Menjenguk sanak saudara, sahabat handai ketika perayaan hari raya, rutin saban tahun aku dan keluarga menziarahi kaum keluarga sebelah isteriku di Kedah.Menikmati juadah, berbual-bual riang, usik mengusik dan tidak kurang perihal keburukan menjadi juadah di hari raya. Maksud keburukan untuk saling direnungi bersama agar kaum keluarga tidak terus melakukan hal-hal peribadi yang tidak sepatutnya berlaku, setelah kedua ibubapa telah lama kembali ke alam lain. Perpecahan keluarga, adik beradik memberi natijah yang buruk terutama kepada generasi berikutnya. Keluarga menjadi berpuak-puak disebabkan oleh pembahagian harta peninggalan arwah orang tua, yang dasyatnya, ugut-mengugut, saling tidak tumpah macam samseng jalanan.
Sewaktu kedua ibubapa masih hidup semua hal hiruk pikuk sebegini tidak pernah terjadi. Betapa bijaknya bapa mententeramkan suasana keluarga sehingga keadaan kehidupan harmoni dan saling menghormati di antara satu dengan lain. Rasa tamak datang apabila arwah bapa meninggalkan 12 ekar tanah getah di tanah Rancangan Felda. Rasa tidak hormat muncul apabila ada ahli keluarga yang tidak merasakan pusaka itu adalah milik bersama. Kerana tamak, sanggup mengaut hasil torehan getah sehingga terlupa harta itu sebenarnya perlu diagihkan kepada hak-hak pewaris.
Apabila tidak selesai urusan faraid, selagi itulah harta tersebut tidak boleh diusik dan dijadikan darah daging, kerana kesannya sangat mendalam dan membawa kepada dosa yang sangat besar.Salah seorang yang bersikap tamak, dahulunya dia tidak mempunyai sebarang ikatan yang akrab dengan bapa, malah dianggap seorang suami yang dayus, dan tidak bertanggungjawab sepanjang hayatnya terhadap ibubapa dan keluarganya sendiri. Beberapa tahun dia tidak pernah membahagikan harta pusaka tersebut kepada ahli keluarga yang lain. Dia fikir dia seorang bekas pegawai Felda, dia dapat menyembunyikan segala-galanya daripada pengetahuan orang lain. Dia sering menjadi kecaman, kerana sepanjang kehidupannya dia tidak pernah membawa pulang apa-apa ke rumah arwah bapa, kecuali persengketaan yang berpunca daripada sikap hodoh dan sombong isterinya yang bernama Si Itam.
Semenjak mereka berkahwin, abang Ngah tunduk, tidak pernah melawan cakap Si Itam. Ini kerana rupa paras yang cantik dimiliki oleh Si Itam. (bersambung)
Sunday, August 26, 2012
Kita bertemu dan berpisah
Beberapa hari sebelum Syawal, kita bertemu untuk berhari raya, saat-saat yang indah, teduh merenung dan membayangkan kalian berdua akan meneruskan usaha yang paling mulia di sisi Tuhan.Beberapa bulan kita tidak bertemu disebabkan usaha gigih kalian. Ayah bangga dengan keazaman kalian berdua di Maahad Tahfiz Qiraat Addin.Teruskan sehingga kalian berdua berjaya menghabiskan 30 juzuz al Quran. Semat dan tertanam di dada. Bekalan untuk kehidupan yang kekal abadi. Syabas !
Kata teman ayah, seorang guru sekolah, tidaklah kesemua orang akan mengamankan dunia sekiranya, sebilangan menumpukan perhatian, jiwa dan perasaan terhadap perjalanan agama. Dunia dikejar, akheratpun dikejar. Seimbang dunia dan akherat. Adilkah sekiranya murid-murid yang belajar di sekolah sekular hari ini tidak menawarkan kehidupan yang harmoni kelak. Saling tercari-cari kemewahan dan kendirian hidup yang membahagiakan. Begitukah kesudahan pendidikan masa kini.
