Saturday, March 22, 2014

Kudatangi gedung dan rimba ilmu, kukitari pelbagai sudut teori dan apresiasinya.

Udara dari bukit Menara Gading terasa segar. Saya akan meneruskan langkah demi langkah untuk mencapai matlamat dan objektif menimba ilmu di sini. Rakan-rakan kita sedang berkayuh menyusuri deras dan liku-liku, bosan dengan tabiat belajar, tetapi impian mereka untuk mendaki tidak akan padam.Membosankan belajar, benarkah? Tidakkah belajar itu akan berterusan sehingga kita berhadapan dengan kematian. Orang di sekeliling sewaktu sedang sakaratulmaut akan mengajar kita supaya mengucap dua kalimah syahadah. Jadi, belajar merupakan kaedah kita umat Muhamad untuk masuk ke syurga. Orang-orang yang bodoh, tidak akan dapat memasuki syurga disebabkan dia jahil. Apabila dia jahil, hukum hukum agama akan dilanggar, maksiat akan dilakukan, disebabkan oleh kerana dia ketiadaan ilmu disebabkan enggan menuntut ilmu. 
    Jadi, tidak usah bermalas-malas dalam menuntut ilmu, baik ilu duniawi dan ukhrawi. Dua- dua ilmu yang dipelajari itu sama-sama penting. Kerana hidup di dunia ini penuh dengan cabaran, dilalui dengan ranjau dan duri, berliku-liku dan jauh perjalanannya. Untuk menyiapkan diri supaya perjalanan itu selamat, perlu diiringi dengan ilmu pengetahuan. Zaman kini untuk meningkatkan pengetahuan diri, dengan ruang gedung ilmu mudah, dan banyak institusi yang menyediakan fakulti fikiran. 
        Ada fikiran kecil dikalangan bangsa kita yang anti-intelektual. Mereka ini tidak sanggup menghadapi cabaran dalam hidup. Kebanyakan mereka ini fikirannya bertumpu pada sekitaran yang remeh temeh dan pengecut. Sikap mereka begini dikhuatiri akan merosakkan masa depan negara yang sedang menuju kepada negara cendiakawan. Kebanyakan mereka tidak suka bersaing dalam fikiran, sebaliknya suka mencari perbalahan dalam amalan. Terutama dalam hal-hal agama pegangan ahli sunnah wal jamaah, mereka masih bergelut dalam mempertahankan sehingga sanggup meninggalkan sunnah yang lain iaitu berhubungan baik sesama manusia. 

No comments:

Tips daripada tokoh penulis dunia

 “Saya boleh menahan segala-galanya kecuali godaan.” – Oscar Wilde “Lebih baik dibenci kerana diri sendiri daripada disayangi kerana bukan d...