Pabila azan diseru,
menyeru warga menuju jalan yang lurus
ada pendengaran hatinya mati
ada jiwa tapi tidak beriman
untuk melangsungkan sunah Rasul
menyeru warga menuju jalan yang lurus
ada pendengaran hatinya mati
ada jiwa tapi tidak beriman
untuk melangsungkan sunah Rasul
Inilah kezaliman yg sedang ketara berusungan, kita sedang berhadapan dgn kegetiran lagi,
sesuatu yang dilalui dengan pengalaman baru dan perubahan sosial akan menambahkan pengalaman utnuk kebahagiaan diri daripada faedah terus menimpa tanpa sedikitpun kerugian. masa terus berlalu tanpa menoleh kebelakang
Itulah sebahagian daripada karya, apabila karya hanya bermula dengan sebaris kata, menjadi kata-kata, lalu menjadi sahabat atau menjadi musuh, boleh juga menjadi cinta dan juga menghancurkan negeri atau bangsa. Kata-kata menjadi lagu, jadi orkestra, menjadi perang, menjadi saudagar, jadi kaya raya,mejadi sedih ata marah, daripada sebuah kata dan makna. kata juga menjadi sebuah kamar yang cantik dan sempit atau penjara yang sakit.
Betapa besar dan berjasanya kata-kata. Jadi puisi , jadi novel, jadi stesyen radio. Kata-kata menjadi bahasa orang politik, Mengasah semangat dan keramat,bersemangat dan akhir kata-kata menghumban keparat.
Seorang peserta surau mendapat perintah kurantin dalam rumah selama sepuloh hari. Adakah dia positif? Masing-masing tertanya-tanya, tercangak bangak ingin jawapan. Dia bukan bekas HIV, Covid ? Itu perkara biasa yang berlaku dalam kalangan manusia mutakhir. Dia bekas kumpulan komunis? Apa itu demokrasi, langsung tak faham.Sekali ini dia berpegang kepada tali sunnah sehingga mengaku diri ya ahli sunnah waljamaah.. sedangkan dia toidak menuruti jaran sunnah sebenarnya. Sampai bila dia akan memahami akan ajaran dan makna Islam yang menjadi anutannya, sedang dia tidak membuka al Quran untuk menyelidekinya. Hari-hari bersolat, hari-hari berkelapangan, dia membuka dan mengaji, tetapi maknanya tidak dihayati,.Sistem hidup kita salah, sehingga tidak mahu diperbetulkan. Perbetulkan sekarang, jangan tangguh lagi.Apakah segera masuk syurga , sedang masih meletakkkan kemewahan di bawah ayat-ayat al-Quran.
Perjalanan hidup kita telah salah. sistem berfikir kita juga salah. Perbetulkan sekarang.
Puisi Untuk Ayah
Kasih ayah mencurah menyirami rohani dan jasmani. Usiaku hilang dibawa usia, menitit garisan senja. Tinggalah ayah di pusara damai dan tenan di sana.Telah hilang keperitan dan kesakitan yang ditanggung selama hayat, telahhilang resah gelisah dan duka kerenah anak-anak yang menyakitkan, telahn hilang resah yang jerih. Walau ayah menjadi asing, aku kehilangan doamu, aku jadi lara, tiada teman tempat bermanja.
