Monday, April 6, 2020

Bahasa Beruk Di Musim Wabak


Bahasa Beruk Di Musim Wabak
Dalam musim wabak ini beruk-beruk berkeliaran
muncul di tengah masyarakat bertopeng manusia
mencari peluang untuk berkata-kata
memberikan pandangan
memberi ujaran
melontar pemikiran
kononnya jaguh di gelanggang.

ternyata fikiran si haiwan itu
akalnya tidak berfungsi
ujaran dan kata-kata tidak berhemah
ilmu linguistiknya lemah
kasar, busuk, buruk dan keji
tidak berpendidikan
aduhai
adakah  Melayu tersumpah seperti Bani Israel
jadi beruk yang hina.

setahuku bangsa Melayu maju corak berfikirnya
berguru dengan pendeta  Za'aba
mengenal  pantun, bidalan dan peribahasa
yang kaya dengan seloka dan simpulan bahasa
terkenal  perbendaharaan tatabahasa seluruh warga dunia
mendalami semantik dan persuratan
bahasa murni asal usul bangsa
maka lestarilah bahasa
mengikut bentuk dan susunan
jika tidak pincanglah masyarakat.

Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.

No comments:

Tips daripada tokoh penulis dunia

 “Saya boleh menahan segala-galanya kecuali godaan.” – Oscar Wilde “Lebih baik dibenci kerana diri sendiri daripada disayangi kerana bukan d...