Saturday, March 21, 2020

kita menuju kepada pencipta

ada di kalangan teman-teman berkata
dunia sedang dilanda musibah,
pabila jalan menuju ke rumah-Mu lenggang
sepi melainkan deru angin di pepohonan
rumah-rumah terbungkam sepi
warga saling mencurigai

Dan terdengar kejauhan surah-surah al-Quran
dari sudut malam yang hening, berbaur dengan dengkur
kelu menyatakan ini  malapetaka
bukan satu daerah wabak
bahkan segenap daerah dalam  peta 
Covid-19 menghinggapi setiap pelusuk dunia
sayap-sayapnya mengepak mengapung  gunung ganang,
merentasi samudera nan luas
berita ini amat mengemparkan
seluruh dunia gementar tragis.


Betapa besar anugerah Ilahi   
dikalanganku bertanya,
mengapakah iman perlu diuji oleh Sang Pencipta?
aku tiada jawapan, sepertimana seorang guru Murshid
sekadar yang biasa-biasa 
satu subuh yang bening terdengar muazin menyeru keimanan
tiada yang berjemaah, kecuali sebaris saf yang pendek
sedang hujan masih melanda
apakah yang kekurangan dalam seruan!
dimanakah cahaya  keimanan
setelah virus bersayap ke langit nanti?
adakah jalan menuju ke rumah Dia tidak sepi lagi!

No comments:

Tips daripada tokoh penulis dunia

 “Saya boleh menahan segala-galanya kecuali godaan.” – Oscar Wilde “Lebih baik dibenci kerana diri sendiri daripada disayangi kerana bukan d...