Thursday, January 2, 2020


'Kume Oghang Lame', Sekolah Tepi Tebing (1973-78) Loghat bahasa orng Perak Tengah, Kg Gajah.
Nukilan, Prikasti

Pertemuan hari itu sederhana, namun amat  bermakna
nikmat dapat bertutur serta bertingkah pengalaman
terukir   senyuman teman-teman  seusia 
wajah-wajah berubah memukau mata
sesudah puluhan tahun menghilang tanpa jejak
separuh abad usia muncul. 


pertemuan bertaut ramah
kerinduan akhirnya terlerai  
selang dan tingkah masing-masing
menyingkap  helaian  cerita lama  
zaman kanak-kanak
persaudaraan terikat tak terungkai
mengutip helaian demi helaian  kenangan
yang tersangkar dalam ingatan.

Setelah dewasa, melalui jalan yang panjang 
serta matang dengan pengalaman
di  daerah bersejarah nan subur kita lewati.
 
Sekolah lama tepi tebing, 
dinding papan bertiang batu
agam di pelupok mata, di sanalah  kita
belajar menulis, membaca dan mengira
diajar sang  guru,   jadi  manusia yang mulia
mengajar cara muafakat,  mengekal adab serta hormat.  
menghafal lafaz merdeka bumi Melayu  
mengalir semangat keberanian Maharaja Lela dan Tok Sagor.
 
Kita lahir di daerah pejuang
dalam darjat yang setara
aman  dan rasa bangga 
tanah pertiwi  mewah budaya akal warisan  
tahu berbudi, menghormati adat nan luhur
nasihat ibu dan ayah
jadilah  insan berbakti pada tanah air
tidak alpa  asal diri.





No comments:

Tips daripada tokoh penulis dunia

 “Saya boleh menahan segala-galanya kecuali godaan.” – Oscar Wilde “Lebih baik dibenci kerana diri sendiri daripada disayangi kerana bukan d...