Friday, July 16, 2010

Sikap pengkritik terhadap kritikan, satu analisis Kassim Ahmad


Kritikan, adakah berbentuk objektif atau subjektif ? Adakah ianya bersifat saintifik ? Pertikaian status kritikan sebagai satu bidang ilmu hanya dapat diselesaikan menurut konsep Islam, tunggak penyelesaiannya. Definisi Prof.Syed Naquib: "Knowledge..consists of the recognition of the proper places of things in order of creation, such that is leads to the recognition of the proper place of God in the order of being and existence."( The Concept of Education in Islam, Kuala Lumpur: Muslim Youth Movement of Malaysia,1980,hlm.19.)

Untuk keperluan pengkritikan, idea penting dalam definisi memerihalkan wujudnta tahap-tahap dalam tubuh ilmu. daripada cabang-cabang ilmu menjadi pohon yang satu. Dalam kesatuannya. Ibaratnya sebatang pohon. Dualisme Barat terhadap ilmu, telah membahagikan antara agama dan sekularisme. Timbul kekeliruan samada kritikan adalah sains atau seni dan sains tabii atau sains sejarah. Inilah gagasan sekular yang mengelirukan.

Menurut pembahagian ilmu yang dibuat oleh ahli-ahli fikir Islam, kritikan sastera tergolong dalam ruang lingkup yang besar berdasarkan akal, sains tabii dan sains kemanusiaan. Juga dalam konteks yang luas merangkumi sejarah, falsafah, sosiologi, ekonomi dan politik yang dihasilkan oleh pengamatan dan perenungan akliah manusia.

Kaitan kritikan dengan kesusasteraan

Kaitan atau hubungan kritikan dengan kesusasteraan ibarat objek kajian dengan hasil kajian, alam dan sains tabii. Kesusasteraan adalah ciptaan manusia, alam adalah ciptaan Tuhan. Kesusasteraan bukan mutlak suatu ilmu, sebagaimana alam juga, tetapi daripadanya didapati kekayaan ilmu. Justeru sastera dikaji juga melalui sejarah, kepengarangannya, era dihasilkan, konteks karya dihasilkan. Yang dinamakan sejarah sastera. Kesusasteraan juga dikaji dari segi teori, apakah prinsip-prinsipnya, fungsionalnya, jenis dan ukuran nilai dan sebagainya. Ketiga-tiga kajian iaitu teori sastera, sejarah sastera dan kritikan sastera merupakan kesatuan yang besar dalam kajian sastera. ( Rene Wellek & Austin Warren, Theory Of Literature, New York: Penguin Books,1963 (edisi ke-3),hlm.38-45.
Hubungan dan Perbezaan Kritikan dengan Ilmu-ilmu Lain

Ia membezakan sentimen, halusinasi dan prasangka seseorang pengarang. Ada undang-undang dan kaedahnya tersendiri. Berbeza dengan peraturan dan kaedah kaji tabii dan kaji hayat tetapi lebih terarah kepada kaedah sejarah kerana mengkaji pergerakan manusia. Agak merenyahkan kerana setiap pengarang ada memencilkan karya secara tersendiri yang unik, sedangkan sejarah adalah hasil aktiviti manusia secara kolektif, lantaran itu kritikan sangat memerlukan ilmu-ilmu kejiwaan lebih daripada asepek sejarah.

Apakah undang-undang dan kaedah kritikan sastera? Sifat ini insaniah berupa subjektif, dalamnya terkandung makna dan nilai, maka kritikan tidak spenuhnya dicapai sepertimana sains-sains tabii. Lantas, terbitlah pelbagai mazhab atau aliran di dalam kritikan sastera yang berpunca pandangan-pandangan falsafah seperti materialisme, naturalisme, positivisme, idealisme dan spiritualisme dengan pecahan-pecahannya.
Fungsi Kritikan

Untuk mentafsir dan menilai. Untuk menyempurnakan tugas kritikan ke arah ruang lingkup moden, saintifik dan menyeluruh. Meningkatkan kesedaran kesusasteraan di kalangan masyarakat. Bagaimana untuk mencapai idealisme dalam kritikan? Perlunya mereka mendapatkan kaedah aneka dimensi dan bersepadu. Mengikut Jaroslav Prusek, sebuah karya seni adalah hasil dari tiga faktor yang saling berhubung; peribadi seniman, hakikat di dalam pengertian yang paling luas dan tradisi seni. Faktor pertama, melibatkan diri pengarang; pendidikannya, wataknya, pengalamannya dan pandangan hidupnya; faktor kedua, melibatkan masyarakatnya; keadaan politik, sosioekonomi, intelektual, moral, budaya dan spiritual yang merupakan hakikat zaman pengarang, dan faktor ketiga, menghubungkan kita dengan tradisi-tradisi sastera yang mengelilingi dan mempengaruhi gaya dan teknik pengarang, ( bersambung)

No comments:

Tips daripada tokoh penulis dunia

 “Saya boleh menahan segala-galanya kecuali godaan.” – Oscar Wilde “Lebih baik dibenci kerana diri sendiri daripada disayangi kerana bukan d...