Saturday, August 7, 2021

Esok adalah hari ini

 hari ini adalah semangat untuk esok

kebangkitan yang baru

subur tanah segar menumbuhkan benih

hidup sepohon beribu tahun merendang

tidak gentar dimamah angin matahari dan mimpi

hari ini merasai  muda dan mekar

kuntum-kuntum usia kembang seranum matahari

menjadikan amalan-amalan berakal, sihat dan bertenaga

menjalankan agama seperti terkandung dalam Al-Quran

tidak dibiarkan cemar ditangan penunggang agama yang bertopeng

serban dan jubah

dunia ini, perlu diberesi

daripada pendusta-pedusta menghukum berdasarkan kepercayaan yang rapuh

kekejaman tidak dapat ditukarkan kepada Tuhan

hanya dengan menumpu soal zikir, tasbih dan memegang mahzab

semua ini tidak dapat menukarkan bunga-bunga amal kepada syurga

itu sekadar persepsi bikinan sendiri

No comments:

Tips daripada tokoh penulis dunia

 “Saya boleh menahan segala-galanya kecuali godaan.” – Oscar Wilde “Lebih baik dibenci kerana diri sendiri daripada disayangi kerana bukan d...