Selama ini
minda pembesar-pembesar Melayu telah ditawan, kerana Brtisih bijak mencari
kelemahan; menyelinap di kala pembesar-pembesar Melayu saling berbalah. Lalu mereka mendabik dada mengatakan merelah
penyelamat dan bukan penakluk.
Kau sendiri
tidak pasti siapa dan di manakah mereka yang menjadi dalang tanah air ini
ditakluk oleh British. Mereka menyelinap ke dalam gegelung fikiran mereka tanpa
disedari, kuman yang meresap ke tubuh telah merasa besar dengan bintang dan
pangkat di atas pakaian mereka.
Manakala
mereka telah mengintai keuntungan, disebalik ketakutan yang berlapis-lapis ada
dalam diri pembesar Melayu. Sesekali mereka terbangun daripada tidur disebabkan
oleh gangguan mimpi ngeri, berdiri di etas tebing kekeliruan dan rasa bersalah,
tetapi sudah terlambat untuk disesali, kerana kolonial sudah memeterai surat di
atas meja bercahayakan pelita minyak tanah yang samar-samar. Perjanjian
dilakukan tanpa titik akhir.
Ataukah ada
ulama-ulama istana yang menggunakan hadis palsu untuk menangkis kebimbangan, sehingga mengabaikan jihad.
Pantang Melayu derhaka kepada sultan. Mereka tidak takut perintah agama
daripada mengekalkan kedudukan dan kesenangan yang sementara. Kolonial itu
bijak mengatur gerak dengan licik seperti belut di dalam lumpur.
Pada 7 Disember, 1941, 7.45 pagi, dunia sebelah Timur dikejutkan dengan serangan
sengit Jepun ke atas Pearl Habour. Pulau
yang dibayangkan oleh Amerika Syarikat strategik dan selamat telah diluluh lantak dari udara, oleh kapal-kapal
terbang skuadron udara yang diketuai
oleh Komander Mitsuo Fuchida. Selepas waktu subuh deru bunyi enjin hingar
bingar memecah kesunyian di Lautan Pasifik. Sejumlah 353 buah pesawat tempur, Mitsubishi A6M Zero, Nakajima B5N Kate, dan Aichi D3A Val, dengan semangat membebaskan bangsa Asia
daripada kuku Barat bermula. “Kamikaze” Tora! Tora! Tora!
Dalam masa yang sama,
waktu tempatan 1.30 pagi, tengah malam, Tanah Melayu diserang. Serangan
serentak dilakukan oleh tentera Jepun kepada imperialis Brtish di belahan
Timur, Tanah Melayu. Pada malam itu penduduk pantai Sabak melihat di perairan pantai
gerombolan kapal-kapal perang sedang berlabuh dan tidak lama kemudian kemunculan
tentera Jepun, salah seorangnya memegang bendera matahari terbit. Tidak lama
terdengar perang Meletus di bandar Kota Bharu, tentera-tentera upahan British
tidak dapat bertahan lama, mereka berundur, kerana semangat tentera Jepun yang
berikrar berjuang untuk mati. Mereka berperang kerana Asia Untuk Asia, bukan
kerana upah yang jadi nilaian berjuang. Tentera British kehabisan peluru,
sumber makanan dan bekalan ubatan
Berita kemaraan dan
kemenangan Jepun tersebar luas, dalam corong-corong radio di Tanah Melayu yang
disiarkan oleh BBC Singapura.
“ Kita bersedia menerima kedatangan Jepun yang hendak menyelamatkan bumi
ini daripada penjajah British. Buat pertama kalinya, dia melihat British melarikan
diri seperti kambing yang takutkan hujan. Mereka penakut, sebenarnya. Tiada tempat
mereka rasa selamat. Akhirnya mereka mengangkat bendera putih di hujung Tanah
Melayu. Bendera union jack diturunkan, diganti kibaran bendera matahari terbit.
yang lincah dan licik yang
berlepas daripada enam buah kapal induk yang siap menunggu perintah. Mereka
telah bersiap dan hanya menunggu perintah terakhir.
Pada keesokan harinya berita daripada siaran berita BBC secara
berhati-hati mengumumkan berita tersebut, London terdengar di corong radio di
Tanah Melayu menyiarkan serangan mengejutkan yang dilakukan oleh Jepun. Ahmad
Thani memeka telinga di radio yang terletak di anjung rumah ayahnya. Dengan
teliti dia merapatkan telinga dekat
siaran yang dipancarkan daripada Singapura. Waktu itu dia sedang
bewrsiap-siap untuk menghadiri mesyuarat parti di Setapak.
