Thursday, March 25, 2010

Biarlah kasih terus abadi

Kita telah merentasi sukar
menyemai benih cahaya di ladang keinsanan
menukangi wajah cinta sehingga jadi putih ketulusan
wajarkah benih kasih yang tumbuh terbiar
tanpa disirami keikhlasan berpanjangan
akan tumbuhkah mengatasi punca erti
betapapun sukar
akarnya akan menjalar
menjadi tumbuhan
subur di belukar
bercahaya di hati
untuk dikenangi.

Dalam rumah ada bahagia, ada sensara, namun bermakna

Perselisihan, bertingkah kata dan membisukan marah merupakan lumrah dalam rumahtangga. Namun telah jauh kita menukangi menuju ke saat- saat akhir, dan tidak pasti bilakah? Yang pasti hidup ini wajar diteruskan. Indah dan manis dinikmati bersama, seketika datang ombak, tinggi badai, kelam langit meskipun di penghujung senja. Apakah hendak kita lemas dibawa arus menggila itu, kecuali pedoman hilang, keimanan goyah, asalkan kita masih memahami saling menghormati, eloklah ikatan perkahwinan diteruskan, kerana sengketa hanya derita. Kita bukan mencari bahagia sebenarnya untuk mengatakan perpisahan.

Tips daripada tokoh penulis dunia

 “Saya boleh menahan segala-galanya kecuali godaan.” – Oscar Wilde “Lebih baik dibenci kerana diri sendiri daripada disayangi kerana bukan d...