Kalaulah tangan pemimpin dunia hari ini diterajui oleh manusia yang berilmu dunia dan akherat, aman dan selesai segala masalah yang melanda manusia hari ini. Seorang ketua polis negara berpendidikan tinggi dan di dalam dadanya tersemat 30 juzuz ayat-ayat al-Quran, tidakkah aman di dunia. Permasalahannya sekarang tangan-tangan yang menerajui tidak mengerti hakikat diri dan kehidupan yang kekal abadi. Hawa nafsu dan fahaman iblisme merangkul dakap fikiran para pemikir politik di dunia dan tanahair.
Kata teman ayah, seorang guru sekolah, tidaklah kesemua orang akan mengamankan dunia sekiranya, sebilangan menumpukan perhatian, jiwa dan perasaan terhadap perjalanan agama. Dunia dikejar, akheratpun dikejar. Seimbang dunia dan akherat. Adilkah sekiranya murid-murid yang belajar di sekolah sekular hari ini tidak menawarkan kehidupan yang harmoni kelak. Saling tercari-cari kemewahan dan kendirian hidup yang membahagiakan. Begitukah kesudahan pendidikan masa kini.
Kalaulah tangan pemimpin dunia hari ini diterajui oleh manusia yang berilmu dunia dan akherat, aman dan selesai segala masalah yang melanda manusia hari ini. Seorang ketua polis negara berpendidikan tinggi dan di dalam dadanya tersemat 30 juzuz ayat-ayat al-Quran, tidakkah aman di dunia. Permasalahannya sekarang tangan-tangan yang menerajui tidak mengerti hakikat diri dan kehidupan yang kekal abadi. Hawa nafsu dan fahaman iblisme merangkul dakap fikiran para pemikir politik di dunia dan tanahair.
Monday, August 13, 2012
Kelunakan melalaikan
Diri terperi membunuh sangkala
dangkalnya menebak secetek nafsu
hilang bijaksana menilai
menjadi korban teknologi
dangkalnya menebak secetek nafsu
hilang bijaksana menilai
menjadi korban teknologi
Kealpaan sediakala
Kematian hanyalah azali
ketentuan setiap yang bernyawa
andaikan nyawa ada di atas seekor semut
ataupun di dada gajah
pabila ditakdirkan datang ketentuan
kembali ia mengadap Tuhan
tidak ramai berfikir seperti manusia
selebihnya memikirkan kebendaan
hilang susuk dan bentuk
alpa untuk kembali ke tanah sebenar.
di tanah bukan milik kita.
ketentuan setiap yang bernyawa
andaikan nyawa ada di atas seekor semut
ataupun di dada gajah
pabila ditakdirkan datang ketentuan
kembali ia mengadap Tuhan
tidak ramai berfikir seperti manusia
selebihnya memikirkan kebendaan
hilang susuk dan bentuk
alpa untuk kembali ke tanah sebenar.
di tanah bukan milik kita.
Bangkitlah kealpaan
Modenisasi di lingkaran akliah
rohani bertepuk fikir berbaur kejujuran
asli menuju proses transformasi
aspek-aspek kehidupan insan setiap bangsa
maju dalam konteks pembangunan ilmiah
berwawasan meliputi politik
tidak wajar membiarkan punah
tebing kecemerlangan rebak
tohor jalan kebenaran
kontang gersang semangat pertiwi
payahkah menjernihkan keadilan
mari bangkit pemuda pemudi bangsa
ini darsawarsa bebas menilai
rohani bertepuk fikir berbaur kejujuran
asli menuju proses transformasi
aspek-aspek kehidupan insan setiap bangsa
maju dalam konteks pembangunan ilmiah
berwawasan meliputi politik
tidak wajar membiarkan punah
tebing kecemerlangan rebak
tohor jalan kebenaran
kontang gersang semangat pertiwi
payahkah menjernihkan keadilan
mari bangkit pemuda pemudi bangsa
ini darsawarsa bebas menilai
Wajahlah berfikir tentang ekonomi
sewajarnya revolusi kapitalisme
dalam arus ekonomi rencung
rakan niaga menjadi kuda tunggangan
membuntukan teman untuk pulang
di hari perayaan hari lebaran
melainkan ada bonus untuk mengisi petrol
membeli sepotong roti untuk perjalanan
kompeni gergasi bercakaran merebut laba
bangkitlah pemuka generasi
runtuhkan menara kapitalisme di kota kita
mereka menginjak lantai kemanisan
cinta kasih ibunda terlalu lama
suara kita perlu merdeka
tangan kita tahu memilih
diantara duri dan manis.
