Thursday, November 21, 2024

Malam Puisi Palestin Di Surau Al Hidayah





 Perjuangan dalam kata-kata puitis mengangkat maruah Islam, maruah umat, maruah Palestine. Untuk berdakwah mengajak manusia ke arah kesempurnaan, banyak cabangnya, dan banyak rantingnya. Kata-kata yang indah, bersimpul urat kata, bertingkah sendi bahasa. Malam Puisi Palestine. Kita akan meneruskan usaha-usaha sehingga ke penghabisan kata terakhir.


Berakit menyusuri kegelapan arus

Sifat anak jantan dan juga rasa keberanian tidak dimiliki oleh semua orang. Perasaan ini timbul daripada tercabar dan merupakan ciri-ciri anak kampung yang bergelumang dengan selut, lumpur, kubang, kesakitan dan cabaran. Dan  sesetengah ibu bapa yang tidak terlalu takutkan kecelakaan menimpa anak-anak mereka. Biarkan mereka hidup secara alami, kerana sepanjang hidup mereka dipelihara oleh Tuhan yang memelihara. Lalu lahirlah anak-anak yang berani berhadapan dengan secagala cabaran dalam hidup mereka.  Itulah jiwa sebenar yang ada dalam diri anak-anak kampung kami.

Rasa keinginan untuk menjadi lelaki yang tahan lasak dan berhadapan dengan cabaran, tiada  siapa yang memaksanya. Sebagai kanak-kanak yang lahir di kampung, tentulah ciri-ciri kampung itu penuh dengan kemiskinan, kelaparan, rintangan, tahan lasak, dan tidak takut untuk mempertahankan diri daripada sebarang ancaman. Bila otak kita sedikit bergerak akan terasa benarnya, apabila ramai anak-anak muda kampung yang memasuki tentera. Mengapa. Bukanlah kerana ketika itu anak-anak muda  terpaksa, atau dipaksa, atau kerana kemiskinan. Kerana di kampung kami dikelilingi dengan bendang, bukit dan cangkat ditanam pokok getah, dan ada sebatang sungai yang besar dan panjang, yang sudah tentulah terdapat  sumber protin di dalamnya. Jadi, mengapa anak-anak muda memilih tentera sebagai pekerjaan. Ini disebabkan menjadi tentera, kami akan mengangkat maruah dan bangsa sebagai bangsa Melayu yang berani mempertahankan tanah air. Kami tidak rela bumi kami inni dirampas oleh orang asing, apatah lagi selepas Jepun menyerang dan memerintaah beberapa tahun, penduduk kampung kami menahan duka dan derita penderitaan seperti mana orang lain merasakan peritnya di jajah bangsa asing. Apa pulak sebabnya mereka yang asing tiba-tiba hendak masuk ke kampung Melayu dan mendakwa ini tanah mereka. Cis,...ini tanah berdaulat bangsa Melayu, bukan tanah orang asing. 
        Yang paling keparatnya, siapa membenarkan mereka ini memiliki sejengkal demi sejengkal tanah pusaka. Semenjak kesultanan Perak, pertama, dan entah berapa lagi kesultanan, habis tanah-tanah kita dibahagikan sesama mereka. Siapa yang jadi dalang dan keparat dan sial membahagi-bagi tanah milik ketuanan Melayu ini. 
    Kegelapan malam di atas rakit buluh sejauh berpuluh-puluh kilometer, banyak rintangan dan masa berbahaya melintasi arus. Rakit tiada motor, tiada layar, hanya mengikut arus ke hilir untuk sampai ke Teluk Intan sepantas mungkin. Anak muda kampung berani dan sanggup memikul beban.
Malam itu, dalam pukul 12 malam, bulan tidak begitu terang. Awan juga tidak begitu kusam. Seramai 9 orang nekad ke hilir dengan 190 buluh yang diikat bersama membentuk rakit. Tiada siapa yang mendoakan pemergian kami, selain berharap Allah menjadi Pemberi Rezeki Kami anak kampung yang sudah biasa dengan kesusahan.
Rakit itu mengikut arus pergi dan balik ke hilir Ia tenang, selesa dan pengalaman baru buat kami.

Di sinilah kami mulakan permainan

Tidak mudah untuk menguasai sesuatu permainan yang tidak pernah kita mulakan sejak kanak-kanak. Sukan tenis amat janggal dan sebagai anak Melayu di pinggir kota, sukar untuk mempelajari sukan ini dengan berterusan. Disebabkan tiada lapangan yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk anak-anak Melayu bermain sukan tenis. Entahlah, daripada dahulu, sukan ini tidak disediakan di sekolah-sekolah, apatah lagi sekolah yang terletak di kampung-kampung. Siapa yang bersalah dalam ini, apabila anak-anak Melayu tidak ramai yang bermain tenis. apa salahnya menteri belia dan sukan tegas dalam hal untuk memajukan sukan tenis di tanah air kita. 

Kesedaran ini aku sendal dengan keazaman, agar anak-anak dapat menguasai permainan ini, bekalan mereka untuk beriadah di masa akan datang. Kerana itu aku mengajar mereka cara bermain tenis. Dan dengan semangat mereka telah belajar dan apabila mereka bercuti, aku dapat bermain bersama dengan mereka. Disamping itu aku cuba mencari bahan-bahan pengajaran daripada mana-mana ruang, agar terus memperbaiki cara-cara permainan ini. 





 

Jalan-jalan di desa



Mencari kuburan, berjalan sejauh beberapa kilometer untuk menziarahi ayahanda yang sudah berpindah. Dahulu ayahanda tersenyum menyambut kepulangan anaknya di muka pintu dengan senang sekali menyambut kunjungan anak-anak. Hari ini senyuman itu telah tiada menunggu di muka pintu itu. apabila aku pulang, aku menanti pintu itu dibukakan, namun tiada lagi senyuman mesra ayahanda di situ. Aku kecewa dan kehilangan wajah yang senantiasa ceria menyambut kami. 
Dahulu setiap kali aku pulang, kadang waktu pagi aatau petang, aku akan melalui jalan kecil ini berjalan kaki sambil menghirup udara segar desa Pasir Panjang Laut, Sitiawan. kini hala laluan, apabila berjalan membelah udara pagi, aku ke kuburan  ayahanda. 
 

Tips daripada tokoh penulis dunia

 “Saya boleh menahan segala-galanya kecuali godaan.” – Oscar Wilde “Lebih baik dibenci kerana diri sendiri daripada disayangi kerana bukan d...