Thursday, August 25, 2011

Namanya persaudaraan,


Santunnya budaya Melayu, enaknya masakan tradisi dalam belangga tanah. Lazat lagi hubungan persaudaraan, duduk berbual cerita silam, di tepi Sungai Perak, melihat seniyai, pucuk lalang menari-nari di puput angin, lewat petang itu.
Dahulu orang makan di atas selasar, bukan khemah seperti sekarang. Hidangan di hidang tuan rumah, tidak seperti sekarang menunggu giliran. Aku lebih cintakan zaman klasik bukan pascamodisme,

Monday, August 22, 2011

Gerbang menara ilmu, ku masuki lagi, di musim teduh


Ku tinggalkan padang hijau subur di SYS, ku datangi padang USM yang lebih luas, ku masuki pintunya yang ketat dikawal. Rupa-rupanya di mana-manapun adanya pencuri, perompak harta benda, mencabul kehormatan dan macam-macam aktiviti haram. Hatta di sinipun, ada di dapati pencuri ilmu? Entah, yang aku tahu, si pencuri hati tentulah ramai, malah sering terjadi di kalangan siswa siswi, sepenuh masa atau sekerat masa, sama sahaja, kerana itu di pintu-pintu pagar USM dikenankan kawalan.
Aku masuk menggunakan pas pelajar, surat kelayakan, dan bukan memasuki melompat pagar atau menyelusup ikut longkang.

Kini, kalian sudahpun remaja


Di antara deru angin bersalut dengan nafas
kalian begitu cepatnya disaluti oleh ancaman
globalisasi
tidak ayah sedar
ketuaan ini, kalian mewarisi perjalanan
akan diteruskan sinambungan
dan waspadalah bernafas dalam arus
serba mengancam jati diri
berpeganglah pada adat, keimanan dan amal soleh.

Sunday, August 21, 2011

SYS , mengajar kendirian


Dikejauhan musim selang berganti lara dan saat manis, kenangan jauh ditinggalkan. Teman-teman zaman persekolahan menuju arah dan tujuan, telah menjadi bapa, jadi ibu, dan tentunya ada yang sudah bercucu. SYS bendiri teguh sehingga ke hari ini, rumputnya masih hijau subur. Cikgu Agatha Chong, guru bahasa Inggeris yang lincah dan tidak mengenal penat mendidik anak-anak muridnya. Aku di antara mereka yang ketika itu anti bahasa kolonial, akhirnya aku menyedari betapa pentingnya bahasa untuk berkata-kata sesama insan. Bahasa ilmiah untuk menekuni disiplin-disilpin lain dalam akademik.
Walau di manapun kalian berada, sesekali menjenguk SYS, wajah remaja kalian terpahat dalam kenakalanku, walaupun seribu tahun lagi.

Tips daripada tokoh penulis dunia

 “Saya boleh menahan segala-galanya kecuali godaan.” – Oscar Wilde “Lebih baik dibenci kerana diri sendiri daripada disayangi kerana bukan d...