Friday, June 30, 2017

Merenung buih-buih di pesisir pantai




Ombak yang menghempas saban detik yang tiada henti-henti, secara semula jadi miliki kuasanya sendiri.  Ombak itu yang datang dan pergi. Meninggalkan hamba Tuhan, seorang demi seorang tidak lagi datang merenung ke arah laut, di pantai itu. Melainkan usianya akan terus demikian sehingga ombak di lautan jauh itu mulai kering. Lalu mereka yang datang dan pergi tertanya-tanya. 
 Oh Ombak yang berderu, kini aku masih lagi di sini duduk melihat keindahan. Masihkah ada lagi  ketenangan. Ketika ini suatu waktu dahulu, aku ke sini bersamamu, anak-anak. Kau masih kanak-kanak lagi. Kisah akan bermula dan yang tua telah pergi meninggalkan kita. 

No comments:

Tips daripada tokoh penulis dunia

 “Saya boleh menahan segala-galanya kecuali godaan.” – Oscar Wilde “Lebih baik dibenci kerana diri sendiri daripada disayangi kerana bukan d...