Berita radio berhati-hati memaklumkan
peristiwa serangan di Kota Bharu, “Keadaan sedang dikawal oleh tentera
British.” Namun hakikatnya infantri Jepun sudah menembusi pertahanan pantai yang terdiri daripada
tentera upahan British daripada India.Mereka lari berundur lintang pukang.
“Mak ! Jepun menyerang Kota Bharu.” Jerit Ahmad Thani, sejenak
memberitahu ibunya yang tergesa-gesa turut sama mengamati siaran radio.
Terpancar wajah kegembiraan di wajah dua beranak ini.
“Mana ayah ?” Tidak sabar-sabar untuk memberitahu kepada ayahnya berita
tersebut.
“Dia sejak lepas Subuh belum balik lagi, mengopi dengan kawannya,…itulah
selalunya jika lambat balik dari masjid.” Dijawab ibunya.
Dalam tempoh yangsama,
infantri Jepun telahpun berada di Teluk Siam, menunggu arahan tertinggi. Pada
tengah malam, kesunnyian Pantai Sabak bertukar bunyi ledakan dan tembakan.
Jepun sudah masuk ke Tanah Melayu. Dalam keadaan kelam kabut, penduduk kampung
yang berhampiran terpinga-pinga, dan melarikan diri tanpa haluan, bersembunyi.
Isnin, pada 8 Dicember, 1941,senario pertama yang mengubah geopolitik di Tanah
Melayu. Kota Bharu pula akan diserang.
Siaran yang dipancar daripada Singapura.
Mengatakan Amerika telahj diserang di Lauitan Pasifik, manakala maruah
dan kesombongan British telah diserang di Malaya.
Kapal-kapal induk yang sedang
lena dikejutkan oleh puluhan enjin kepalterbang yang diketuai oleh bagaikan
serangan tabuan, sehingga pengkalan
induk Amerika Syarikat di Lautan Pasifik itu lumpuh tidak berdaya. Serangan selama lima puluh dua minit membawa padah serta akibat yang terburuk kepada
armada laut Barat yang sangat dibanggakan itu. Sejarah perang dunia kedua
bermula.
Dalam kemurungan dan kekecuhan yang dialami oleh negara-negara
penjajah Barat ketika itu, terbayang
wajah gembira anak-anak watan. Mereka menyambut berita tersebut dengan sorak
sorai, bahawa akan muncul keberanian dari sebelah Timur. Kebebasan yang selama
ini digugat oleh kuku dan taring Barat akan terlepas. Itu pasti. Ahmad tidak
sangka serangan tersebut benar-benar berlaku, walaupun dia tahu sebenarnya
perisikan Jepun sudah berperanan di beberapa tempat di Tanah Melayu yang
menyamar sebagai peniaga pingan mangkuk, kain, dan sebagainya.
Kelegaan ini turut dirasakan oleh parti-parti nasionalis yang
anti-British di Tanah Melayu. Sudah lama mereka menunggu peluang dan tertunggu-tunggu siapakah yang akan
mencatat sejarah baru bagi dunia sebelah Timur yang sekian lama diratah
sepuas-puasnya oleh kolonial. Parti yang dianggap Inggeris sebagai radikal dan
berhaluan kiri seperti PKMM, API, AWAS, dan lain-lain mengangkat kepala.
Peluang keemasan ini akan digunakan sepenuhnya untuk membebaskan negara
daripada jajahan orang putih. Dengan rasa megahnya Ahmad berani angkat dada dan
bangga terhadap keberanian orang Timur, yang selama ini menjadi lembu yang
dicucuk hidung oleh Inggeris. Inilah masanya. Bisik hatinya. Namun, dia masih
rasa bimbang bagaimana pula dengan penerimaan pihak raja-raja yang selama ini
mendapat sokongan British. Hal yang lain, bagaimana hendak meyakinkan para-para
aristocrat Melayu yang berpendidikan Barat yang menjadi dinding pada
kemerdekaan sejati. Bagaimana ?
“Local chiefs lack a systematic administration and are often involved in
personal rivalries, therefore British supervision is necessary.”
Inilah naratif licik yang digunakan oleh kolonial untuk mempengaruhi
istana dan pembesar-pembesar Melayu yang tidak menjadi identity bangsanya.
Hanya anak-anak watan yang berpendidikan dapat melihat kebutaan pembesar yang
tamak dan bimbang kuasa mereka daripada terancam.
