutip ceirta lisan daripada
orang-orang lain, terutama daripada orang-orang tua yang ditemuinya. mengkaji perihal Melayu, melalui bacaan.
Meskipun tidak kesemuanya dia tahu.
Lingkungan Dia bersungguh-sungguh mempertahankan keunggulan budaya
yang ditinggalkan oleh warisan leluhurnya. Walau beretikam sampai ke titisan darah yang
terakhir. Itulah tekadnya. Walauapapun yang melibatkan bangsa Melayu dia akan
mempertahankan. memiliki jati diri, niatnya hendak mempertahankan maruah dan
peribadi bangsa. Dia sudah bertekad untuk menyumbangkan tenaga, harta dan
segala yang termampu untuk berbakti kepada agama, bangsa, dan tanah leluhurnya.
Dia
menghayun-hayunkan kedua belah kakinya. Pangkin yang terletak di bawah pokok
mangga depan rumahnya, sambil merenung ke arah sungai yang sedang mengalir
lesu. Aduhai nyaman, apabila diusap oleh angin petang yang bertiup lembut, satu
nikmat yang jarang orang memikirkan penciptanya. Sambil itu dia merebahkan
badan, merenung langit yang biru. Tompok-tompok awan putih jernih hidup seperti
batu karang di puncak langit.
“ Sekarang kau sudah pulang, Hasyim,”kata
teman lamanya, juga bekas ahli parlimen.
Dia kebiasaaanya semenjak dahulu suka membantu oranglain, kerana itu tsudah
menjadi tabiatnya menyeluk tangan kanan ke dalam poket seluar.
“Saya
sudah balik untuk membantu tuan dalam krisis politik di daerah kita, dan saya
tidak perlukan sumbangan dari tuan.”
“Kalau
tidak ada duit kita tidak boleh bergerak Hasyim.” pujuk kawan lamanya.
“Ya,
kita perlukan, pada masa tertentu nanti. Kita perlu terbitkan majalah, buku dan
risalah kebenaran, dan sebarkan ke setiap isi rumah yang ada di mana-mana.”
“
Orang semua sudah tahu, tidak perlu lagi risalah atau majalah. Orang sudah tak
membaca akhbar lagi. Banyak syarikat akhbar sudah gulung tikar.
“
Ini ikhtiar kita, mula-mula orang akan menolak pandangan, dan akhirnya mereka
akan membuat pertimbangan, kerana sebenarnya mereka juga sayangkan bangsa dan
tanahair yang mereka duduki ini. Tanah leluhur kita.
Menerbitkan
akhbar penting, tapi juga menimbulkan rasa takut segelintir orang, kerana orang
tidak selesa dengan propaganda. Masyarakat sekarang lebih suka maklumat yang
bersifat linear dan biar mereka membuat ramalan mereka sendiri. Kerana itukah
sebuah syarikat akhbar terbesar tanah air telah gulung tikar.
“
Dan aku tidak salah pilih, melantik kau menyertai aku dalam usaha yang besar
dan murni ini,.”
“
Ramai lagi? Siapa lagi?” tanya Hasyim.
“
Semua penduduk menyokong, semua keturunan pahlawan, kita dari daerah pejuang.
Kita
perlukan ra mai menyokong di
seluruh tanahair, kita kena kerja serentak, seperti perjuangan Dato Onn,
mencabar Malayan Union,” tegas Hasyim.
Bangsa
ini perlu ada kesedaran sejarah bangsanya. Mereka sudah terlupa itu semua. Kita
akui kesalahn demi kesalahan telah dilakukan oleh kalangan pemimpin parti.
Mereka tamak yanga sangat luar biasa. Mereka membina kekayaan peribadi yang
sangat luar biasa.
Sahabatnya
angguk, sesekali gelengkan kepala, ikut setuju apa yang dilontarkan oleh Hasyim.
Hasyim
seorang bekas pegawai yang bertugas di makmal bahagian patologi. Dia bukanlah
seorang pakar, cuma bekas kerani di bahagian patologi. Dalam kajian yang
dilakukan oleh seorang doktor di situ menemui sejenis wabak yang hanya ada pada
ahli-ahli politik, dan merebak ahanya di kalangan tokoh-tokoh besar politik.
Dia ditemui virus ini di sebelah Eropah Barat, di sekitar semenanjung Cicily,
dimana dalam sebuah rumah tua milik Niccolo Machiavelli. Virus ini akan mati
bersama dengan pemilik tubuh, tidak merebak, yang merebak cuma fahamannya.
Boleh berjangkit melalui pembacaan kawan-kawan mereka. Agama tidak ada dalam
hati mereka. Kecuali ‘survival’ untuk diri mereka smata-mata.
