Jadi, tidak usah bermalas-malas dalam menuntut ilmu, baik ilu duniawi dan ukhrawi. Dua- dua ilmu yang dipelajari itu sama-sama penting. Kerana hidup di dunia ini penuh dengan cabaran, dilalui dengan ranjau dan duri, berliku-liku dan jauh perjalanannya. Untuk menyiapkan diri supaya perjalanan itu selamat, perlu diiringi dengan ilmu pengetahuan. Zaman kini untuk meningkatkan pengetahuan diri, dengan ruang gedung ilmu mudah, dan banyak institusi yang menyediakan fakulti fikiran.
Ada fikiran kecil dikalangan bangsa kita yang anti-intelektual. Mereka ini tidak sanggup menghadapi cabaran dalam hidup. Kebanyakan mereka ini fikirannya bertumpu pada sekitaran yang remeh temeh dan pengecut. Sikap mereka begini dikhuatiri akan merosakkan masa depan negara yang sedang menuju kepada negara cendiakawan. Kebanyakan mereka tidak suka bersaing dalam fikiran, sebaliknya suka mencari perbalahan dalam amalan. Terutama dalam hal-hal agama pegangan ahli sunnah wal jamaah, mereka masih bergelut dalam mempertahankan sehingga sanggup meninggalkan sunnah yang lain iaitu berhubungan baik sesama manusia.