Ahmad, mengatur rancangan. Begitu juga halnya parti-parti yang selama
ini anti-British menyusun strategi,
mengenai langkah untuk merdeka. Sebelumnya masyarakat sudah membaca artikel beliau
di akhbar tentang slogan Asia Untuk Asia. Sindiran tajam dan sinis terhadap
penjajah ditulis juga tokoh-tokoh penujlis seperti Pak Sako, Samad Ismail, dan
lain-lain yang tida sebulu terhadap penjajah. British juga tahu wujudnya
kumpulan radikal. Ahmad tidak jemu-jemu menulis dan terus menggambarkan erti
kebahagiaan sebuah negara yang merdeka dalam, setiap tulisan yang dicetak. Dia
tahu, tulisannya diperhatikan. Dia sedar, ada di kalangan bangsanya sendiri
yang memperlekehkan nasib orang Melayu. Kata mereka, apa yang orang Melayu
boleh buat. Sifat Melayu pemalas, Melayu suka berlaga ayam. Itulah yang ditulis
oleh Abdullah Mushyi. Dan dia juga membaca tulisan sarjana-sarjana Inggeris
yang merendah-redahkan orang Melayu.
Pada hakikatnya mereka ingin menyedut hasil-hasil bumi di tanah air ini.
Motif ekonomi dan imperial sebagai strategi nation-building. Eurocentrism, merekalah pusat ketamadunan,
sedangkan semua impian mereka bermula datang daripada sarja dan ilmuan Islam.
Pada saat ini , orang Asia malah seluruh dunia terpukau akan keberanian sebelah Timur terbuka luas, slogan Asia Untuk
Asia bergema di mana-mana. Dunia menyaksikan serangan tersebut secara jelas.
Tokoh-tokoh nasionalis bersorak gembira, meraikan kejayaan armada Jepun
menganyang armada laut Inggeris yang dikatakan sangat hebat.
“Inilah saatnya kita merayakan kehebatan bangsa Asia.” Ujar Ahmad. “Dan
kita pasti akan merdeka,” Sambungnya lagi. Jepun bukan musuh kita.
1mendengar kata-kata semangat seperti api yang sedang marak.
“Kamal!, Kalau perlu dalam beberapa hari lagi kita jemput orang-orang API
berkumpul Ujar Ahmad. Kedatangan Jepun
hendak membbaskan tanah air kita daripada cengkaman Barat. . Keyakinannya
begitu kuat.
Dia juga
ada peranan sama seperti sahabatnya Ibrahim Yaakob yang telah bersemuka dengan
Major Fujiwara, agen perisikan Jepun di Asia Tenggara. Bahawa parti-parti
nasionalis sedia membantu daripada dalam untuk memberikan maklumat. Percaturan
ini dilakukan secara rahsia, agar tidak terlepas ke telinga British.
Hatta dan
Soekarno juga yakin, hanya Jepun yang dapat menggugat dan bertentang mata
dengan Barat.
ritish
melepaskan benteng terakhirnya di selatan Tanah Melayu , dengan mengangkat
bendera putih. Jelas, bahawa Inggeris menanggung rasa malu yang teramat. bangsa
Barbarian yang bijak, disebalik tubuh yang kecil tersimpan semangat yang besar
untuk penduduk Asia bebas daripa belenggu penjajahan Barat. Betapa mudahnya
pasukan Jepun menghalau British keluar daripada Tanah Melayu ini. hanya berapa
bulan, British yang disanjungi oleh aristocrat, pembesar-pembesar, melarikan
diri. Meninggalkan negeri ini.
Hakikat
yang ser ing disembunyikanoleh Brtisih gerakan halus licik menjadikan tanah
bermaruah inidan memaksa pendudukl tempatan menerima kepercayaan bahawa mereka
sahajalah yang terbaik mentakdbir dunia. Mereka juga mencipta undang-undang ,
dan menulis hal-hal sejarah yang
diselewengkan. Lalu, anak watan mejadi hamba kepada ketuanan bentuk baru yang
dinamai demokrasi.
Ketika itu
lombong-lombong bijih ditinggalkan, ladang-ladang getah terbiar. Tuan-tuan
berbangsa Inggeris lari lintang pukang menyelamatkan diri. Persepsi baru
muncul, bahawa sebenarnya mereka bukan penghuni asal tanah ini, mereka hanya
datang untuk menyedut kekayaan di atas tanah ini.
Serangan
Jepun tidak hanya menyasarkan pelabuhan tentera British yang wujud di Lautajn
Pasifik, namun Jepun terus mara dan merancang untuk membebaskan Malaya daripada
kuku besi British yang dijajah selama ratusan tahun. Pihak jepun tidak menunggu
lama untuk melaksanakan tugas moral yang juga dinantikan oleh parti-parti
radikal yang telah tumbuh sebelum bermula perang tersebut. Suara Rakyat, Warta
Malaya telah menyuarakan hak-hak kemanusiaan dan perlunya rakyat di Malaya
keluar daripada penjajahan British.
