Thursday, March 25, 2010

Biarlah kasih terus abadi

Kita telah merentasi sukar
menyemai benih cahaya di ladang keinsanan
menukangi wajah cinta sehingga jadi putih ketulusan
wajarkah benih kasih yang tumbuh terbiar
tanpa disirami keikhlasan berpanjangan
akan tumbuhkah mengatasi punca erti
betapapun sukar
akarnya akan menjalar
menjadi tumbuhan
subur di belukar
bercahaya di hati
untuk dikenangi.

No comments:

Tips daripada tokoh penulis dunia

 “Saya boleh menahan segala-galanya kecuali godaan.” – Oscar Wilde “Lebih baik dibenci kerana diri sendiri daripada disayangi kerana bukan d...