dalam arus ekonomi rencung
rakan niaga menjadi kuda tunggangan
membuntukan teman untuk pulang
di hari perayaan hari lebaran
melainkan ada bonus untuk mengisi petrol
membeli sepotong roti untuk perjalanan
kompeni gergasi bercakaran merebut laba
bangkitlah pemuka generasi
runtuhkan menara kapitalisme di kota kita
mereka menginjak lantai kemanisan
cinta kasih ibunda terlalu lama
suara kita perlu merdeka
tangan kita tahu memilih
diantara duri dan manis.
Politik tinggal separuh
Setengahnya kami menanggung malu
menatang dulang retaknya maruah bangsa
harga minyak
harga tiket kemakmuran
sesekali melambung di atas dada takdir
di celahan kuku tangan pemimpin
pedagang masih mengendung laba
di atas mobil-mobil mewah
sedang bas dan lori trelar bergegas di jalanan
utara ke selatan mengangkut pencemaran
rakyat berpenyakit meracau
membersihkan keadaan di ibu kota.
menatang dulang retaknya maruah bangsa
harga minyak
harga tiket kemakmuran
sesekali melambung di atas dada takdir
di celahan kuku tangan pemimpin
pedagang masih mengendung laba
di atas mobil-mobil mewah
sedang bas dan lori trelar bergegas di jalanan
utara ke selatan mengangkut pencemaran
rakyat berpenyakit meracau
membersihkan keadaan di ibu kota.
Thursday, August 9, 2012
Masih jauh titik
Kau berjalan langkah pendek, hari ini, suatu hari kau melangkah jauh kepuncak. Renungilah kehidupan dengan jiwa yang besar bersama deru angin deras yang datang, tangkislah segala kemungkinan dengan jiwa yang gagah menghitung kebesaran Tuhan.
Bertamu bertemu dan berpisah
Menjadi lumrah perjalanan kehidup, datang dan pergi, silih berganti, teman-teman yang entah ke mana, bertahun-tahun tidak bertemu. Kita muda remaja, kini puluhan tahun berlalu, barangkali tidak kita kenal sesama sendiri.
Anak-anak, berusahalah
Kalian berusahalah dengan tekun mengejar ilmu, ianya pelita, penerang serta pembimbing kalian di hari depan.
Thursday, August 2, 2012
senyuman kemanisan berteman
Kita biarkan masa mendewasakan, sehingga alpa untuk menimba sesuatu di lembah ilmu. Bermakna bagi seseorang yang berwawasan, bukan mutlak kekayaan yang didambakan untuk membahagiakan, bukan pangkat, bukan kemewahan, itu semua keserakahan, tiada titik, tiada rumit, yang merimaskan apabila kekayaan tidak diketahui siapa pemiliknya. Bukan kita, ada manusia lain yang memerlukan.
Limpahi hamba usia dan akal
Sunyi, hijau dan dingin, pagi itu di lereng perbukitan mengadap ke laut Selat Melaka. Di kaki lereng, rumah-rumah setinggan terbenam di celah pembangunan P.Pinang. Entahkan sampai bila dapat dipertahankan maruah anak-anak pribumi di pulau ini, kerana kerakusan dan kemodenan sedang menderu mencakar kemiskinan bangsa sendiri.
Subscribe to:
Comments (Atom)
Tips daripada tokoh penulis dunia
“Saya boleh menahan segala-galanya kecuali godaan.” – Oscar Wilde “Lebih baik dibenci kerana diri sendiri daripada disayangi kerana bukan d...
-
Semalam, kita bersama keluar melewati pintu Hospital Selayang setelah seminggu berada di Wad 8A. Syukur, Zahid telah selamat pulang ke pan...
-
Aku kerap mengabadikan pengalaman dalam catatan kecil seperti mana serpihan kaca yang terpecah. Aku mulai mengutipnya kembali jadi jadi sek...
-
Tahun 2011, salam Ramadhan. Hari ini aku masih mencari diriku di menara gading. Ya, menara yang tinggi hendak ku gapai. Di antara masa yang ...