“ Kita,
sebagai bangsa Melayu dan memiliki hak ke atas tanah kita sendiri, tidak perlu
menunggu lama untuk bertindak balas.
Di atas
meja bacaan, buku tulisan Soerkarno bertajuk ‘ Indonesia Menggugat,
telah pun selesai dibaca. Semangat dan kekuatan tulisan dan kemahuan peribadi akan
menjadi tulang belakang kepada perjuangan, bahawa tujuan asas kepada pembebasan
Tanah Melayu, tidak harus bergerak secara sendirian. Ia perlu disokong oleh
segenap lapisan orang Melayu keseluruhannya. Ibarat lidi-lidi penyapu yang
diikat kukuh, perlu bersatu. Orang Melayu perlu menentukan masa depan mereka
sendiri. Mereka perlu bebas daripada cengkaman British.
Kapitalis
British yang bernama Straits Trading Company, Gopeng Consolidated, Kinta Tin
Mine, menyedut bumi milik kita, dibawa kekayaan it uke England. Tanah-tanah
yang sepatutnya menjadi hak-hak Melayu, telah menjadi lombong-lombong yang
dihuni oleh hantu-hantu, berpaya dan tidak memberikan hasil apa-apa. Mereka
menggunakan kuasa tentera. Hakikatnya
emas-emas hitam tersebut telah memberikan kekayaan kepada negara England
untuk sepuluh dekat lagiseratus tahun ke hadapan.
Di kota
Kuala Lumpur, saudagar yang terdiri daripada bangsa asing dilihat bersaing sesame mereka membuka
perusahan dan Gedung-gedung perniagaan.
Orang
Melayu hanyalah menjadi petani dan buruh-buruh di pelabuhan, kemasukan
buruh-buruh asing dari luar dibawa tanpa visa, oleh agen-agen yang mengaut
untung di atas angin.
“ Kau masih
belum tidur lagi, nak ?” sapa ibunya. Ibunya terjaga kerana dari luar bilik
anaknya dia masih mendengar ketikan typewriter.
Semenjak
Ahmad remaja, ibunya sudah melihat bakat menulis anaknya. Dia yakin suatu hari
kelak anaknya itu berbakat besar. Namun, puas dia memujuk si Ahmad supaya
meneruskan pelajaran hingga ke peringkat universiti. Ahmad mengatakan dia
diperlukan sekarang untuk membebaskan Tanah Melayu daripada cengkaman penjajah.
Ijazah tidak dapat menentukan nasib bangsanya, lagi pula dia tidak akan
berkerja dengan mana-mana kantor British. Musuhnya.
“ Mahu
menyiapkan tugasan penting ibu,” balas Ahmad, sambil menyandarkan seketika
“ Ibu,
lihat apa yang sedang berlaku di tanahair kita sekarang.”
Saya perlu
menulis untuk membangkitkan semangat anak-anak masa kini dan juga seribu tahun
di hadapan, ibu,”
Untuk apa
berkerja dengan gaji yang tinggi sekalipun, sekiranya nasib bangsa saya di
tekan oleh bangsa asing.
“saya nekad
tidak akan menyambung pelajaran, kerana akhbar Suara Rakyat dan Warta Malaya.
Saya tidak perlu meneruskan pelajaran di Kirby untuk menjadikan saya seorang
manusia di bumi yang mahu merdeka ini.”
Ketika itu
jam menunjukan 2 pagi, Ahmad masih sibuk membuat artikel yang akan diterbitkan
di dalam Suara Rakyat.
Inggeris
ini musuh kepada Islam, ibu. Mereka memusuhi apa juga kebangkita orang-orang
Islam, Cuma segelintir orang-orang atasan
kita tidak Nampak pergerakan licik dan halus yang mereka lakukan. Mereka
mempunyai dakyah dan misi yang ditakbir oleh musuh Islam, iaitu Royal Prince of
Wales Lodge No. 1555” di George Town, Pulau Pinang. Mereka merancang untuk
selama-lamanya menjadi tuan kepada bangsa yang dijajah. Itulah hakikat yang orang-orang besar kita
masih kabur dan ataupun sedang bersekongkol dengan mereka, hanya kerana
memandang imbuhan keduniaan, dan acuan British.”
Itulah
simbnol elit penjajah, bahawa tanda ketuanan yang bertapak seratus tahun lalu.