Hasyim
juga melkihat keistimewa sahabatnya itu, dalam dunia politiknya dia bersih dan
tidak terlibat dengan skandal yang menjejaskan namanya.
‘Semangat untuk menentang
penjajahan memuncak, marak seperti api yang sedang memakan hutan musim kemarau.
Ayuh !Kita bangunkan bangsa kita yang sedang tidur. Bangkitkan bangsa kita yan
sedang leka dibuai mimpi. mpi. berap-api di mana-mana. Kita berdarah pahlawan,
kita keturunan daripada tanah leluhur yang tidak pernah takut cabaran dan
gelombang. Tentu kalian ternanti-nanti sudah sekian lama, semangat itu datang.
Di atas bumi yang bertuah dan keramat ini kita berdiri, berikrar untuk
mempertahankan dari angkara pihak musuh. Mereka bukan alang kepalang, sudah
lebih dari kurang ajar terhadap ketuanan kita di bumi ini.’
“Tok
! Tok !,. Alahai,. atok bermimpi lagi.”
Hasyim
termenung sejenak, di sisi Saerah sambil tersenyum. Beberapa helai daun melayang jatuh ke tanah.
“Pukul berapa sekarang ?” Tanya Hasyim, sambil tersenyum melihat cucunya.
“Dah
nak dekat jam 5 petang, tok.” balas Saerah.
“Mimpi
yang sama juga ke, tok ?”, tanya cucunya lagi.
Dia
tidak menjawab, cuma menganggukkan kepalanya, sambil mengusap kepala Saerah.
“Nanti
malam. Selepas tok balik dari surau, bolehlah tok sambung cerita perjuangan
sebenar orang Melayu,” pujuk Saerah.
“Insyallah,”
balas Hasyim. Dia tidak berani menjanjikan waktu dengan cucunya, kerana selepas
solat Isyak malam itu dia perlu menghadiri satu mensyuarat dengan bekas ahli
parlimen yang kalah pilihanraya yang lepas.
Dia
juga merasakan kejatuhan Haji Sidin sebagai ahli parlimen, memberikan tamparan
yang hebat kepada parti,
Hasyim
teringat beberapa tahun sewaktu dkia tinggal di kota, di mana-mana orang Islam
bangkit untuk mencari cahaya kebenaran. Dan cahaya yang menerangi bertebaran di
mana-manapun. Kebanyhak masjid dan surau, orang mencari hidayah yang turun dari
langit. Setiap waktu orang ramai bersolat di masjid. Apatah solat subuh,
jumlahnya lebih ramai daripada waktu-waktu solat yang lain. Timbul rasa
kehairanan dihatinya.
Tetapi
waktu itu sudah berlalu, kejadian yang berlaku disebabkan orang ramai merasakan
nyawa mereka cuma tinggal beberapa hari lagi. Kerana ada seorang ustaz yang
datang daripada negara jiran mengatakan kiamat akan berlaku beberapa minggu
lagi. Katanya, lagi orang-orang yang banyak dosa perlu bertaubat, orang yang
rasa sudah bertaubat perlu memperbanyakkan taubat juga.
Ada sejarawan tempatan mengatakan kekalahan askar sultan Melaka sewaktu
serangan angkatan Feringgi, disebabkan oleh ada musuh dalam selimut dikalangan
orang Melayu sendiri, apabila orang-orang yang belot diberi habuan oleh pihak
musuh. Hal yang sebenarnya ini telah disimpan oleh pihak sejarawan Barat.
Benarkah ?
‘Di luar sana generasi
muda sedang bergelut dengan ruang yang perlu dipilih ramai peminat pemuja
mencari nama menconteng hidup di atas air mengalir, tidak menghiraukan ke mana
arus mengalir pergi, sama ada ke hilir, atau ke mudik ke pinggir lereng
perbukitan. Perbukitan dan tebing-tebing tanah milik negara, milik rakyat,
milik masyarakat, milik pribumi, telah di pungkih, dicebak, dibajak oleh enam
jahanam politik.
Oleh kerana peminat di
luar sana tersangat ramai, mereka kuat, sukar ditewaskan melalui modul
peperangan fizikal. Maka, berperang dengan mereka bererti mati sahaja seperti
seekor katak. Tidak berpingat, tiada dikenang kerana kebodohan, kerana kelemahan
fikiran, tiada bersatu teguh, tiada kesungguhan di dalam aktiviti ekonomi,
tiada tulang belakang sedikitpun, kerana itulah bangsa ku terbatuk-batuk takut.
Pahlawan tanah Igbo, Okonkwo telah
kecundang untuk membela dan menyatukan kaumnya apabila kedatangan kolonial
British. Ketangkasan dan kesasaan tubuh tidak dapat mengekang kelicikan pihak
Inggeris daripada berpijak dan menyebarkan anutan Kritian dalam bangsanya.
