Saturday, November 22, 2014

Pantun Urban

Tuan Panglima pergi ke Siak
singgah bermalam di Inderagiri
awasi tapak negeri dipijak
Baca serapah pelindung diri.

Ilmu ibarat sinar permata
bagai perisai penghias diri
selagi tak puas malam berjaga
hingga alpa hari dah pagi.

Wednesday, July 30, 2014

Awal sem. di UKM

Bersama teman-teman seperjuangan yang relatif muda remaja, kita sedang berlumba-lumba mendapatkan ilmu di gedung tersergam. Dengan penuh semangat dan harapan kita mencari titik akhir tujuan dan matlamat.

Bergerak didalam kesunyian


Tiada lagi teman-teman membuang fikiran untuk dikongsi melainkan aku menyelami dasar dan berenang sendirian ke pantai, nun nan masih jauh. Walaupun masih bermimpi dan diharapkan impian akan sampai juga ke matlamat yang dituju.Agar kalian yang masih bertumpu dan berjanji untuk berjuang, teruskan !USM hanya meninggalkan ingatan dan mula bertapaknya keinginan untuk mengilap minda dan bercita-cita menghancurkan cita-cita musuh di sekeliling.

Saturday, April 5, 2014

Sebuah ruang, di rusuk waktu

Kalaulah masa masih dapat dirungkai direntang semula, ingin aku menitinya walaupun sekejap saja. Jika dapat masa lalu 
Jikalau taring waktu dipancung jambatan kasih, ingin rasanya memupuk harap dan melihat sinar persaudaraan.

Friday, April 4, 2014

Kegembiraan mereka seperti segugus angin

Tiada lagi pertemuan yang akrab seperti zaman kanak-kanak kerana masa telah merubahkan segala-galanya. Kalian sedang membesar diheret waktu yang memotong seperti sebilah pedang, pantas, tajam dan segala zaman kanak-kanak telahpun berlalu.

Memendam rindu

Hanya menatap catitan silam terasa sebak meruntun jiwa, sukma menarah lara, inikah kehidupan dan adatnya perlu dikesani, terpaksa diharungi meski berdarah cinta, meski memabuk rasa rindu yang membenih. Kehilangan yang tidak bertepi akan terlerai bersama azali , kudekati cinta, kurengkuh segala warna warni kasih yang luruh sepanjang musim.

Saturday, March 22, 2014

Kudatangi gedung dan rimba ilmu, kukitari pelbagai sudut teori dan apresiasinya.

Udara dari bukit Menara Gading terasa segar. Saya akan meneruskan langkah demi langkah untuk mencapai matlamat dan objektif menimba ilmu di sini. Rakan-rakan kita sedang berkayuh menyusuri deras dan liku-liku, bosan dengan tabiat belajar, tetapi impian mereka untuk mendaki tidak akan padam.Membosankan belajar, benarkah? Tidakkah belajar itu akan berterusan sehingga kita berhadapan dengan kematian. Orang di sekeliling sewaktu sedang sakaratulmaut akan mengajar kita supaya mengucap dua kalimah syahadah. Jadi, belajar merupakan kaedah kita umat Muhamad untuk masuk ke syurga. Orang-orang yang bodoh, tidak akan dapat memasuki syurga disebabkan dia jahil. Apabila dia jahil, hukum hukum agama akan dilanggar, maksiat akan dilakukan, disebabkan oleh kerana dia ketiadaan ilmu disebabkan enggan menuntut ilmu. 
    Jadi, tidak usah bermalas-malas dalam menuntut ilmu, baik ilu duniawi dan ukhrawi. Dua- dua ilmu yang dipelajari itu sama-sama penting. Kerana hidup di dunia ini penuh dengan cabaran, dilalui dengan ranjau dan duri, berliku-liku dan jauh perjalanannya. Untuk menyiapkan diri supaya perjalanan itu selamat, perlu diiringi dengan ilmu pengetahuan. Zaman kini untuk meningkatkan pengetahuan diri, dengan ruang gedung ilmu mudah, dan banyak institusi yang menyediakan fakulti fikiran. 
        Ada fikiran kecil dikalangan bangsa kita yang anti-intelektual. Mereka ini tidak sanggup menghadapi cabaran dalam hidup. Kebanyakan mereka ini fikirannya bertumpu pada sekitaran yang remeh temeh dan pengecut. Sikap mereka begini dikhuatiri akan merosakkan masa depan negara yang sedang menuju kepada negara cendiakawan. Kebanyakan mereka tidak suka bersaing dalam fikiran, sebaliknya suka mencari perbalahan dalam amalan. Terutama dalam hal-hal agama pegangan ahli sunnah wal jamaah, mereka masih bergelut dalam mempertahankan sehingga sanggup meninggalkan sunnah yang lain iaitu berhubungan baik sesama manusia. 

Tips daripada tokoh penulis dunia

 “Saya boleh menahan segala-galanya kecuali godaan.” – Oscar Wilde “Lebih baik dibenci kerana diri sendiri daripada disayangi kerana bukan d...