Colonial
soft annexation, inilah janji kosong Francis Light kepada Sultan Abdullah
Mukaram, sultan kedah yang dimain-mainkan oleh seorang Inggeris yang bermain
gergaji dua mata, penuh tipu muslihat. “ Kami pemimpin , kamu hanya pengikut
yang diperbodohkan.” Kata Francis Saya percaya, di sanalah mereka merancang
untuk menjadikan orang Melayu kepada mereka untuk selama lamanya.ini bukanm
soal benar atau tidak konspiratif
terhadap elit penjajah, apabila aristocrat dan bangsawan Melayu telah dielenggu
tengkuk mereka dengan tali belati Barat.
Hebat
kononya, jika berbaju kot dan bertali leher, berbual Bahasa Inggeris sesame
kelompok mereka. Tanpa sedar bahawa mereka lah yang telah menhancurkan kerajaan
Usmaniyah di belahan Eropah.
Apa manusia
talibarut ini faham tentang nasionalisme. Mereka badut. Berkuasa sebagai
boneka.
Hipokrit.baju
kot dan tali leher itu symbol elit Barat yang angkuh dan tamak kan harta benda
orang lain. Dasar kapitalis. Dia mula teringat amanat berapi-api pemimpin
revolusi, Soekarno.
anggota
Freemason terdiri daripada pegawai kolonial British, pegawai kerajaan, pedagang
Eropah, dan elit tempatan berpendidikan Inggeris. Mereka ada agenda yang
tersembunyi. Dahulu mereka berkumpul di negeri-negeri Selat untuk
membelah-belah nasibperibumi kita, sekarang setiap negeri logde dibina, siapa
mereka untuk menguasai nasib orang Melayu.
Kedudukan
anak-anak watan sangat membahaya ibu. Maruah elit tempatan telah dibeli. Mereka
engganb memikirkan seribu tahun ke hadapan nasib dan masa hadapana bangsa kita.
Bab 1
BAYANG-bayang merdeka
Kelembutan
angin yang membelai Kuala Lumpur seakan
membawa bersama bau dakwat akhbar,
berbaur dnegan debu-debu jalan yang kekeringan. Sudah lama Kuala Lumpur tidak
ditimpa hujan. Susana terasa kering dan merimaskan penghuni kota yang sedang
tumbuh dengan bentuk dan binaan British. Sebuah surat khabar berbahasa Inggeris
yang setiap pagi akan dilanggani di sebuah kedai India Muslim di Jalan Raja
Laut, diselak sehelai demi helai. Padfa suatu halaman dia tertumpu pada berita
tentang perang di Eropah, yang sedang bergelora. Ahhh, fikirannya menerawang jauh,
tidak tentang Jerman atau Jepun yang sedang bersiap-siap dengan manisfesto,
tetapi tentang Malaya yang masih dibelenggu. Ya, negara ini sudah lama
dibelennggu dengan takdir yang terelakkan.
Jika
aku masih ragu-ragu untuk menyatakan hak-hakm keistimewaan orang Melayu, siapa
lagi yang akan sanggup melakukan. Itulah pertengkaran kecil dengan Samad.
Walhal sebenarnya teman baiknya itu bukanlah takut, yang menjadi kebimbangannya
ialah, jika akhbar Suara Rakyat di benteras dan diharamkan beredar. Lalu apa
lagi alat untuk mereka menyebarkan idelogi politik. Menulis novel, berapa kerat
orang kita yang berupaya membeli dan membacanya. Melalui akhbar mudah jalannya,
boleh beredar setiap minggu, ke pelusuk desa dan daerah di seluruh tanah air.
Selain
daripada akhbar, kita juga memerlukan kuasa. Melalui kuasa politik kita boleh
menjerit di mana-mana tempat yang kita perlu.
“ Kau ingat
penjajah itu senang dan bertepuk tangan dengan semangat nasionalisme ini?
Dengan
artikel yang kau tulis ‘ Bangkitlah Bangsaku’ baru-baru ini, kau kira mereka
itu senang membacanya. Ketwa Samad memecah pejabat kecil mereka yang terletak
di
Berani
tulis berani tanggung,
Hebat,
Kedai-kedai
tumbuh bagaikan cendawan di Kuala Lumpur, negeri selat, tetapi milik siapa.
Jurang ekonomi di anatara kaum sudah semakin menjarak. Ruang-ruang pekrjaa,
hanya di monoloi pihak-pihak yang bdekat dengan penjajah.
Dia
teringat seorang lelaki India yang menjual kacang putih di hadapan sebuah pawagam,
yang berkeluluysan sekolah Inggeris bersama nya. Disebabkan dia tidak ada kabel
besar, dia meneruskan perniagaannya,. Ya sekarang sehingga kini, dia masih di
situ.