Bangsa yang maju dan berjaya mengalahkan kekuatan fizikal apapun bangsa di
benua, baik Afrika, dan Asia. Perpecahan di kalangan masyarakat berpunca
tangan-tangan pemimpin yang berkuasa menentukan masa hadapan negara mereka.
Tawaran kebendaan telah memecahbelahkan masyarakat, terutama di saat-saat getir
dan imej yang dicacatkan oleh tangan-tangan yang berlumuran lumpur nista.
Jangan gejala itu terjadi di bumi tercinta ini.
Kebudayaan Barat telah menjajah dan
menguasai dunia kontemporari, dengan bantuan kepakaran sains dan teknologi, dan
persekongkolan dengan pentadbiran daripada bangsa tempatan yang jahil, telah
menggerunkan semangat kita. Mereka takut melawan lgbt kerana akal budinya sudah
korup. Mereka takut dikalahkan oleh kebudayaan Barat yang bernuansa baru.
Inilah yang paling menakutkan,
apabila pihak-pihak yang melunaskan peraturan, mereka hampir dibayar ataupun dibayar
dengan harga yang murah oleh masyarakat kami. Rasuah bukan suatu komedi, bukan
drama, tetapi pemerintah kehilangan maruah, energi, kehilangan bilik-bilik
syurga untuk rakyatnya. Mengapa pemimpin negara semanjung ini tidak mahu
memikiran rakyatnya, agar tidak dimasukkan ke dalam api neraka. Malah mereka
ada yang mengejek-ngejek perbuatan yang baik itu diselaraskan. Mereka lebih
suka makan rasuah dan mengeluarkan juga najis rasuah yang ternyata, sama pada
penglihatan mata kasar, tetapi dari sudut batinnya, sangatlah keji dan hina.
Ada penyokong yang menyokong politik
daripada faham. Ada yang menyokong kerana disebabkan benci dan dendam, dan ada
yang menyokong politik kerana ketokohan pemimpinnya. Ada yang menyokong politik
kerana kecerdikannya. Mengapa tokoh yang
suatu masa disanjung, kemudian hari dilupakan dan dibenci. Seperti berlaku di
tanah jiran, orang mengecam Sukarno kerana membiarkan Partai Komunis menjadi
sebagai bessar dan mengancam. Di tanah emas ini, ada puak yang mengangkat parti
komunis, juga menerima nasib yang sama. Kerana ajaran tersebut bertentang
dengan ajaran Islam, system yang diturunkan olehj Allah. Pencipta Alam. Tidak perlu cucu cicit fahaman komunis
mengangkat peninggalan mereka sebagai khazanah negara. Kerana empunya tanah
keramat ini tidak betah hidup bersama dengan fahaman ciptaan manusia. Mereka
boleh bersedih dengan kekalahan perjuangan komunisme, tetapi tidak boleh
mengingkari perjanji social yang dimenterai. Sepatutnya kamu snang lenang di
atas tanah ini dan ucapkan rasa terimakaslih kepad empunya leluhur.
Akhirnya beberapa buah buku yang
masih belum aku telaah, dibasahi air hujan. Aku meletakkan sejumlah buku di
bahagian bawah lantai kerana di atas rak buku sudah tidak dapat menampung.
Salah satu buku yang separuh basah, cepat-cepat ku bukan balutan plastiknya dan
membuka helaian pertama. Sebuah novel Pramodeya berjudul Larasakti.
pernah juga buku-buku ku berenang di atas air, kerana rumah sewa dilanda banjir. Bayangkan setahun dilanda banjir sebanyak tiga kali.di sebabkan air sungai yang melinpah, sehingga mengalir membuak masuk ke dalam parit yang mengalirkan air buangan. Ini bukan disebabkan oleh bencana alam, tetapi sikap manusia yang rakus terhadap pembangunan, pembanguan di sebe;lah hulu sungai, manakala dipinggiran sungai hidupnya kalangan pendatang yang membina rumah di tanah rezab JPJ,
Di sungai itulah mereka membuang segala sampah sarap, dahan-dahan kayu, batu batan serpihan pembinaan rumah, dan mungkin juga najis-najis, sehingga sungai yang dahulu airnya jernah seperti turunnya air dari Lembah Himalaya. Aduan dinuat berkali-kali terhadap kekotoran dan sikap pendatang ini, bukan sahaja di sungai yang berdekatan dengan rumah sewaku, malah sungai-sungai yang ada di mana-manapun masyarakatnya tidak ambil peduli.
Alang Jaman pernah hidup pada tahun 1960-an, 70-an, dan ,pernah bersama-sama meraikan zaman tersebut.